EXTROVERT MAKSUD DAN CIRI-CIRI EXTROVERT

sumber: stock.adobe.com

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert.


Perkataan Extrovert, Introvert dan Ambievert pertama kali telah dipopularkan oleh seorang Psikologi terkenal bernama, Carl Gustav Jung (C.G Jung), yang berasal daripada Swiss. Beliau melakukan penelitian ujian sifat terlebih dahulu, semasa menganalisa psikologi seseorang. Sifat inilah yang menjadi tolok ukur utama beliau, sepanjang bergelar psikologi terkenal. Sifat individu inilah yang dikenali sebagai Introvert, Extrovert atau Ambievert.

Untuk mengenalpasti kamu berada di kategori yang mana, memang bukan mudah. kenapa??? Sebab setiap orang memiliki sikap introvert dan extrovert ni. Tetapi, salah satu sikap ini akan muncul lebih kerap dalam diri individu tersebut. Saya sendiri pun tidak pasti saya dalam golongan yang mana, sehinggalah saya melakukan Personality Assessment, Extrovert Test. Kalau kamu nak  buat assessment ni, boleh klik sini ujian personaliti.

Baca sini untuk mengetahui tentang Ambievert
Baca sini untuk mengetahui tentang Introvert

MAKSUD EXTROVERT
Extrovert ialah satu sikap individu yang menyukai keadaan yang interaktif dan meriah. Individu extrovert, sangat bersemangat dalam menghadapi hal yang baru, dan mudah bergaul dengan semua orang. Mereka lebih cenderung membuka diri dengan kehidupan luar. Individu extrovert lebih banyak melakukan aktiviti dan kurang berfikir. Mereka lebih suka berada di tempat yang ramai orang, berbanding berada di tempat yang sunyi. Individu extrovert mudah merasa bosan bila bersendirian. Individu Extrovert selalunya seorang yang meceriakan suasana dan Ice Breaker. Mereka cepat menyesuaikan diri dan berkerjasama dengan baik dalam sesebuah komuniti atau organisasi.

Seseorang yang dalam kategori Extrovert, lebih bertenaga dan mempunyai karekter yang lebih terbuka. Aktiviti spontan adalah kegemaran individu extrovert. 

BERIKUT MERUPAKAN CIRI-CIRI EXTROVERT:

1. Sukakan keadaan yang ramai orang
Individu extrovert, sangat suka berinteraksi dengan orang ramai. Mereka akan berasa lebih bertenaga jika ramai orang disamping mereka. Suasana yang meriah dan ramai orang menyebabkan mereka lebih mudah berfikir dan lebih gembira.

2. Kurang gemar dengan perkara rutin
Individu extrovert, tidak suka melakukan perkara yang sama berulang kali. Untuk puaskan hati, mereka lebih sukakan cabaran dan aktiviti yang berbeza-beza. Walaupun begitu, seorang extrovert masih boleh melakukan perkara rutin, sekiranya perkara tersebut berbaloi, mendapat bayaran yang setimpal dan mendapat perhatian orang ramai. 

3. Suka berkongsi pendapat
Individu extrovert suka memberi pendapat dan buah fikiran mereka, walaupun pendapat tersebut belum difikir semasaknya. Mereka akan memberi idea sejurus sahaja ilham datang di otak. Disebabkan hal ini, mereka amat mudah berubah fikiran.

4. Mudah bosan apabila bersendirian
Individu yang extrovert, akan mudah berasa bosan apabila bersendirian. Bersendirian akan membuatkan mereka berasa tidak bermaya. Mereka lebih suka berbual dengan orang lain berbanding duduk bersendirian. Mereka tidak dapat berfikir dengan baik sekiranya bersendirian tetapi mampu berfikir dengan baik ketika dalam perbualan.

5. Sukakan perhatian
Individu extrovert mungkin juga sukakan perhatian dari orang ramai. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkan perhatian daripada orang ramai, contohnya seperti berada di atas pentas yang disaksikan oleh ramai orang. Kegairahan ini kerana, mereka berasa gembira untuk menghiburkan orang lain dengan personaliti dan perwatakan mereka.

6. Berperwatakan menarik, kelakar dan bertenaga
Individu extrovert juga mungkin seorang yang kelakar, penuh bertenaga dan mudah untuk didekati oleh orang lain. Mereka sangat peramah menyebabkan, orang baru sangat mudah dan senang bergaul dengannya. Individu extrovert amat mudah mendapatkan kawan baru.

7. Mempunyai sikap percaya diri yang tinggi
Individu extrovert sangat berkeyakinan dalam melakukan tugas yang berkaitan dengan ramai orang. Mereka mengeluarkan semua tenaga yang ada, demi menjayakan tugas yang diberi kepadanya. Seperti tugas mengacara majilis atau menjadi penyambut tetamu dalam majlis-majlis besar.

8. Lebih kepada pembicara berbanding pendengar
Individu extrovert sangat suka menyampaikan cerita kepada orang lain, menjadikan mereka bukan seorang pendengar yang baik. 

9. Mempunyai sikap impresif dan tegas
Individu extrovert cenderung mempunyai sikap yang impresif dan tegas. Sama ada dalam bekerja atau bertindak dalam membuat keputusan. Mereka kerap kali sanggup menjadi seorang pemimpin didalam sesuatu kelompok atau organisasi. Sudah semestinya, sikap impresif dan tegas ini perlu ada untuk seorang pemimpin. Tetapi individu extrovert tidak begitu berminat, untuk terus menjadi pemimpin kerana mereka lebih senang menjadi seorang yang memeriahkan suasana.

Iitulah antara ciri-ciri personaliti extrovert. Sekarang, mari kita ketahui pula mengenai mitos tentang seorang extrovert.

Mitos: Extrovert lebih bahagia berbanding Introvert
fakta sebenar- Extrovert mahupun introvert, bahagia dengan cara yang tersendiri. Jika extrovert bahagia berada dalam keramaian, Introvert pula bahagia berada dalam ketenangan. 

Mitos: Kita boleh memilih sama ada ingin menjadi seorang extrovert ataupun introvert
fakta sebenar- Kebanyakan orang beranggapan bahawa, seorang introvert adalah ulat buku manakala seorang extrovert pula ialah pemeriah majlis. Hakikat sebenarnya, tiada seorang pun yang 100% extrovert ataupun 100% introvert. Setiap orang mempunyai kedua-dua sisi ini, cuma yang membezakannya ialah, yang mana lebih menyerlah.

Mitos: Extrovert bukan seorang pendengar yang baik
fakta sebenar- Seorang extrovert mampu menjadi pendengar yang baik. Mereka mampu membuat pertanyaan soalan secara terbuka, yang mana akan menghidupkan lagi suasana perkongsian.

Mitos: Etrovert tidak suka bersendirian dan suasana tenang
fakta sebenar- Semua orang memerlukan "Me Time". Extrovert menghabiskan masa untuk diri sendiri dalam jangka masa yang lebih pendek, dan dengan cara yang tersendiri.

Berikut merupakan pekerjaan yang sesuai untuk seorang Extrovert. 

1. Peguam
2. Wartawan
3. Jurujual
4. Pengacara Majilis
5. Jurupandu pelancong
6. Berkerja dalam perhubungan awam
7. Event Organizer
8. Customer service
9. Pelatih 
10. Artis
11. Pembaca berita
12. Penyampai radio

So.. adakah ciri-ciri tersebut diatas, ada pada kamu???  Kalau masih tak pasti, kamu berada dalam kelompok yang mana, bolehlah buat test personaliti di LINK yang saya bagi diatas ya.

Okeh, sekian saja perkongsiannya.

Daa..






2 comments:

  1. akak ada lah ciri-ciri extrovert nih tapi idok lah semuanya, akak suka borak, buat kerja ramai-ramai meriah dengan kawan opis or kawan yang rapat... kalau ada majlis makan-makan, majlis raya ke suka lah libatkan diri... tapi akak memang jenis duduk sorang je dalam opis ni... tapi akak mmg akan jumpa ramai orang setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa... saya suka memerhati individu extrovert ni kak... sentiasa yakin dan semangat.. kadang-kadang nak juge menjadi seperti itu... Tapi... eyalah kan.. biarlah jadi diri sendiri.. hahaha..

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...