Assalamualaikum
Bulan Feb, ialah bulan kelahiran En. husband.. so saya bawa suami makan-makan sambil tiup kek..
Moga panjang umur, sihat sentiasa dan dimurahkan rezekinya seperti air yang sentiasa mengalir...Aminnnnn
Bawa husband makan-makan banyak tempat waktu ni, makan Mcd, makan burger bakar Abg Burn, makan Me' Nate. Hadiah, husband dah tuntut awal, bulan Jan dah tuntut hadiah, apakah? 🤷♀️.
Lepas tu, a few days later, kami ke Low Yat untuk membeli PC, sebab bininya ni asik mengadu tak dapat edit template blog😅😆... So siapa yang birthday ni sebenarnya😆.. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku ini.
Kami tak cadang beli komputer baru, sebab budget tak berapa cantik dan barang-barang elektronik ni cepat jatuh harga... So kami ke level 2 di Low Yat... Sini ada banyak kedai menjual komputer baru, lama dan juga spare part komputer/laptop... Kalau kamu jenis pandai pilih-pilih dan buat badan komputer sendiri... boleh datang kesini.
Saya seperti biasa, langsung tidak berminat untuk ambil tahu tentang PC dan yang sewaktu dengannya.. so saya just jaga anak-anak yang excited berlari kehulu hilir. En. Husband saja yang berurusan jual beli... hahaha
Disini kami just beli PC sahaja, harga RM350. Spek:
~ intel core i3
~ RAM 4 gb
~ DDR 3
~ Model Optiplex 7010
~ intel HD & intel 5000 Grafik
~ DVD-RW
~ 250 gb HDD
~ with free software;
* window 7 pro x64 big OS system
* microsoft office pro 2016
* Adobe Reader
* Media Player
Kami tak beli monitor sebabnya budget tak cukup😆.. so husband cadangkan, buat sementara gunakan sahaja TV game husband. Hohoho... Sabarlah ya en. Husband. Sebenarnya, komputer ni, hadiah advance dari husband untuk wedding anniversary kami yang ke-5, bulan April nanti... Dan seperti biasa, kita haruslah habiskan duit husband... takkanlah nak habiskan duit husband orang lain pula kan? ha ha
Inilah rupa PC yang kami beli tu
Set Keyboard+mouse wireless dan mouse pad gambar minion :)
Kami hanya beli PC, set keyboard + mouse wireless, VGA display cable, USB Data Cable 3.14A dan mouse pad
Yang tepi kiri tu da rosak dan khas untuk anak-anak...😆😆. Kena setup macam tu, jadi diorang tak gangu mummy diorang ni.
Monitor tu ialah TV 24". Hehehe itu TV en.husband hadiah birthday taun lepas, tapi mummy conquer sekejap😅
Game corner en.husband telah dijajah 😅.. dan husband pening tengok hiasan atas tu😆😆.. dah tak rock katanya.
Okeh itu sahaja perkongsiannya... saya sebenarnya nak bagitau tempat murah untuk beli komputer dan its still in good condition. Tapi, ehhh ada tapi pulak😅.. kalau korang nak membeli seperti kami ni, pastikan kamu tau tentang komputer la ya. Jika kurang pengetahuan tentang apa yang built in dalam PC, saya tak cadangkan kesini. Beli sahaja yang baru dari kedai... hehehe...
Okeh, itu saja perkongsiannya.
Daa..
Wah besar pandang. Senang nak tulis blog.
ReplyDeleteSemoga semakin rajin menulis ye.
Semoga begitulah hendaknya NA... hihihi...
Delete~saya ni ada penyakit, dah beli benda and lastly benda tu berhabuk begitu sahaja🤦♀️
Betul tu kalau takde ilmu pasal komputer, senang kena tipu kalau beli dekat situ. Hehehe
ReplyDeleteKan... harga sini ni boleh berubah² mengikut orang😅.
Deletemurah tu. dulu mam pun sellau cari brg komputer kat lowyat. jemput join giveaway mama ye
ReplyDeleteDkt sini banyak pilihan kan mama... harga pun boleh dpt nurah kalau rajin banding² harga.. hehe
Delete~tq.. dah join giveaway mama
Bestnyee! Happy writing, sis. Btw, you have such a cute happy family. <3
ReplyDeleteTq aty... moga lebih bersemangat update blog pas ni😄
DeletePuas lah nak blogging kalau gitu hehe
ReplyDeleteHahaha.. kan..
Delete~tak tidur malam asik blogwalking🤣
happy birthday utk husband mell...mn tau smp april tiba2 dpt komputer baru
ReplyDeleteTq mama Tisya..
Delete~hehehe manatau rezeki dapat hadiah lagi.. aduhhh bahagia betul dpt hadiah waktu umur dah meningkat ni😅
tahniah dpt komputer baru walopon pakai monitor game suami tersayang tuuuh., ;p
ReplyDeleteðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤.. haha pinjam kejap je Wak...
DeleteBarulah puas hati! Terus teringin mau beli PC baru pasang di TV sebab TV kami tiada juga yang guna..... Kalau ada murah macam tu di Sabah, kan ku beli bulan ini juga.
ReplyDeleteni murah sbb terpakai ni Elly. Eya ba... sayang juga klo nda terpakai tu TV oo.
Deletetempat favourite husband k.fiezz ni. dia kerja dalam sektor IT so tempat ni memang macam tempat shopping dia je..betul, kalau expert pasal IT boleh datang ke sini untuk beli brg2 komputer, elektronik..kalau tak expert, better beli yg dah siap kat kedai.
ReplyDeletekan... yang expert IT dan tau harga semasa used and new computer. Sesuai sangat pegi sini... kalau yang tak expert macam saya ni... jangan sekali-kali... nanti kena tipu saja.. hahaha
Delete