Assalamualaikum..
Kali ni saya nak cerita tentang pengalaman bersalinkan Naufal Rizqi... so saya tak kan lupa detik-detik berharga ni. Dan andai kata saya terlupa, ada tercatat kenangan manis itu disini.๐
Naufal Rizqi merupakan baby Glokosa - 6 - Posfat Dehidrogenase (G6PD) intermediate.
G6PD intermediate ialah kes kekurangan enzim g6pd yang membuatkan sel darah merah rapuh dan mudah pecah jika si penderita termakan atau tersentuh benda-benda yang disenaraikan sebagai pantang. (Ini adalah ayat saya sendiri berdasarkan apa yang saya faham)
G6PD ada dua kategori, g6pd defeciency dan g6pd intermediate.
Baby Naufal Rizqi adalah g6pd intermediate. Yang mana maksudnya, naufal kena menjalani sekali lagi ujian pengesahan setelah berusia 8 bulan. Untuk g6pd defeciency pula, dah tak perlu buat ujian lagi... kira dah memang sah g6pd.
Penyebab kepada kekurangan enzim ini masih belum dikenalpasti, internet menyatakan bahawa ini adalah penyakit genetik. Ia daripada kromosom-kromosom X, dan selalunya akan terjadi pada baby lelaki. Amat kurang kes yang melibatkan baby perempuan.
Saya bersalinkan Naufal Rizqi di hospital Ampang, pada jam 3.50am. Mujurlah sampai awal di hospital, kami bergerak dari rumah jam 1am sebab menunggu pengasuh respon panggilan telefon๐
. Sebenarnya kami dah maklum awal-awal pada pengasuh waktu pagi tu, yang saya dah ada tanda-tanda nak bersalin... tapi tak hantar lagi anak ke pengasuh sebab takut itu false alarm. Petang tu dah bagitau husband, hantar anak pada pengasuh sebab rasa macam akan beranak subuh nanti.. tapi husband tak hantar. Entahlah.... hahaha... saya pun tak push untuk hantar pengasuh sebab masih ragu-ragu nak terberanak ke ni???๐๐
Bila dah jam 12am... sakit makin kerap... baru kol husband suruh balik rumah... husband pula masih kerja, shift tengah malam๐. Mujurlah selamat sampai hospital sebelum terberanak.
Sampai-sampai je hospital tu... terus ke bahagian Patient Admission Centre (PAC). Bila cek bukaan... baru 3cm nak masuk 4cm... kata doktor bertugas... so dia mintak izin untuk tolong bukakan jalan.. redha je la..
Lepas doktor tolong bukakan jalan tu... part yang paling mengerikan dan tak suka ialah pasang jarum dekat tangan... wuaaa... i hate this๐
๐
... selepas dah siap pasang, dorang minta saya tunggu di bahagian menunggu untuk tunggu bilik kosong. Nurse pesan makan dulu, minum air. Sebab waktu tu bilik semua full... baru duduk sekejap dekat ruang menunggu tu, tiba-tiba tup... air ketuban pecah pulak๐
๐
... terpaksa la masuk dlm PAC balik utk cek bukaan. Bila cek, doktor arahkan untuk masuk labour room.
Sampai labour room, selesai periksa ini dan itu, nurse tanya "biasanya anak keluar jam berapa" .. saya pun jawab.. anak 1st jam 7am. Yang 2nd jam 6am. Nurse pun jwb "oo.. lama lagi nak keluar ni" waktu tu dalam jam 2 lebih... hahahah... sakit dia.. tak boleh nak bawa bincang, nak benafas pun tak boleh๐๐.. nurse siap marah sebab buat nafas pendek-pendek waktu tahan sakit... adoi la nurse, dah sakit nak buat mcm mana.. jam 3.50am dah rasa kepala baby nak keluar... push beberapa kali... terus dengar suara Naufal menangis dengan kuatnya... ya allah leganya. Dah siap jahit, keluarkan darah beku... rehat kejap dalam labour room...(kejap ke... rasa lama jugak la... sebab suami bagitau... 4 jam jugak tunggu untuk jumpa dalam wad bersalin).
Naufal Rizqi... fresh from oven๐. Baru beberapa jam usia Naufal waktu ni.
Kaki comel Naufal ❤❤
Tag untuk bed anak... jadi anak tak tertukar๐๐๐
Paginya dalam jam 9am... doktor buat lawatan, rutin seperti biasalah... doktor nak periksa jahitan๐จ dan cek ๐ญ... time ni rasa macam nak lari je...taknak bagi cek bawah tu... huhuhu. Dah siap cek semua, baby pun dah kencing dan berak, saya pun dah kencing... lega la kononya.... bolehlah balik rehat dirumah.
Tapiiiiiiii....
Tak lama lepas tu... tiba-tiba datang seorang doktor bagi penerangan tentang G6PD... saya waktu tu... bingung pun ada jugak... ermmm... napa dia bagitau tentang g6pd ni... untuk info kot... konon dalam hati... tapi rupanya baby g6pd defeciency... what?????? G... apa??? Halamak... waktu ni dah rasa... sedihnya... apa lah salahku ni... kenapa baby kena g6pd... walau doktor tadi dah terangkan apa tu g6pd... tapi masih blur...huhuhu. Yang saya faham.... baby kena pantau 5 hari lagi... jd kena masuk wad. ๐ฑ๐ฑ... nak nangis rasa... badan dan otak masih penat, menahan sakit beranak... baby kena tahan pulak dekat wad kanak-kanak. ๐ญ๐ญ๐ญ
Sebenarnya tujuan untuk masuk wad selama 5 hari tu, untuk pantau keadaan baby... expecially pantau jaundis... sebab baby g6pd, confirm akan mengalami jaundis dengan bacaan tinggi.
So hari pertama Naufal Rizqi warded... tak kena lampu biru lagi.... tapi start hari kedua, bacaan kuning dah tinggi. So doktor arah untuk letak baby bawah lampu biru. Stress gila waktu ni, sebab baby tak nak duduk dalam katil khas tu... huhuhu... lepas tu, tak boleh susukan baby sambil baring... kena duduk untuk susukan baby... ya ampun... waktu ni sangat mencabar... dengan penat bersalin tak habis lagi... kita kena duduk atas katil tu untuk susukan baby waktu tengah malam... dengan baby menangis terus-terusan sebab sejuk... (baby bawah lampu biru, hanya boleh pakai pampers je)... memang stress gila. Akhirnya, waktu subuh.. saya bawak je baby baring atas katil... sambil berjaga-jaga takut nurse masuk bilik๐
๐
.
Naufal sedang bersauna waktu ni๐..
Dah start meraung ๐
Spek mata limited edition.. made from hospital Ampang nurse๐
Sebenarnya risiko baby tergolek dari tangan lagi tinggi waktu susukan baby sambil duduk... bukannya sengaja nak golekkan baby, tapi fahamlah bila badan letih sangat... kita takkan sedar tertidur waktu susukan baby... walaupun waktu tu sedang duduk... so apa saya buat waktu malam... kalau mata dah tak larat nak buka, dah tak boleh tahan mengantuk sangat... tapi baby meraung-raung nak menyusu, bawa je baby baring sekali diatas katil... hati pun tak risau baby jatuh tergolek dari tangan. Tapi tidur-tidur ayam je mampu... adakah yang mampu tidur lena waktu jaga baby di hospital ye?????... owww ada๐๐
Doktor akan ambil darah baby waktu malam-malam. Tak taulah jam berapa tu๐
.. yang pastinya malam selepas jam 12.
Setiap jam 7.30am, nurse akan ambil bayi dan mandikan. Part yang ni sangat melegakan... saya just stanby pampers dan wipe tissue. TQ nurse-nurse yg comel-comel di hospital Ampang. Waktu nurse ambil baby nilah saya ambil kesempatan utk lelapkan mata...
Hari ke-4, tali pusat Naufal dah tanggal..๐
Dalam wad pun, sekali lagi doktor akan datang untuk beri penerangan tentang G6PD dan bagi pamplet mengenai g6pd. Waktu ni, tanyalah apa-apa saja yang korang tak faham... doktor akan usaha untuk bagi penerangan.
Hah... Pamplet ni saya lekat di peti ais dirumah.. supaya senang nak rujuk kalau ada apa-apa masalah
Sebabkan saya nak baby cepat sihat, so saya kerap letak baby bawah cahaya biru tu. Biarlah anak meraung-raung, yang penting anak sihat.
Selama 5 hari tu, baby g6pd yg ditahan wad, tak dipakaikan jarum di tangan. So ini sangat melegakan hati saya... dalam wad, ada disediakan susu khas untuk baby, susu yang sudah siap dibancuh... so ibu just bawa botol susu dan ambil mengikut oz yang telah ditetapkan je. Dan kena bagi pada baby guna picagari. 3 jam sekali, susu akan dibancuh, so kena prepare untuk ambil dan bagi pada anak.
Selama 5 hari, nurse pantau kekerapan kencing dan berak naufal. Kekerapan bagi susu formula dan breast feed. Pantau suhu, bacaan oksigen dan tekanan darah naufal.
Setiap hari daddy datang melawat.. hehehe.. wad khas 4C ni, hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk... so if saudara mara nak datang melawat baby... sekuriti takkan benarkan.
Alhamdulilah, habis je 5 hari, baby dah boleh balik...๐๐... tapi still kena ke klinik kesihatan berhampiran untuk cek kuning. Pihak hospital bagi satu surat khas untuk tunjuk pada klinik waktu cek kuning baby. Dalam surat tu, doktor mention yang Naufal ialah g6pd intermediate. Pastu ada satu lagi kad temujanji Naufal jumpa pakar kanak² bulan 6/2020.
Naufal Rizqi dah boleh balik rumah... yeayy!!! Waktu ni sedang tunggu giliran untuk check out hotel 5⭐
4 kali jugak la kami berulang ke klinik kesihatan untuk pantau bacaan kuning Naufal. Kali ke-4, dah turun bacaan 5... so selesai bab pantau kuning, lega sangat... tinggal nak fokus sembuhkan luka bersalin je and pantang.
Naufal jumpa kakak-kakaknya untuk kali pertama. Sesi suai kenal anak-anak๐๐
Waktu tau naufal G6PD, kepala dah serabut... haduhhh macam manalah ubat phytonatal NR tu.... ruginya beli... huhuhu... memang tak makan la ubat tu sepanjang pantang.... huhuhu... terpaksalah gantikan dengan dulcolax.
Tapi selepas Naufal dah hampir 3 bulan (waktu tu dah habis pantang 42hari) saya cuba makan phytonatal tu... nak tengok ada tak beri kesan dekat Naufal... tapi alhamdulilah, takde pulak kesan apa-apa... yelah, itu kan ubat herba... baby g6pd ada pantang herba... takut jugak la, manatau lah terlanggar pantang sebab saya Breast Feed... tapi, syukur takde apa-apa (tapi saya tak galakkan untul makan ubat ni, sebab saya pun tak makan waktu pantang).... Saya just makan 1 biji je... pastu tak makan dah... sebab takde masalah nak membuang air besar.
Naufal Rizqi... 3 bulan ๐๐
Dan dirumah kami masih ada pembunuh nyamuk (ridsect) ... kadang-kadang, husband sembur jugak di rumah nak bunuh semut-semut yang banyak sangat dirumah... tapi sebelum suami sembir... saya bawa Naufal masuk dalam bilik siap-siap... tunggu 1 jam begitu baru bawak baby keluar... kadang-kadang suami sembur waktu nak keluar rumah... so bila balik rumah tu, bau ridsect tu pun dah hilang.
Okeh itu saja perkongsian untuk hari ni.
~mummy doakan semoga Naufal Rizqi... sentiasa sihat... dalam lindungannya selalu... membesar dengan cerdik... hormat ibu bapa, orang lebih tua dan paling penting... taat padanya... Aminnn.
*para pembaca yang tekan follow, sila comment ya dibawah. I follow you back๐