Showing posts with label review makanan. Show all posts
Showing posts with label review makanan. Show all posts

Apa yang sedap di NANDOS PERI PERI

Assalamualaikum..

Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenapa saya katakan kegemaran diri sendiri? Sebabnya, hasil dari pemerhatian dan soal santai dengan rakan-rakan (hahaha siap soal orang lain tu)... Ada segelintir sahaja yang suka dengan tempat makan sini... Tetapi, ini tidak membatutkan niat saya untuk share restoran favourite saya ni.. hahaha

Restoran yang saya maksudkan ialah, Nandos... Ini adalah tempat favourite saya dari zaman bujang lagi... kenapa? 

1)Satu sebab ia ada menawarkan rasa Extra Hot yang cukup mengancam dilidah saya. Tapi sebenarnya, tahap Extra Hot tu, tidaklah pedas sangat.. just nice for mereka yang gemarkan makanan pedas, tapi sangat pedas bagi mereka yang tidak makan makanan pedas ... 

2) Kedua sebab rasa ayam bakar Nandos memang Awesome...!! Suka sangat rasa ayam bakar di restoran ni.. Cara bakar pun memang sedap... tak kering sangat, tak pula basah/mentah sangat. Kebanyakan cawangan Nandos, kamu boleh nampak, chef sedang membakar ayam dan betapa struggle chef memastikan ayam sudah cukup masak dan diangkat dari tempat panggang.... Nama chef yang bertanggungjawab terhadap ayam bakar akan dipamer. Tetapi ada juga cawangan Nandos, kita tak nampak chef yang bertugas membakar ayam, setakat ini, baru satu cawangan, yang saya jumpa, iaitu di The Mines Shopping Mall. 

Ini adalah pilihan rasa pedas.. Ada 5 pilihan, so terpulang yang mana kamu nak.. My husband, dia jenis tak makan pedas... so setiap kali makan sini.. husband pilih Lemon & Herbs.. 

Apa yang ada di Nandos:

Menu yang saya biasa pilih, setiap kali makan sini ialah, 1/4 chicken with 2 side dish tu... Tapi sekarang dah ada menu baru Meal for 1 yang mana lebih berbaloi.. so of course pilih yang itu la.. hahaha. Menu baru ni, set dengan peri-peri soup dan air bottomless (maksud bottomless tu, korang boleh refill banyak kali ikut suka hati kamu). 

lain-lain pilihan menu

Sweet potato chips tu sedap... Tapi anak saya si Lily tak berkanan sangat.. tak taulah kenapa... mmm

Tak pernah cuba makan burger dekat sini... hahaha tak tau kenapa.. datang sini nak makan ayam je... 

Air saya memang suka pilih bottomless saja... sebab makan pedas.. sudah tentu nak minum air banyak

Sambil tunggu order sampai... gambar-gambar dulu

Anak bongsu saya.. Naufal Rizqi

Makanan dah sampai... ini saya punya.. Untuk pilihan ayam.. kamu boleh pilih sama ada nak dada atau peha.. Kalau kamu tak bagitau, diorang akan bagi saja secara random

ini untuk Lily dan Lea.. 

Ini husband punya... Ayam tu pun dapat bahagaian dada.. sesuai sangat la dengan en. husband hihi

ini Garlic Cheesy pita.. Kalau kamu order ni.. pastikan makan waktu panas-panas tau... sebab bila dah sejuk... dah tak best nak makan

Buat masa sekarang, tempat favourite makan Nandos ialah di My Town. Kenapa ada tempat favourite? sebabnya, walaupun restoran yang sama.. tapi tempat yang berbeza... so tukang masak sudah tentu berbeza juga... dan rasa juga akan ada sedikit perbezaan.. hahaha (cerewet jugak si Mak Cik ni kan).. Dan yang best dekat Nandos My Town ialah, korang boleh refill air sendiri.. tak perlu nak panggil waiter untuk minta tolong refilkan.. (leceh kan asik nak panggil2 minta refill). 

Kalau makan sini, jangan lupa download app Nandos dan register mamber ya.. Diorang akan bagi reward 1 chili setiap kali datang makan sini.. so chili yang terkumpul tu... kamu boleh gantikan dengan ayam.. Kena bagi tau nombor member sewaktu oder makan.. kalau kamu tak bagitau nombor member, rugilah, tak dapat chili point tu.

Ni app Nandos

Setiap kali makan sini, korang akan dapat 1 chili.. bila dah bole reedem, kamu boleh reedem ikut berapa jumlah cili yang terkumpul. Macam saya punya ni, dah boleh reedem 1/4 ayam... dan akan expired bulan Jun ni.. So saya kena reedem sebelum bulan Jun..

Okeh, itu saja perkongsiannya..

Daa...

LEVEL PEDAS Maggi pedas giler VS Mi SEDAP korean spicy Chicken

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak buat perbandingan level pedas maggi pedas giler dan mi sedap korean spicy chicken. Kamu makan kah, makanan tak berkhasiat ni??? Ha ha... saya makan saja, tapi tak la selalu... sebabnya perut ni, kena jugak makan nasi dan sayur-sayuran setiap hari. Kalau tak makan ... lapar berketar-ketar.. 😅.. kamu sama ke?? Atau saya saja yang gitu??

Saya merupakan peminat gila makanan pedas... Tapi sekarang ni tengah BF baby Naufal Rizqi... So saya kena kurang-kurangkan makan pedas..heheheh😅... kesian anak, tak bolehlah pentingkan diri sendiri kan... Dan saya akan bagi gap 1.30 hingga 2 jam selapas makan maggi pedas ni... baru BF Rizqi.

Cara orang jepun kurangkan rasa pedas ialah dengan minum susu kultur. Tapi saya tiada susu kultur tu dalam peti ais.. so saya bantai saja minum air kosong dan makan gula-gula anak yang kami simpan dalam peti ais...🤭. Tapi makan gula-gula memang berkesan untuk saya kurangkan pedas... maybe sebab rasa manis tu buatkan otak terfikir rasa manis saja.

Untuk jenama mi maggi, ada 3 perisa iaitu Tom yam, Ayam bakar dan Seafood berapi.

maggi pedas giler tom yummz
Ini Maggi Pedas Giler perasa Tom Yummz

Review: Level kepedasan ialah sangat Pedas!!! Saya berhenti beberapa kali untuk minum air, untuk legakan kepedasan yang menyengat di mulut. Rasa maggi ni, betul- betul pekat rasa tom yam.. so kalau kamu minat tom yam... boleh lah beli ni... tapi kalau korang tak minat tom yam... saya tak syorkan😆. Actually, saya bukan peminat mi tomyam... Rasa pekat tomyam tu, buat saya rasa tak best dan tak suka sangat. Nak habiskan 5 paket dalam tu... agak terpaksa jugak la..😆😆.. Level pedas untuk perasa tom yum saya bagi 5 dari 5. Saya sangat minat makan sup tomyam pekat... tapi saya, tak suka makan mi tomyam (semua jenama cth: meggi, cintan, pama, mama, dll).

maggi-pedas-giler-ayam-bakar
Ini Maggi Pedas Giler perasa Ayam Bakar

Makan dengan telur mata goyang😊

perencah maggi pedas giler ayam bakar
3 jenis rencah didalam paket maggi

Review: Maggi pedas giler perasa ayam bakar. Mi ni disertakan dengan 3 rencah iaitu rencah ayam, minyak dan kicap. Bagi saya, level kepedasan  untuk perasa ayam bakar ialah, tidak terlalu pedas. Saya masih boleh makan dengan lancar. Level kepedasan saya bagi ialah 3 daripada 5. Hehehe muka masih ada sinyum. 😊

maggi pedas giler seafood berapi
Ini Maggi Pedas Giler perasa Seafood Berapi

Mi yang telah siap diletakkan perencah. Hanya tunggu untuk disantap sahaja.

perencah maggi pedas giler seafood berapi
3 jenis rencah yang diberi iaitu rencah pedas giler seafood, minyak dan kicap

Review: Maggi pedas giler perasa seafood berapi. Level kepedasan untuk ini, betul-betul pedas!!! Saya terpaksa berhenti di pertengahan jalan untuk meneguk air, dengan harapn kuranglah sikit pedas dilidah... tapi nampaknya pedas tu taknak hilang🥵🥵... huhuhu mengembang kulit muka menahan pedas. Untuk rasa seafood tu, adalah sikit rasa seafood... tapi tak begitu terasa. So untuk nilai level kepedasan, saya bagi 5 dari 5. Mujur pedas ni hanya bertahan dalam 10minit dimulut selepas selesai makan. Kalau berpanjangan, mau mengalir air mata.

Untuk Mi Sedap... ada 1 jenis sahaja iaitu Korean Spicy Chicken

mi sedap korean spicy chicken
Ini Mi sedap Korean Spicy Chicken

Yumm... hanya tunggu untuk dimasukkan kedalam mulut

Perencah mi sedap korean spicy chicken
Rencah ada 5 jenis iaitu: pedas nikmat 1, pedas gila 2, bawang goreng, minyak dan rencah perasa

Level kepedasan mi Sedap Korean Spicy Chicken ialah 1.5 dari 5. Tidak begitu menyengat di mulut... makan sambil mencari rasa pedas gila 2 tu... nampaknya, mi ni tidak begitu mencabar untuk saya. Tapi untuk rasa sedap tu, ya...mi ni ada rasa tersendiri. Rencah bawang goreng tu yang membuat rasa mi sedap berbeza berbanding maggi
Rasa dia, sedap... mi jenis kenyal dan agak besar.. so rasa sedap bila digigit.

Apa perbezaan maggi pedas giler Vs mi sedap korean spicy chicken?

1.
✒Maggi pedas giler, perencah pedas giler tu tiada pilihan, so korang kalau tak nak pedas sangat, kena pandai² adjust.
✒Mi Sedap, perencah pedas tu dibahagikan kepada dua, iaitu pedas nikmat 1 dan pedas gila 2. So kalau kamu taknak rasa pedas sangat, just letak pedas nikmat 1
maggi giler pedas


2. Jenis mi yang digunakan.
✒Maggi pedas giler, mi dia agak besar jugak (tapi kena bagi lama sikit rendam dalam air panas)..
✒Mi sedap, mee dia agak tebal dan kenyal. So bila dah rendam air, maggi ni akan kembang dan kenyal sikit. Rasa kenyal yang sedap.
mi maggi pedas giler

3. Perencah.
✒Maggi pedas giler, ada 3 jenis rencah. Iaitu rencah perasa , cili jenis cair dan kicap. ✒Mi Sedap, ada 5 jenis rencah di dalam. Iaitu pedas nikmat 1, pedas gila 2, bawang goreng, rencah perasa, minyak.
rencah mi sedap korean spicy chicken


4. Harga. Semua mesti nak tau harga dia kan?? Hehehe
✒1 pek maggi pedas giler : RM 8.65
✒1 pek mi sedap korean spicy chicken : RM 5.89
~harga maggi lebih mahal berbanding mi sedap


So kesimpulannya, level pedas Maggi pedas giler VS Mi sedap Korean Spicy Chicken ialah:

Pendapat peribadi saya... saya yakin saya pilih Maggi Pedas Giler perasa Tom Yumzz adalah paling pedas antara semua. Yaeahhh!!!  Tom yum menang 🎉🎉🎉... Tempat kedua ialah Maggi pedas giler perasa Seafood... Dua-dua ada rasa pedas yang menyengat...

Okeh itu sahaja perkongsiannya.

Daa...

Aiskrim McDonald Strawbeery Cheesekek Sundae

Assalamualaikum..

Banyak dah review aiskrim terbaru McDonald ni.. Bila dah test.. ehh tersedap la pulak.. 😄 So sebab sedap saya buat review.. klo tak sedap biasanya saya peram je gambar dlm handphone sampai mereput😆😆..

Sambut Birthday Husband haritu, saya pun menyempatkan diri la jugak merasa benda-benda Viral ni... hihihi... saya memang suka buat benda ni... 

Sebenarnya nak beli strawberry cheesekek yang kon tu jugak... tapi habis pulak😑.. sedih.. sebab tu saya beli jenis gini punya.. tapi rupanya tak sama kalau yang dalam kon dengan dalam bekas ni tau... dalam bekas ni strwaberry betul dalam dia.. bole rasa biji-biji strawberry tu.. ermmm yummy... beli 2.. satu untuk mummy satu untuk lily... en.husband beli salted caramel.. 


Bagi saya... rasa dia sedap dan unik. Ya memang ada rasa cheese tu, tapi cheese yang susah nak explain rasa dia😆.. ada rasa masin-masin sikit... kemanisan dia??? Oww aiskrim memang manis.. kalau tak manis tak sedap🤭...ada rasa lemak... Dan topping dia ada strawberry tau... bukan yang fresh tu... kalau fresh saya tak suka sangat sebab masam😖.. ni yang dah dijeruk sikit kot😅😂 (tak taulah kena jeruk ke tak)... but overall bagi saya sedap... 

Tapi husband cakap TAK SEDAP!! Apa??????? Berani cakap tak sedap😂😂... so ikut tekak memasing la kot... saya rasa sedap je.. lily pun sedap, habis satu bekas tu dia kerjakan sendiri. 

Lily punya dah habis strawberry dekat atas tu... 😏.. 

Tapi apa yang spoil waktu ni.. rasa nak nangis pun ada😭😭.. waktu keluar kereta sekejap nak beli Burger Abang Burn (burger ter👍..sedap).. Lily tumpahkan aiskrim mak dia ni di seat kereta.. Ya Allah Nak... mummy baru makan beberapa cedok... aduhaiiii... rezeki c kereta la.. dapat makan aiskrim cheesekek🤦‍♀️.. nangis 😭😭😭.. mana aiskrim tak sempat nak habiskan.. kereta pulak kotor... streessss...

Ok itu saja perkongsiannya..😅

Daa..

Makan di Kopitiam Kita The Famous Roti Titab

Assalamualaikum...


Actually, cerita ni bulan Januari punya.. tapi bulan Februari baru berkesempatan nak buat review.

Pembukaan tahun baru 2020. Kami sekeluarga kecil ke Terengganu hantar adik ipar praktikal dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah... sambil-sambil tu ambil kesempatan bercuti-cuti.

Saya tak rajin lagi nak bercerita tentang perjalanan cuti-cuti kami tu🤣... just nak review satu tempat breakfast yang viral...

Nama kedai tu Kopitiam Kita di Kota Bharu, Kelantan.

Nampak tak gambar tu... hehehe ada jumpa owner tu di kedai👍👍... siap layan customer... Wau! patutlah kedai dia makin berkembang dan tetap berkualiti... bos rajin turun padang dan pantau..

Waktu datang sini, kedai penuh dengan pelanggan... semua bangsa ada tau.. Cina, Melayu, India, Bumiputera Sabah(itu kami😄)... hebat👍
Kedai diorang ni luas, so masalah tiada meja kosong tu kurang, cuma parking agak payah😅... mujur waktu sampai haritu, ada kereta nak keluar parking. Rezeki dapat parking berdekatan dengan kedai.

Sini makanan utama ialah Roti Titab.. Jadi datang sini kenalah makan Roti Titab kan😄..

Ini menu Roti Titab... ada banyak jenis keh.. jangan pening-pening, pilih saja mana yang berkenan di hati.

Ini pilihan hati kami😄... 
~Roti Titab Kahwin Special. Roti ni dihidang 2 keping, bahagian atas ialah roti pandan dengan 2 biji telur separuh masak dipecah atas roti dan 4 penjuru kaya pandan... yang bahagian bawah ialah roti titab yang dicelup telur dan digoreng, dan diletak kaya pandan atas roti tu. Begitu la lebih kurang cara hidangan dia. Rasa..? Sedap.

Roti Titab Special
~Roti dicelup telur dan digoreng, dihidang dengan sebiji telur separuh masak dipecahkan atas roti tu... dengan kaya pandan diletak di pinggan. Rasa?? Sedap😆

Roti Titab Pandan Scramble
~Roti pandan dengan scrambel egg, 4 penjuru diletak kaya pandan. Rasa?? Sedap


Ada satu lagi Roti Titab tapi tak nampak sangat🤣🤣.. Roti Titab Telur Mata.. yang dalam bulatan merah tu...
~Roti Titab dengan sebiji telur mata, 4 penjuru diletak kaya pandan. Rasa?? Sedap.

Selain Roti Titab, kami ada beli makanan lain jugak.... kuih dan Durian Crepe...

Kuih dan Durian Crepe tu, kami ambil dekat sini. Ada banyak lagi makanan lain.. rasanya ini makanan dari luar, tumpang jual dekat sini.. sangat banyak pilihan. Macam-macam ada.

Ini adalah order kami yang paling last😅.. sebenarnya ada kisah disebalik teh ni... {nak minum teh tarik madu yang viral tu tapi tak kesampaian 😭 (restoran dah tutup kedai waktu kami kesana)}.. so minum teh special kedai kopitiam pun jadilah kan..

Kedai ni buka dari jam 6.00pagi hingga jam 2.00petang. Amat sesuai untuk breakfast.

So secara keseluruhannya... bagi saya Roti Titab sedap. Akan repeat lagi datang sini kalau panjang umur dan murah rezeki.

Untuk makanan sampingan dari luar tu.. kami ambil tart, kuih penyaram dan takoyaki.. rasanya agak mmm... nak terus terang tak sampai hati... 😔.  Durian crepe tu ok, sedap.. anak saya c lily suka sangat.

Keseluruhan untuk makanan Kopitiam Kita, Saya bagi 3.6-4⭐... 

Lokasi kedai boleh klik sini.. google maps saja.. pasti sampai

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

Owner Kedai Kopitiam ni, dah daftarkan Sajian Roti Titab ni dengan Perbanan Harta Intelek tau. Ada hak cipta... Jadi anda hanya akan jumpa Roti Titab ni di kedai Kopitiam Kita sahaja...bila dah jadi harta intelek maksudnya ia tak boleh ditiru oleh siapa², owner kedai boleh failkan saman kepada sesiapa saja yang membuat dan menjual Roti Titab  tanpa kebenaran dari owner... 

Ni gambar sijil daftar harta intelek diorang.. Ada dipamer di dinding kedai. Satu langkah bijak oleh pemilik Roti Titab👍😊.

Okeh itu saja perkongsiannya.. harap bermanfaat.

Daa..

Apa ada di MY Kori Dessert Cafe

Assalamualaikum..

Bila terlalu berkurung dalam rumah, kepala pun jadi tepu. Pening kepala semua menyerang😅... So ini maksudnya, kena relaxkan pikiran dulu... keluar berjalan-jalan dengan family.

Dikepala cuma terfikir nak makan yang boleh segarkan otak... apa yang muncul di fikiran ialah nak makan ice😆... maka saya pun ajak husband makan di My Kori.


My Kori dah dapat sijil hahal.. yayyyy!!!! sebelum ni, diorang sedang berusaha untuk dapat cop halal tu... congrats My Kori Dessert Cafe.. bukan mudah nak dapat sijil halal ni... netizen banyak yang bertanya tentang status halal My Kori sebelum ni, now diorang dah umum. 

Tempat ni agak famous jugak. Kalau bawa anak-anak pegi sini, memang sukalah diorang... kedai ni dihiasi dengan patung-patung unicorn yang comel-comel belaka. Tak keruan anakku si Lily nampak deretan patung tu. 😆

 Kesukaan nampak patung unicorn..

Unicorn corner.. 😄 comel betul patung² unicorn tu

Lea dengan gambar muka separuh... anak yang ni, payah betul nak ambil gambarnya.. 🤦‍♀️

Hiasan tu cantikkkk sangat 😍

Presentation makanan dia sungguh, amat memukau.. kombinasi warna yang amat menyelerakan...

Menu di sini :

Pilihan signature kakigori..

Pilihan Kenko Kakigori dan Boru kakigori

Toast(Roti Jepun) dan Taiyaki(Ikan Jepun)

Dalam banyak-banyak pilihan tu, saya pilih Strawberry Cheesekek Kakigori (mini) dan husband pilih Boru kakigori.

Ini pilihan saya.. Strawberry Cheesekek Kakigori (mini).. Rasa milk ice tu plus dengan strawberry syrup... memang sedap... ada rasa masam-masam strawberry disitu.. okeh sedap... cuma susah nak makan takut ice tumbang😅😅.. dan betul, ia tumbang jugak akhirnya😆😆.
~harga RM14

Ini pilihan husband. Boru Kakigori with yogurt ice cream, Lychee fruits and Charcoal Creme Chantilly.. At the top fill with Granola Oats, Chocolate Chips and Milo Crunch. And last the Matcha Ice cream.
~yougurt ice cream tu sedap.. saya suka.. hahaha.. saya memang peminat yougurt ice cream sebab ice jenis ini tidak memuakkan. Pilihan husband ni agak sedap tapi kombinasi topping yang kami pilih tu tak berapa umphhh.. 😅.. so tak sedap jadinya😆.. Granola oats kan makanan sihat.. so rasa tu memang rasa sihat la🤣. Saya adalah peminat ice cream matcha.. tapi untuk yang ini... agak pahit (dah namanya matcha takkan la manis pula kan?? Adoii la kau ni Mell😅😅)..
~kalau letak ice cream kelapa atau vanilla.. maybe akan tambah umphhhh
~harga RM14

RM14 untuk besar gini... bagi saya ia sangat berbaloi dengan harga...

Bagi 2 orang minion ni makan dulu😄.. diorang pun dah jadi tepu terkurung dirumah.. yang si kecik sorang tu.. tengok saja la ya Nak... belum sampai masa lagi untuk makan.. hihihi

And the 3rd dessert yang kami pilih ialah..
Red Melon Kakigori..

Taraa... cantik sungguh presentationnya 😍

Buah tembikai


Tuang susu atas tembikai 🤤🤤🤤..


Red Melon Kakigori dihidang macam ni.. staff diorang minta maaf sebab sepatutnya ice ni dihidang menggunakan kulit buah tembikai seperti dalam menu... tapi kulit tembikai habis😑... so sebagai tanda minta maaf, diorang bagi ice cream free..😄.. husband pilih ice cream kelapa. Sedap.. saya suka.
~RM26

Bagi saya... milk ice tu rasa plain bila gabung dengan tembikai. Kurang manis... sihat milk ice cream ni😁. So kami letak ice cream free tu atas red melon.. manis dan lemak ice cream kelapa + tembikai + milk ice.. ok sedap

Cafe ni ada jual hot & cold drinks.. tapi saya lebih suka dengan perkhidmatan air free diorang... 😊air panas dan air sejuk... siap sediakan cawan dan mangkuk dengan warna-warna yang sangat wonderful.. kami ambil air sini je...
Ice cream tu kan sejuk yang amat... terseksa jantung makan benda-benda sejuk gila dalam kuantiti banyak🤣🤣.. so ambil air suam dari sini...teguk sikit-sikit... lega sikit jantung tu😆...

My Kori ni ada banyak cawangan. Yang kami pegi ni dekat Taman Sri Nanding, hulu langat.. bersebelahan dengan pizzahut.

Cashier dekat sini peramah sangat, nak bagi banyak bintang dekat diorang😊.... relly enjoy order ice cream. Tak terambil gambar pulak. Cashier perempuan.. Datang sini sebelum ni pun, cashier peramah jugak.. yang itu lelaki.

Pintu masuk My Kori yang comel je sebelah pizza hut.

Sebelum makan ice cream, bersenam dulu.. naik tangga😄. Cafe di tingkat atas.

Waktu operasi cafe:
Isnin - Khamis : 2.00ptg hingga 11.00mlm
Jumaat - Ahad : 1.00ptg hingga 11.00mlm
Cuti Umum: 1.00petang hingga 11.00mlm

Overall, saya bagi 5⭐ untuk presentation.. dan 3.8-4⭐ untuk rasa... dan service 5⭐. 😊

Okeh itu saja perkongsian saya.

Daa..

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...