ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum 


Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permohonan. Yeayyy!


Kami sudah berjaya pindah ke Sabah bulan Julai 2023 lepas, tapi baru bulan Febuari 2024 baru berkesempatan untuk berkongsi di dalam blog.. Berita dapat balik bertugas di kampung halaman semestinya sangatlah mengembirakan hati TETAPI untuk berpindah itu bukanlah senang sebab proses yang banyak jarak semenanjung dan sabah itu sangat jauh.. dari Selangor ke Papar Sabah.. disebabkan jarak yang jauh ini, maka usaha, wang, tenaga dan kesabaran juga sangat dituntut.


Dalam masa 1 minggu setengah, kami suami isteri bertungkus lumus menguruskan dokumen perpindahan sekolah anak, surat transfer perubatan dan perpindahan barang-barang termasuk kereta, motosikal dan barang rumah dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kota Kinabalu. Mujurlah Allah permudahkan semua urusan kami... Anak-anak sememangnya sangat excited dan gembira dapat balik Sabah, dekat dengan sepupu-sepupu diorang. 


Jadi lepas ini, tidak perlu lagi melalui jalan yang panjang untuk balik berjumpa dengan ibubapa dan saudara mara di Sabah. Selamat tinggal Tanah Semenanjung ๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹ , Hai Sabah Tanah Airku.. ๐Ÿ’“๐Ÿ’“


Terima kasih Teacher Alin, sudah jaga anak-anak kami dengan penuh kasih sayang

Nenek angkat anak-anak kami sepanjang berada di perantauan.. terimakasih nenek berkongsi kasih sayang pada anak-anak kami..

Fare well party anak-anak.. Terima Kasih pihak Taska yang meraikan hari terakhir diorang di taska.

Makan-makan terakhir dengan kawan-kawan opis.. i will miss you all girlz

Dapat bunga hadiah perpisahan..


Bye kak Dahlia.. 

Bye Ila.. terima kasih selalu hantarkan saya ke LRT.. huhu miss you already

Bye Puan Yanie.. Terima kasih segalanya. Ketua Daerah kami 

Bye Renu.. MyStep kami.. terima kasih hadianya

Bye Kak Ayu yang comel... ketua unit kami ni yang sangat memahami.. 

Kawan-kawan satu unit yang awesome dan terbaik dari ladang.. 


Thumb Print terakhir di Pejabat Sentul huhuhu.. i will miss you all


Akhirnya smpai juga kereta di Sabah, selepas 2 minggu lebih  penantian

Beginilah keadaanya c anak mummy.. Balik Sabah.. Panjang umur, berjumpa lagi Tanah Semenanjung

                                          
Ambil flight yang paling awal.. banyak lagi urusan di Sabah nanti

muka ada senyum..


Kenangan manis yang tercipta di mana-mana saya bertugas.. panjang umur pasti berjumpa lagi..






1 comment:

  1. wahhh lovely memories here ! wishing you love and grace there !

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...