DAGING YANG SESUAI UNTUK STEAK

Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak.
Assalamualaikum,

Bagi penggemar western food, pasti pernah mengalami, daging steak yang dimasak dirumah, liat dan keras. Kita serupa!!! :)

Saya adalah penggemar steak tegar... Sememangnya ada ketika, perasaan mengidam untuk makan steak medium well sangat membuak-buak... tak boleh di control sudah, tahap gila bayang...terbayang-bayang makan steak... hahaha.. 

Banyak kali cuba masak steak dirumah , tapi selalu gagal...huhuhu... mungkin disebabkan pemilihan daging yang salah. Setakat ni tak pernah berjaya masak steak seperti chef Gordon Ramsay atau Jamie Oliver... Gaya tu dah ada, tapi in the end, hanya menang gaya sahaja😅... Makanannya gagal.. Tapi saya takkan berputus asa. I will keep practise..💪

Hasil dari pembacaan saya, untuk memasak steak yang lembut dan berjuicy tu, kita perlulah dapatkan daging yang sesuai.. (sebelum ni saya beli yang australian beef punya, tapi tak tengok bahagian.. mungkin sebab inilah steak saya tidak menjadi)

Bahagian daging lembu dibahagikan mengikut namanya.. 

Untuk memasak steak, daging yang paling sesuai ialah bahagian Tenderloin, atau dikenali juga sebagai daging batang pinang, daging harimau menangis atau musir dalam (bahasa kelantan). 

Kedua, ialah daging striploin, atau juga dikenali sebagai daging di bahagian rusuk, atau musir luar (bahasa kelantan). Daging ini pun sesuai untuk masakan steak.

Untuk daging mata punggung atau 'Topside'. Daging ini tidak sesuai untuk steak... ia daging yang sesuai dimasak berkuah. Ini kerana, daging ini tidak terlalu lembut.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain, seperti 'rump' , 'knuckle', 'shank', 'blade' dan bahagian lain, yang berotot dan tidak lembut. Daging ini sesuai dimasak berkuah.

Nama-nama daging ini, mungkin dikenali dengan nama yang berbeza-beza mengikut negara.... So cara yang senang ialah dengan lihat pada belakang nama daging tersebut. Jika ada perkataan 'loin', maka ia sesuai untuk dimasak steak.

Kenapa daging lembu, ada yang liat, ada yang lembut apabila dimasak??
~kerana, bahagian-bahagian daging lembu , ada  yang malas, dan ada yang rajin..hahaha. 
~Bahagian yang rajin itu ialah, bahagian yang banyak bergerak, dan menjadikan bahagian itu berotot. So bahagian ini akan menjadi lebih liat.
~Manakala bahagian yang malas  pula, bahagian yang kurang bergerak, ini menjadikan otot dibahagian ini lebih lembut, dan amat sesuai untuk steak.

Okeh... sekian infonya untuk rujukan saya dan mereka yang memerlukan.

Daa..




6 comments:

  1. suka juga mkn steak tp tk pernh la buat kt umh..mkn restoran je...kt umh slalunya buat lam grill je hehe

    ReplyDelete
  2. good info mell, tq sebab kalau salah pilih daging untul steak ni memang tak menjadi kan :)

    ReplyDelete
  3. mungkin saintis kena research untuk breed lembu-lembu malas lepas ni. Baru lah semue daging sesuai untuk steak dan sedap. Hihihi

    ReplyDelete
  4. ha'ah sebab tu daging batang pinang tu mahal sikit sebab bahagian tu sedap.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi makan steak sebab kurang makan daging. Steak pun harga dia agak mahal juga kan.

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah lagi buat steak kat rumah.. kat kedai la tu pun kadang2..
    kalo western ni suka lamb chop. tapi kalo x silap.. kalo kita pegi kedai daging tu mntx je yang sesuai utk steak..

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...