Apa yang sedap di NANDOS PERI PERI

Assalamualaikum..

Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenapa saya katakan kegemaran diri sendiri? Sebabnya, hasil dari pemerhatian dan soal santai dengan rakan-rakan (hahaha siap soal orang lain tu)... Ada segelintir sahaja yang suka dengan tempat makan sini... Tetapi, ini tidak membatutkan niat saya untuk share restoran favourite saya ni.. hahaha

Restoran yang saya maksudkan ialah, Nandos... Ini adalah tempat favourite saya dari zaman bujang lagi... kenapa? 

1)Satu sebab ia ada menawarkan rasa Extra Hot yang cukup mengancam dilidah saya. Tapi sebenarnya, tahap Extra Hot tu, tidaklah pedas sangat.. just nice for mereka yang gemarkan makanan pedas, tapi sangat pedas bagi mereka yang tidak makan makanan pedas ... 

2) Kedua sebab rasa ayam bakar Nandos memang Awesome...!! Suka sangat rasa ayam bakar di restoran ni.. Cara bakar pun memang sedap... tak kering sangat, tak pula basah/mentah sangat. Kebanyakan cawangan Nandos, kamu boleh nampak, chef sedang membakar ayam dan betapa struggle chef memastikan ayam sudah cukup masak dan diangkat dari tempat panggang.... Nama chef yang bertanggungjawab terhadap ayam bakar akan dipamer. Tetapi ada juga cawangan Nandos, kita tak nampak chef yang bertugas membakar ayam, setakat ini, baru satu cawangan, yang saya jumpa, iaitu di The Mines Shopping Mall. 

Ini adalah pilihan rasa pedas.. Ada 5 pilihan, so terpulang yang mana kamu nak.. My husband, dia jenis tak makan pedas... so setiap kali makan sini.. husband pilih Lemon & Herbs.. 

Apa yang ada di Nandos:

Menu yang saya biasa pilih, setiap kali makan sini ialah, 1/4 chicken with 2 side dish tu... Tapi sekarang dah ada menu baru Meal for 1 yang mana lebih berbaloi.. so of course pilih yang itu la.. hahaha. Menu baru ni, set dengan peri-peri soup dan air bottomless (maksud bottomless tu, korang boleh refill banyak kali ikut suka hati kamu). 

lain-lain pilihan menu

Sweet potato chips tu sedap... Tapi anak saya si Lily tak berkanan sangat.. tak taulah kenapa... mmm

Tak pernah cuba makan burger dekat sini... hahaha tak tau kenapa.. datang sini nak makan ayam je... 

Air saya memang suka pilih bottomless saja... sebab makan pedas.. sudah tentu nak minum air banyak

Sambil tunggu order sampai... gambar-gambar dulu

Anak bongsu saya.. Naufal Rizqi

Makanan dah sampai... ini saya punya.. Untuk pilihan ayam.. kamu boleh pilih sama ada nak dada atau peha.. Kalau kamu tak bagitau, diorang akan bagi saja secara random

ini untuk Lily dan Lea.. 

Ini husband punya... Ayam tu pun dapat bahagaian dada.. sesuai sangat la dengan en. husband hihi

ini Garlic Cheesy pita.. Kalau kamu order ni.. pastikan makan waktu panas-panas tau... sebab bila dah sejuk... dah tak best nak makan

Buat masa sekarang, tempat favourite makan Nandos ialah di My Town. Kenapa ada tempat favourite? sebabnya, walaupun restoran yang sama.. tapi tempat yang berbeza... so tukang masak sudah tentu berbeza juga... dan rasa juga akan ada sedikit perbezaan.. hahaha (cerewet jugak si Mak Cik ni kan).. Dan yang best dekat Nandos My Town ialah, korang boleh refill air sendiri.. tak perlu nak panggil waiter untuk minta tolong refilkan.. (leceh kan asik nak panggil2 minta refill). 

Kalau makan sini, jangan lupa download app Nandos dan register mamber ya.. Diorang akan bagi reward 1 chili setiap kali datang makan sini.. so chili yang terkumpul tu... kamu boleh gantikan dengan ayam.. Kena bagi tau nombor member sewaktu oder makan.. kalau kamu tak bagitau nombor member, rugilah, tak dapat chili point tu.

Ni app Nandos

Setiap kali makan sini, korang akan dapat 1 chili.. bila dah bole reedem, kamu boleh reedem ikut berapa jumlah cili yang terkumpul. Macam saya punya ni, dah boleh reedem 1/4 ayam... dan akan expired bulan Jun ni.. So saya kena reedem sebelum bulan Jun..

Okeh, itu saja perkongsiannya..

Daa...

16 comments:

  1. Baru cuba Nandos 2 kali je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa isi ayam yang dibakar tu.. sedap kan... saya suka... hehehe

      Delete
  2. belum pernah lagi makan dekat nandos.. teringin nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole try Thes.. mungkin bole jadi geng saya 😄

      Delete
  3. waalaikumussalam Mel.

    haiii.

    ruby tak pernah makan di nandos lagi.

    dia lebih kurang kenny roger ke MEL? hehehe

    nampak sedap semua menu. ouh burger pun ada juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang dgn kenny rogers Ruby, cuma cara ayam tu dibakar tak sama.. hehe...

      Delete
  4. Nurul pun suka Nandos tapi tu la, tak husband pun kurang gemar Nandos. Dia lagi prefer Kenny Rogers. So tak selalu sangat makan Nandos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Nurul.. husband saya pun lebih minat kenny rogers sebenarnya.. hahaha tapi sebab saya selalu tak habiskan ayam bila dine in dkt kenny rogers, so husband lebih suka bawa bini dia ni ke Nandos.

      Delete
  5. Masing2 minat ..rasanya pelum pernah makan..agaknya pedas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pilih, nak pedas atau tak nak....

      Delete
  6. tk brp suka sgt mkn nandos...kalo dlm sethn tu mayb sekali je la ataupun tkde langsung hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...mostly peminat makanan pedas yang suka pi tempat ni...

      Delete
  7. as a food lover, izzati should try this!! thank you for the sharing sis comeyy!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Try Aty.. hehe...
      ~lama dah berkira² nak tukar header tu.. hihi.. supaya senang nak ingat link blog ni..

      Delete
  8. sekali saja makan di nandos nii. macam endak kenyang. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu Elly.. kdg² saya rasa tak kenyang jugak.. 😆.. so otw balik rumah, mulalah menyinggah beli yang bukan².

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...