Showing posts with label DO IT YOURSELF (DIY). Show all posts
Showing posts with label DO IT YOURSELF (DIY). Show all posts

Sos tartar mudah

 1. Mayonese japan warna merah (4 sudu besar)

2. Lemon (2 sudu Besar)

3. Bawang putih (disagat/tumbuk halus) 1/2 sudu teh

4. Bawang holland/kuning (cincang kecil) 2 sudu besar

4. Dill/parsely/daun bawang (jika ada boleh letak.. kalau tiada abaikan)

5. Telur rebus 1 biji (dipotong dadu kecil)

6.pickels (potong dadu kecil) (jika ada boleh letak.. kalau tiada abaikan)

7.madu (1 sudu besar)

8. Garam (secukup rasa)

9.lada hitam (secubit atau lebih, mengikut citarasa)


Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam satu mangkuk.. Gaulkan sebati. letakkan perasa sekucupnya dan boleh dihidang.. Makanan yang paling sesuai untuk sos tartar saya ini ialah

~fish n chips

~udang 

Selamat mencuba πŸ˜‰

RECYCLE MEJA MAKE UP ROSAK

Assalamualaikum..

DIY-meja-make-up


Memandangkan Ahad lepas, en. Husband tak buzy, tak buzy kah?? hahaha actually, beliau kerja dari pagi sampai jam 4.00pm... sampai rumah dah jam 5.00pm, pastu berkejar-kejar nak laksanakan DIY keminatan beliau... Disebabkan kesungguhan beliau, so kami laki bini pun memprojek la meja make up, yang lacinya tertanggal tu.

Kalau ikut hati perempuan saya ni... dah masuk list kena tukar bru ni...hahahaha πŸ˜‚. Almaklumlah... saya ni bukannya kretif dan rajin bab DIY ni. Tapi en. Husband dah pesan awal-awal nak DIY meja make up tu... Tunggu free time. So saya pun, layankan sahaja la kesungguhan beliau, nak bertukang.

En. Husband ni, betul-betul minat bertukang... kabinet dapur rumah kami, dia tukang sendiri... Klo bab-bab membaik pulih, serah sahaja dengan dia... bersungguh-sungguh dia cuba betulkan. Bila betul-betul tak boleh baiki barulah dia give up.. tu pun tak nak buang... simpan jadi harta karun dalam stor..hahaha Tapi kalau dia berjaya baiki, mulalah keluar muka bangga πŸ˜†πŸ˜†.. apa-apa sajalah husband.. yang penting happy

Saya pula jenis, 'ishhhh.. apa ni.. rosak sudah kan... buang.. buang.. buang..., buat apa simpan benda tak berfungsi.. nanti jadi orang gila'.... HAHAHA...

Go Green betul laki saya ni.. πŸ˜†πŸ˜†

Okeh berbalik pada tajuk utama, meja make up ni rosak dkt drower tu.. dah tertanggal sebab ada anak-anak ribena yang terlebih aktif. So en. husband rancang nak cabut cermin tu dan lekat terus di dinding. Kiranya tak perlu dah meja... Perancangan itu sahaja, tapi bila da waktu bertukang, macam-macam pula kejadian yang dibuat..hahaha Kaki-kaki meja tu pun dia nak tukang jugak, nak buat para-para untuk dokumen-dokumen penting kami dan para-para dalam bilik tetamu... okeh layan sajalah.. Yang penting mesti buat kemas... itu saja pesanan penajaπŸ˜†πŸ˜†.

Inilah meja make up yang rosak tu. Drower dah rosak.. sabar sajalah... Husband pisahkan meja dan cermin tu... kena buat dengan berhati-hati supaya tak mencacatkan kejadian asal... 

Mula-mula, pilih lokasi yang sesuai untuk tampal cermin... Tekap cermin besar gedabak tu pada dinding dan ambil ukuran.. Dah ambil ukuran, ambil mata drill untuk tebuk lubang di dinding. Tebuk 6 penjuru untuk pastikan cermin kukuh.

Dah tebuk dinding, ambil pula wall plug, letak di semua lubang yang telah ditebuk. 

Dah letak wall plug, okeh ini masanya untuk pasang skru... Sebelum tu.. tukar mata drill dulu. pakai mata untuk pasang skru pulak. 

zzzztttt.... skru semua tempat yang sudah siap diukur dan ditanda serta ditebuk. En. husband gunakan L jenis panjang skit, sesuai dengan besar dan tebal cermin tu. 

Unutk jenis L tu, terpulang pada kamu nak guna yang macam mana... tapi kalau benda yang korang nak lekat tu besar macam cermin yang en.husband nak make over ni, better la pakai L yang panjang supaya lebih kukuh. keh

Tadaa... belum siap lagi.. hahaha

okeh.. ambil cermin, dan letak di dinding. kemudian, tukar mata drill untuk drill kayu pula. Drill semua tempat yang nak pasang skru.

Tips: Kenapa perlu tebuk lubang dahulu? Tak kisahlah dinding atau kayu... kenapa?
~ untuk elakkan simen atau kayu pecah sewaktu kerja-kerja memasang skru..

Dah tebuk lubang tadi, tukar mata drill lagi.. untuk pasang skru... skru ada yang panjang, ada yang pendek, kena pilih ikut ketebalan papan kamu ya..

Tadaa... sudah siapppp... yeayyy!!!! Okeh, Not Bad.. clap clap clap... memang kukuh... sesuai untuk anak-anak ribena saya yang lasak tak padan dengan jantina tu.. hahaha

Siaplah suda kerja recycle meja make up untuk bahagian cermin. Tup.. tup.. tiba-tiba en. husband bagitau nak buat para-para untuk dokumen-dokumen penting kami, yang selama ini berletak je atas lantai... huhuhu.. letak atas lantai dengan penuh kemas tau... bukannya berselerak.. hihihi

En. husband pun pisah-pisahkan kaki meja make up tu.. bersedia unutk buat rak @ para-para untuk dokumen.

Lepas tu, en.husband bersiap-siap nak keluar ke kedai hardware berhampiran.. nak beli L yang lebih besar.. supaya lebih kukuh untuk tampung dokumen... L di dalam stor semua jenis kecil-kecil molek... tak sesuai katanya.. Okeh lah husband.. buatlah apa yang awak suka... yang penting awak happy..

Recycle-meja-make-up
jeng.. jeng.. jeng... Beginilah kejadiannya... Tiba-tiba ada rak atas meja komputer saya tu.. hahaha. Komputer tu kami beli harga mura sahaja, boleh baca ceritanya disini Komputer Murah Di Low Yat dan Serba Hitam

Rak untuk bilik tetamu pula, hold ke satu tarikh yang belum ditentukan... hehehe.. sebab dah malam, so tak eloklah kita nak tebuk-tebuk dinding lagi kan... kesian dekat jiran-jiran..

Okeh, sekian saja perkongsiannya

Daa...




ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...