LEVEL PEDAS Maggi pedas giler VS Mi SEDAP korean spicy Chicken

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak buat perbandingan level pedas maggi pedas giler dan mi sedap korean spicy chicken. Kamu makan kah, makanan tak berkhasiat ni??? Ha ha... saya makan saja, tapi tak la selalu... sebabnya perut ni, kena jugak makan nasi dan sayur-sayuran setiap hari. Kalau tak makan ... lapar berketar-ketar.. 😅.. kamu sama ke?? Atau saya saja yang gitu??

Saya merupakan peminat gila makanan pedas... Tapi sekarang ni tengah BF baby Naufal Rizqi... So saya kena kurang-kurangkan makan pedas..heheheh😅... kesian anak, tak bolehlah pentingkan diri sendiri kan... Dan saya akan bagi gap 1.30 hingga 2 jam selapas makan maggi pedas ni... baru BF Rizqi.

Cara orang jepun kurangkan rasa pedas ialah dengan minum susu kultur. Tapi saya tiada susu kultur tu dalam peti ais.. so saya bantai saja minum air kosong dan makan gula-gula anak yang kami simpan dalam peti ais...🤭. Tapi makan gula-gula memang berkesan untuk saya kurangkan pedas... maybe sebab rasa manis tu buatkan otak terfikir rasa manis saja.

Untuk jenama mi maggi, ada 3 perisa iaitu Tom yam, Ayam bakar dan Seafood berapi.

maggi pedas giler tom yummz
Ini Maggi Pedas Giler perasa Tom Yummz

Review: Level kepedasan ialah sangat Pedas!!! Saya berhenti beberapa kali untuk minum air, untuk legakan kepedasan yang menyengat di mulut. Rasa maggi ni, betul- betul pekat rasa tom yam.. so kalau kamu minat tom yam... boleh lah beli ni... tapi kalau korang tak minat tom yam... saya tak syorkan😆. Actually, saya bukan peminat mi tomyam... Rasa pekat tomyam tu, buat saya rasa tak best dan tak suka sangat. Nak habiskan 5 paket dalam tu... agak terpaksa jugak la..😆😆.. Level pedas untuk perasa tom yum saya bagi 5 dari 5. Saya sangat minat makan sup tomyam pekat... tapi saya, tak suka makan mi tomyam (semua jenama cth: meggi, cintan, pama, mama, dll).

maggi-pedas-giler-ayam-bakar
Ini Maggi Pedas Giler perasa Ayam Bakar

Makan dengan telur mata goyang😊

perencah maggi pedas giler ayam bakar
3 jenis rencah didalam paket maggi

Review: Maggi pedas giler perasa ayam bakar. Mi ni disertakan dengan 3 rencah iaitu rencah ayam, minyak dan kicap. Bagi saya, level kepedasan  untuk perasa ayam bakar ialah, tidak terlalu pedas. Saya masih boleh makan dengan lancar. Level kepedasan saya bagi ialah 3 daripada 5. Hehehe muka masih ada sinyum. 😊

maggi pedas giler seafood berapi
Ini Maggi Pedas Giler perasa Seafood Berapi

Mi yang telah siap diletakkan perencah. Hanya tunggu untuk disantap sahaja.

perencah maggi pedas giler seafood berapi
3 jenis rencah yang diberi iaitu rencah pedas giler seafood, minyak dan kicap

Review: Maggi pedas giler perasa seafood berapi. Level kepedasan untuk ini, betul-betul pedas!!! Saya terpaksa berhenti di pertengahan jalan untuk meneguk air, dengan harapn kuranglah sikit pedas dilidah... tapi nampaknya pedas tu taknak hilang🥵🥵... huhuhu mengembang kulit muka menahan pedas. Untuk rasa seafood tu, adalah sikit rasa seafood... tapi tak begitu terasa. So untuk nilai level kepedasan, saya bagi 5 dari 5. Mujur pedas ni hanya bertahan dalam 10minit dimulut selepas selesai makan. Kalau berpanjangan, mau mengalir air mata.

Untuk Mi Sedap... ada 1 jenis sahaja iaitu Korean Spicy Chicken

mi sedap korean spicy chicken
Ini Mi sedap Korean Spicy Chicken

Yumm... hanya tunggu untuk dimasukkan kedalam mulut

Perencah mi sedap korean spicy chicken
Rencah ada 5 jenis iaitu: pedas nikmat 1, pedas gila 2, bawang goreng, minyak dan rencah perasa

Level kepedasan mi Sedap Korean Spicy Chicken ialah 1.5 dari 5. Tidak begitu menyengat di mulut... makan sambil mencari rasa pedas gila 2 tu... nampaknya, mi ni tidak begitu mencabar untuk saya. Tapi untuk rasa sedap tu, ya...mi ni ada rasa tersendiri. Rencah bawang goreng tu yang membuat rasa mi sedap berbeza berbanding maggi
Rasa dia, sedap... mi jenis kenyal dan agak besar.. so rasa sedap bila digigit.

Apa perbezaan maggi pedas giler Vs mi sedap korean spicy chicken?

1.
✒Maggi pedas giler, perencah pedas giler tu tiada pilihan, so korang kalau tak nak pedas sangat, kena pandai² adjust.
✒Mi Sedap, perencah pedas tu dibahagikan kepada dua, iaitu pedas nikmat 1 dan pedas gila 2. So kalau kamu taknak rasa pedas sangat, just letak pedas nikmat 1
maggi giler pedas


2. Jenis mi yang digunakan.
✒Maggi pedas giler, mi dia agak besar jugak (tapi kena bagi lama sikit rendam dalam air panas)..
✒Mi sedap, mee dia agak tebal dan kenyal. So bila dah rendam air, maggi ni akan kembang dan kenyal sikit. Rasa kenyal yang sedap.
mi maggi pedas giler

3. Perencah.
✒Maggi pedas giler, ada 3 jenis rencah. Iaitu rencah perasa , cili jenis cair dan kicap. ✒Mi Sedap, ada 5 jenis rencah di dalam. Iaitu pedas nikmat 1, pedas gila 2, bawang goreng, rencah perasa, minyak.
rencah mi sedap korean spicy chicken


4. Harga. Semua mesti nak tau harga dia kan?? Hehehe
✒1 pek maggi pedas giler : RM 8.65
✒1 pek mi sedap korean spicy chicken : RM 5.89
~harga maggi lebih mahal berbanding mi sedap


So kesimpulannya, level pedas Maggi pedas giler VS Mi sedap Korean Spicy Chicken ialah:

Pendapat peribadi saya... saya yakin saya pilih Maggi Pedas Giler perasa Tom Yumzz adalah paling pedas antara semua. Yaeahhh!!!  Tom yum menang 🎉🎉🎉... Tempat kedua ialah Maggi pedas giler perasa Seafood... Dua-dua ada rasa pedas yang menyengat...

Okeh itu sahaja perkongsiannya.

Daa...

10 comments:

  1. Terperinci betul. Hehe baru hari ni terfikir nak makan megi. Saya baru Cuba Sayang Cheese tu. Jatuh cinta dan ketagih juga cuma mahal je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... dikala rajin melanda..
      ~samyang cheese... tak pernah rasa lagi. Bole la try klo ada kesempatan.😁

      Delete
  2. Nasip tengah period mell. Tiada nafsu mau makan yang macam tu sekarang. Tapi saya pernah makan maggie pedas giler tu. Memang pedas gilak! endak ku dapat merasa selama beberapa jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... mmg betul² pedas kan elly... saya sendiri saja kasi habis semua pek tu... husband nda makan pedas🤭

      Delete
  3. tk bole mkn la yg pedas2222 sbb mmg tk mkn pedas..tp husband and ankdara mmg suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... makanan pedas pembuka selera saya mama...

      Delete
  4. Nah, bolehlah ni try makan tu mi sedap Korean spicy since oedas2 manja Jak kan ... Kalau rating 5 over 5 memang ndaklah mampu makan pasal kak pip ndak makan sangat yang pedas2 berapi ni semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRS PIP letak pedas nikmat 1 tu je... hehe

      Delete
  5. K.fiezz dah cuba yang Mi sedap Korean Spicy Chicken, ni pun dah rasa pedas giler, tak tau la klu makan yang tom yam tu..mmg tak la rasanya..kesian perut sis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tom yumzz tu betul-betul pedas k. Fiezz...huhu Lancar terus membuang di toilet.. >_<

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...