Memandangkan Ahad lepas, en. Husband tak buzy, tak buzy kah?? hahaha actually, beliau kerja dari pagi sampai jam 4.00pm... sampai rumah dah jam 5.00pm, pastu berkejar-kejar nak laksanakan DIY keminatan beliau... Disebabkan kesungguhan beliau, so kami laki bini pun memprojek la meja make up, yang lacinya tertanggal tu.
Kalau ikut hati perempuan saya ni... dah masuk list kena tukar bru ni...hahahaha π. Almaklumlah... saya ni bukannya kretif dan rajin bab DIY ni. Tapi en. Husband dah pesan awal-awal nak DIY meja make up tu... Tunggu free time. So saya pun, layankan sahaja la kesungguhan beliau, nak bertukang.
En. Husband ni, betul-betul minat bertukang... kabinet dapur rumah kami, dia tukang sendiri... Klo bab-bab membaik pulih, serah sahaja dengan dia... bersungguh-sungguh dia cuba betulkan. Bila betul-betul tak boleh baiki barulah dia give up.. tu pun tak nak buang... simpan jadi harta karun dalam stor..hahaha Tapi kalau dia berjaya baiki, mulalah keluar muka bangga ππ.. apa-apa sajalah husband.. yang penting happy
Saya pula jenis, 'ishhhh.. apa ni.. rosak sudah kan... buang.. buang.. buang..., buat apa simpan benda tak berfungsi.. nanti jadi orang gila'.... HAHAHA...
Go Green betul laki saya ni.. ππ
Okeh berbalik pada tajuk utama, meja make up ni rosak dkt drower tu.. dah tertanggal sebab ada anak-anak ribena yang terlebih aktif. So en. husband rancang nak cabut cermin tu dan lekat terus di dinding. Kiranya tak perlu dah meja... Perancangan itu sahaja, tapi bila da waktu bertukang, macam-macam pula kejadian yang dibuat..hahaha Kaki-kaki meja tu pun dia nak tukang jugak, nak buat para-para untuk dokumen-dokumen penting kami dan para-para dalam bilik tetamu... okeh layan sajalah.. Yang penting mesti buat kemas... itu saja pesanan penajaππ.
Inilah meja make up yang rosak tu. Drower dah rosak.. sabar sajalah... Husband pisahkan meja dan cermin tu... kena buat dengan berhati-hati supaya tak mencacatkan kejadian asal...
Mula-mula, pilih lokasi yang sesuai untuk tampal cermin... Tekap cermin besar gedabak tu pada dinding dan ambil ukuran.. Dah ambil ukuran, ambil mata drill untuk tebuk lubang di dinding. Tebuk 6 penjuru untuk pastikan cermin kukuh.
Dah tebuk dinding, ambil pula wall plug, letak di semua lubang yang telah ditebuk.
Dah letak wall plug, okeh ini masanya untuk pasang skru... Sebelum tu.. tukar mata drill dulu. pakai mata untuk pasang skru pulak.
zzzztttt.... skru semua tempat yang sudah siap diukur dan ditanda serta ditebuk. En. husband gunakan L jenis panjang skit, sesuai dengan besar dan tebal cermin tu.
Unutk jenis L tu, terpulang pada kamu nak guna yang macam mana... tapi kalau benda yang korang nak lekat tu besar macam cermin yang en.husband nak make over ni, better la pakai L yang panjang supaya lebih kukuh. keh
Tadaa... belum siap lagi.. hahaha
Tips: Kenapa perlu tebuk lubang dahulu? Tak kisahlah dinding atau kayu... kenapa?
~ untuk elakkan simen atau kayu pecah sewaktu kerja-kerja memasang skru..
Dah tebuk lubang tadi, tukar mata drill lagi.. untuk pasang skru... skru ada yang panjang, ada yang pendek, kena pilih ikut ketebalan papan kamu ya..
Tadaa... sudah siapppp... yeayyy!!!! Okeh, Not Bad.. clap clap clap... memang kukuh... sesuai untuk anak-anak ribena saya yang lasak tak padan dengan jantina tu.. hahaha
Siaplah suda kerja recycle meja make up untuk bahagian cermin. Tup.. tup.. tiba-tiba en. husband bagitau nak buat para-para untuk dokumen-dokumen penting kami, yang selama ini berletak je atas lantai... huhuhu.. letak atas lantai dengan penuh kemas tau... bukannya berselerak.. hihihi
En. husband pun pisah-pisahkan kaki meja make up tu.. bersedia unutk buat rak @ para-para untuk dokumen.
Lepas tu, en.husband bersiap-siap nak keluar ke kedai hardware berhampiran.. nak beli L yang lebih besar.. supaya lebih kukuh untuk tampung dokumen... L di dalam stor semua jenis kecil-kecil molek... tak sesuai katanya.. Okeh lah husband.. buatlah apa yang awak suka... yang penting awak happy..
jeng.. jeng.. jeng... Beginilah kejadiannya... Tiba-tiba ada rak atas meja komputer saya tu.. hahaha. Komputer tu kami beli harga mura sahaja, boleh baca ceritanya disini Komputer Murah Di Low Yat dan Serba Hitam.
Rak untuk bilik tetamu pula, hold ke satu tarikh yang belum ditentukan... hehehe.. sebab dah malam, so tak eloklah kita nak tebuk-tebuk dinding lagi kan... kesian dekat jiran-jiran..
Okeh, sekian saja perkongsiannya
Daa...
Saya pun letak barang atas lantai je. Tak suka nak rosakkan finding. Hehe.
ReplyDeleteTypo pula finding= dinding
Deletedinding yang ditebuk boleh cantikkan balik NA... kena cabut balik wall plug pastu tampal kesan tebuk tu guna plaster dinding... Tapi saya pun tak pernah memplaster... orang lelaki je yang rajin buat hehehe
DeleteKena cari bakal suami pandai bertukang camni. Hehe.
Deletehehe.. amin..
DeleteBest dapt DIY ni. Puas hati. Tapi kalau menjadi la. Kalau tak menjadi, sedih berhari-hari hahaha
ReplyDeleteBETULLL...hahaha... kalau tak menjadi... sakit mata berterusan.
Deletewahh hebatnyaa buat sendiri..hehe
ReplyDeleteRecycle ni Haziqah... Save the Earth.. kononnya..hik hik
Deletehaihh seronoknya la ada yang boleh tolong fix kan brang-barang kita... sy teringin juga renovate bilik tidur ni sebab ada almari tu dh tak rupa almari.. tapi tulah, kang nak buang, mana pulak anak-anak buah nak simpan baju... dilema betul la kongsi bilik ni
ReplyDeleteKongsi bilik mmg sangat dilema kan~.. boleh try gini punya.. murah, simple dan kemas.
Deletehttps://www.impiana.my/wanita-ini-tunjuk-diy-rak-baju-dari-bakul-bajet/37353507_1002548963260587_967133219520512000_n/