Showing posts with label REVIEW BUKU. Show all posts
Showing posts with label REVIEW BUKU. Show all posts

Review Buku Harry Potter and the curse child (pertama)

Review buku harry potter and the cursed child

Assalamualaikum..

Harini rasa rajin untuk membuat penceritaan isi kandungan yang terdapat dalam buku Harry Potter And The Cursed Child... saya sememangnya, peminat tegar Cerita Harry Potter.. 🤗🤗 .. 

21.1.2020 yang lepas, merupakan hari bersejarah untuk saya... itulah tarikh lahirnya saya ke dunia ini. 😊 Happy Birthday To Me...

So sempena birthday, saya minta husband untuk belikan buku Harry Potter terbaru, yang tajuknya Harry Potter And The Cursed Child.... Mujurlah En. husband layankan sahaja permintaan bininya ni. Tapi rupanya, En. husband beli semua jilid buku Harry Potter, dari siri 1 hingga yang latest.. hohoho... Thank You so much husband...

Baca buku ni dengan penuh semangat...

Cerita Harry Potter 1st hingga 7th... rasanya semua dah tonton dan tahu jalan ceritanya, tak perlulah saya nak cerita panjang lebar...

Entry kali ni, saya nak jadi the spoiler for Harry Potter ke-8 🤣... Saya tahu, ada yang suka dan ada yang tak suka si tukang spoiler ni.. so kalau ada yang tak suka, jangan baca tau entry ni...hihihi... sila beli dan baca sendiri. (But honestly, baca sendiri buku ni, perasaan dia lain.. lagi best!!)

Buku Harry Potter and the curse child merupakan script drama pentas. So jalan cerita lebih kepada perbualan antara watak.

Ceritanya bermula dengan pengakhiran cerita Harry Potter and the Deathly Hollow part 2. Dimana cerita terakhir tu berakhir dengan scene yang berlatarbelakangkan kereta api Hogwarts 9 ¾. Harry, Ginny, anak perempuan mereka dan seorang budak kecil yang terus-terusan memanggil ayahnya (harry potter) dan bertanya bagaimana jika "the sorting hat" masukkannya kedalam slytherin.

Scene terakhir Harry Potter and The Daethly Hollow part 2

Nama budak itu adalah Albus Severus Potter. Anak kedua Harry dan Ginny. Selepas berkahwin, mereka dikurniakan 3 orang anak. Yang sulung ialah James Potter, kedua Albus Severus Potter dan yang bongsu ialah Lily Potter.

Penceritaannya lebih bertumpu kepada Albus (anak Harry Potter) dan Scorpius. Scorpius adalah satu-satunya anak Draco Malfoy dan Astoria. Scorpius turut digelar sebagai "Voldemot Son" oleh orang luar.

Dalam buku ini menceritakan kali pertama,Albus dan Scorpius datang ke Hogwarts. Pada awalnya Rose (anak Ron dan Hermoine), adalah kawan baik Albus. Tetapi apabila Albus memilih untuk berkawan dengan Scorpius, yang merupakan anak kepada musuh ibubapa mereka (Draco adalah musuh kepada Harry, Ron dan Hermoine), Rose menjauhkan diri dari Albus. Keadaan menjadi lagi parah, apabila Rose dipilih masuk ke Gryfindor, manakala Albus dipilih masuk ke Slytherin bersama-sama dengan Scorpius.

Albus terus menerus berasa tertekan apabila dimasukkan ke Slytherin. Ini menyebabkan hubungannya dengan  Harry juga semakin hari, semakin renggang. Sejak dimasukkan kedalam Slytherin, Albus sangat bencikan Hogwarts dan juga permainan quiddtch.

Albus sememangnya sangat terkenal di Hogwarts sebab dia anak Harry Potter tetapi terpilih masuk kedalam Slytherin. Albus rasa benci sangat dilahirkan menjadi anak Harry Potter.

Berbeza dengan Scorpius. Walaupun Scorpius anak Draco, tapi hati scorpius sangat lembut dan mudah memaafkan. Scorpuis juga terpilih untuk masuk kedalam Slytherin. Scorpius sebenarya sangat sukakan Rose (anak Ron dan hermoine).

Scorpius juga sangat terkenal di Hogwarts, sebab ada kabar angin yang berlegar-legar mengatakan,  scorpius adalah anak Voldermot. Scorpius amat sedih dengan pandangan orang terhadapnya dan layanan orang kepadanya.. sebab itu dia selalu menyendiri dan akan cuba mengelakkan diri dari terjumpa dengan orang ramai.

Kenapa orang anggap Scorpius anak voldermot??
Kerana Draco dan Astoria ditakdirkan untuk tidak mendapat anak... Draco dan ayahnya sangat risau jika Draco tiada zuriat... maka diorang pun menghantar Astoria ke masa lampau menggunakan Turner Time. Selepas tu barulah Draco berjaya dapat anak (Scorpius). Sebab itu banyak orang katakan yang itu bukanlah anak Draco tetapi anak Voldermot. Walaupun begitu, Draco sangat sayangakan Scorpius... Draco tidak pernah tergugat dengan pandangan orang luar.

Keseluruhan cerita adalah berdasarkan kepada cubaan Albus dan Scorpius mengubah takdir menggunakan Time Turner..(mesin masa yang pernah Hermoine guna dalam cerita Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (3)). 

Time Turner dalam cerita Harry Potter and The Prosiner of Azkaban

Albus berusaha untuk betulkan kesilapan lampau ayahnya, iaitu sewaktu Triwizard Tournament dimana Cedric dibunuh oleh Voldermot. Albus nak Cedric hidup supaya Abos, ayah Cedric tidak lagi terus-terus menyalahkan Harry atas kematian anaknya. Albus juga semakin bersemangat untuk ubah sejarah Cedric setelah mendapat pertolongan Delphi. Anak buah Amos. Dalam diam, Albus sebenarnya jatuh hati terhadap Delphi.

Albus mengenali Delphi ketika Amos berkunjung kerumah Harry tengah-tengah malam. Tujuan Amos ialah untuk meminta Harry hidupkan kembali satu-satunya anaknya, Cedric mengunakan Turner Time, tapi Harry menolak. Albus mencuri dengar perbualan ayahnya dangan Amos. Pada waktu inilah Delphi muncul dan berkenalan dengan Harry. Delphi bersimpati dengan pakciknya yang tersekat dengan kehidupan masa lampaunya, sewatu anaknya Cedric masih hidup. Sebelum meninggalkan rumah Harry, Delphi sempat menjemput Albus untuk datang ke St. Oswald's Home for Old Witches and Wizard. Tempat dimana Amos tinggal.

Bermula dari sinilah Albus bertekad untuk ubah masa lampau. Detiknya bermula apabila, Albus dan Scorpio melarikan diri, semasa train dalam perjalanan ke Hogwarts. Albus mengajak Scorpius untuk tidak datang ke Hogwarts sebaliknya pergi bersamanya ke di St. Oswald's Home. (Dalam buku, ada babak dimana Albus ,Scorpius dengan mak cik penjual gula-gula di atas train... haaa"'' mak cik tu bukan sembarangan mak cik rupanya.. dia ialah penjaga kereta api, yang mana tugasnya ialah... menghalang sesiapa sahaja, yang cuba untuk keluar dari train, sewatu train sedang bergerak ke Destinasi.)

Mak Cik Penjual gula-gula (Trolley Witch) 

Albus dan Scorpius berjaya melarikan diri daripada Train dan selepas berjaya melarikan diri dari train, dan pergi berjumpa Amos. Albus menawarkan diri untuk membantu Amos untuk, menyelamatkan anaknya Cedric, menggunakan Turner Time. Tapi Amos marah dan tidak mempercayai Albus.

Disini Delphi membantu diorang untuk dapat kepercayaan dari pakciknya. Bukan itu sahaja, Delphi juga bantu diorang menyamar, untuk masuk ke Ministry of Magic, menggunakan Polyjuice. ( Magic Potion yang Hermoine pernah buat untuk  Ron dan Harry menyamar menjadi rakan Draco dan selinap masuk ke rumah Slytherin. Cerita ke-2, Harry Potter and the chamber of secrets)

Scene Hermione sedang buat polyjuice

Albus, Scorpius dan Delphie, guna Potion  yang sama dan menyamar sebagai Hermoine, Ron dan Harry... dan masuk ke Ministry of Magic untuk mencuri Turner Time yang disimpan didalam bilik Hermoine.

~oh lupa bagitau, sekarang Hermoine dah jadi Head of Ministry of Magic. Manakala Harry adalah Head Department of Magic and Law Enforcement. Ron pula jadi Taukeh kedai Weasly.

Bersusah payah diorang menyelesaikan teka teki, yang Hermoine buat dalam perpustakaan mini dalam biliknya. Akhirnya Scorpius berjaya selesaikan teka teki Hermoine dan diorang dapat jumpa Turner Time, dalam buku terakhir yang Scorpius pegang. (Part yang ini, kena baca dari buku sendiri baru senang faham😅)

3 kali Albus dan Scorpius balik kemasa lampau untuk menghalang Cedric dari berjaya sampai ke pusingan terakhir pertandingan Triwizard. (Harry Potter and the Goblet of Fire). 

Scene pusingan terakhir pertandingan Triwizard, tempat Cedric dibunuh oleh Voldermot

Dan tiga kali juga masa depan berubah.

Kali pertama:

~ Albus dan Scorpius kembali semula ke Triwizard Tournament dengan berpakaian pelajar Durmstrang. Mereka kembali sewaktu tugasan pertama, iaitu tugasan mendapatkan telur naga. Mereka cuba untuk mengagalkan Cedric pada tugasan pertama. Dengan mengunakan sihir 'Expelliarmus'. Albus mencuri tongkat Cedric sewaktu Cedric baru sahaja keluar dari kemah peserta dan berdepan dengan tugasan naganya. Selepas berjaya mencuri tongkat Cedric, mereka pun kembali ke dunia asal mereka. 

Disinilah mereka sedar, berlaku perubahan yang tidak disangka.. iaitu Harry bukan lagi berada dalam rumah slytherin, tetapi dalam rumah Gryffindor. Ron juga tidak berkahwin dengan Hermione tetapi berkahwin dengan Padma dan mempunyai anak bernama Panju. Manakala Hermione pula belum berkahwin dan manjadi cikgu Defence Against the Dark Art di Hogwards. Hermione juga seorang cikgu yang sangat bencikan Gryffindor dan cukup tegas. Disebabkan Hermione tidak berkahwin, maka Rose (anak ron) tidak wujud waktu ni.  

~SEMENTARA ITU (dalam babak lain)~

Harry dan Ginny sangat risaukan Albus anak mereka. Harry berusaha bersungguh-sungguh untuk ambil hati Albus. Harry tau sejak Albus belajar di Hogwarts, banyak perubahan pada diri Albus. Hubungan mereka berdua juga semakin rengang. Harry takut kehilangan anaknya. Disebabkan rasa takut ini, Harry menghalang Albus untuk terus bersahabat dengan Scorpius. 

Keputusan ini dibuat,  selepas Harry terjumpa dan bercakap dengan Bane di Forbidden Forest. Bane bagitau yang dia melihat Albus diselubungi oleh kabus awan yang gelap. Kabus hitam yang bahaya dan boleh membahayakan semua orang. Sebabkan ini, Harry mengambil langkah drastik dalam menghalang Albus untuk terus bersahabat dengan Scorpius. Harry mengunakan kuasa jawatannya untuk mengarahkan professor Mcgonagall, dan pantau anaknya melalui map hogwards jika mereka dua bertemu. Harry juga arahkan Mcgonagall untuk pindahkan Harry masuk ke Gryinfindoor.

Apabila Draco melihat, Scorpius sedih dan menangis disebabkan tindakan Harry yang cuba pisahkan persahabatan Albus dengan Scorpuis... Draco rasa marah dan pergi berjumpa dengan Harry dirumahnya. Selepas berlaku pergaduhan dan berbalas-balas magic antara Draco dan Harry, Ginny datang menjadi orang tengah antara mereka berdua. Disinilah Draco meluahkan betapa dia berasa cemburu dengan persahabatan antara Harry, Ron dan Hermione dahulu. Dia juga meluahkan perasaa kesunyian yang dirasakannya kerana tiada sahabat karib, dan juga tersepit dan dikongkong oleh ayahnya.

Draco juga berpendapat, Awan gelap yang menyelebungi Albus, sepertimana yang dinyatakan oleh Bane itu sebenarnya ialah perasaan kebencian, kesakitan dan kesunyian yang dialami oleh Albus. 


TO BE CONTINUE....

Daa... 

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...