Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Mac 2020

Assalamualaikum

Berikut merupakan barisan menteri kabinet yang telah dilantik, selepas negara kita mengalami satu peristiwa baru pada 24 Febuari 2020... iaitu waktu dimana Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Disebabkan perletakkan jawatan ini, secara automatik juga menteri kabinet bubar serta merta. Yang di-Pertuan Agong, telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi semasa menangani isu ini. Terima kasih YDPA.

gambar: sayaiday.com

Pada 29 Febuari 2020, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sutanah Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-Lapan. Majlis pertabalan telah dilangsungkan pada keesokan hari, iaitu pada 1 Mac 2020 di Istana Negara. Alhamdulilah proses dan perjalanan adat istiadat perlantikan berjalan dengan lancar.

Selepas seminggu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Semalam, iaitu 9 Mac 2020, beliau telah  mengumumkan Menteri Kabinet Malaysia terbaru. Mari kita lihat senarai nama perlantikan jemaah Kabinet yang baharu. 

Jika dilihat pada barisan baru ini, terdapat muka-muka baru dan muka-muka lama. Berikut saya senaraikan nama barisan para Jemaah Menteri Kabinet Malaysia Terkini  2020, mengikut nama dan jawatan masing-masing.


MENTERI KANAN
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)




MENTERI KANAN
MENTERI PERTAHANAN

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


▪️ Timbalan Menteri- Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz




MENTERI KEWANGAN

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Abd. Rahim Bakeri

▪️ Timbalan Menteri II - Mohd Shahar Abdullah




MENTERI KANAN
MENTERI KERJA RAYA

Datuk Seri Fadillah Yusof


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Shahruddin Md Salleh




MENTERI KANAN
MENTERI PENDIDIKAN

 Dr Mohd Radzi Md Jidin


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

▪️ Timbalan Menteri II - Muslimin Yahaya




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)

Datuk Seri Mustapa Mohamed


▪️ Timbalan Menteri - Arthur Joseph Kurup


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof


▪️ Timbalan Menteri - Datin Mastura Yazid




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Datuk Takiyuddin Hassan


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Eddin Syazlee Shith




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)


▪️ Timbalan Menteri - Ahmad Marzuk Shaary




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK)

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Hanifah Hajar Taib




MENTERI PENGANGKUTAN

Datuk Seri Ir. Dr. Wee ka Siong


▪️ Timbalan Menteri - Hasbi Habibollah




MENTERI ALAM SEKITAR

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)




MENTERI SUMBER MANUSIA

Datuk Seri Saravanan Murugan


▪️ Timbalan Menteri - Haji Awang Hashim




MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Tan Sri Annuar Musa



▪️ Timbalan Menteri - Datuk Seri Dr Santhara Kumar




MENTERI WANITA DAN KELUARGA

Datuk Seri Rina Mohd Harun


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff




MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Datuk Dr Noraini Binti Ahmad


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Mansor Othman




MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI

Datuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah

▪️ Timbalan Menteri - Ali Biju




MENTERI DALAM NEGERI

Datuk Seri Hamzah Zainuddin


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said

▪️ Timbalan Menteri II - Jonathan Yassin




MENTERI KESIHATAN

Datuk Seri Dr Adham Baba


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

▪️ Timbalan Menteri II - Datuk Aaron Ago Dagang




MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Seri Ahmad Hamzah

▪️ Timbalan Menteri II - Datuk Che Abdullah Mat Nawi




MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Abdul Rahman Mohamad

▪️ Timbalan Menteri II - Datuk Henry Sum Agong




MENTERI LUAR NEGERI

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Kamaruddin Jaffar




MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Datuk Alexander Nanta Linggi


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Rosol Wahid




MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Datuk Seri Saifuddin Abdullah


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Zahidi Zainul Abidin




MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Zuraida Kamaruddin


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Seri Ismail Abd Mutalib




MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Khairy Jamaluddin


▪️ Timbalan Menteri - Ahmad Amzad Hashim




MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Wira Mas Ermieyatie Samsudin




MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng

▪️ Timbalan Menteri II - Willie Mongin




MENTERI PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Datuk Seri Nancy Shukri


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Jeffery Kitingan




MENTERI PERPADUAN NEGARA

Datuk Halimah Mohamed Sadique


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Seri Tiong King Sing




MENTERI BELIA DAN SUKAN

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican


▪️ Timbalan Menteri - Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)




Saya sendiri bukanlah orang yang sangat ariff dengan nama-nama menteri, sebab itu saya sertakan sekali gambar menteri terkini, mengikut jawatan masing-masing.

Semoga dengan perlantikkan menteri-menteri kabinet baru ni, Malaysia semakin pulih dan terus membangun dan maju.

Okeh, sekian sahaja perkongsian dari saya..

Daa..



10 comments:

  1. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tu masih orang yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan~~~~... saya pun tgk yg tu juge.. dpt kepercayaan semula di jawatan lama

      Delete
  2. semoga mereka semua dapat menjalankan tugas dengan dedikasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... betul tu.. semoga dapat pimpin negara kita ke arah kemakmuran dan kemajuan

      Delete
  3. first nampak kabinet baru. i tengok menteri belia dan sukan. hahah

    ReplyDelete
  4. Semoga yang terbaik buat Malaysia amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn.... Semoha Malaysia terus aman makmur

      Delete
  5. nampak pelik bila tiada timbalan pm

    ReplyDelete
  6. Kan... siapakah gerangannya bakal tpm kita

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...