VIRUS NOVEL COVID-19 TANGGUNGJAWAB KITA DALAM BANTU NEGARA


Situasi panik dikalangan masyarakat mengenai penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV), menyebabkan beberapa pasaraya diserbu semalam, 16 Mac 2019.

Ramai yang beratur melakukan 'panic buyers', membeli barangan kecemasan untuk dijadikan stok makanan.. Barang-barang yang sangat mendapat permintaan tinggi ialah mee segera, beras, makanan dalam tin, telur, tepung, minyak dan beberapa barangan kering dan basah lain.

Ini adalah pertama kali saya menghadapi situasi seperti ini. Seluruh dunia mendapat serangan virus ini. Dan ia merupakan spesis baru, yang belum pernah ditemui oleh manusia. Virus ini bermula daripada Wuhan, China. Novel Coronavirus ini telah meragut seramai 6443 nyawa,  yang mana melibatkan sebanyak 150 buah negara. Dan setakat 16 Mac 2020, virus ini masih tiada penawar lagi!!

Sebelum ini, kita pernah berhadapan dengan situasi  seperti ini, iaitu sewaktu wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) melanda.. Tapi ia tidak seteruk begini... Gelombang kedua virus Covid-19, sangat memberi kesan kepada negara kita Malaysia. Setakat jam 5 petang semalam,  disahkan 125 kes baru dicatat dalam sehari, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia seramai 553 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yasin, semalam (16 Mac 2020), telah membuat siaran langsung mengenai langkah-langkah pencegahan khas, yang diambil kerajaan dalam menangani virus Covid-19 ini... Ini ialah kali kedua siaran langsung beliau,dalam menangani Virus Covid-19. Ini adalah inti pati, kandungan ucapan beliau.. iaitu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020

Terdapat ENAM langkah pencegahan yang telah diputuskan iaitu.

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara. Termasuk semua aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk kuatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan permis perniagaan haruslah ditutup KECUALI pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan serbaneka yang menjual barangan harian. Khusus untuk umat islam, penangguhan semua aktviti keagamaan di masjid dan surau, termasuk Solat Jumaat, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas, yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia keluar negara. Mereka yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah tahfiz, dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua permis kerajaan dan swasta KECUALI YANG TERLIBAT DENGAN PERKHIDMATAN PENTING NEGARA iaitu air, elektrik, tenaga telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

Bagi saya, ini adalah langkah pencegahan bijak, yang diambil oleh negara dalam menangani situasi penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Tapi adakah kita sebagai rakyat, cukup bijak dalam sama-sama membantu menangani  masalah ini. Apakah tindakan kita dalam membantu negara menangani masalah ini????

Pertama-tama, silalah elakkan untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan dan elakkan tempat orang ramai. Banyakkan kuarantin diri sendiri dirumah, tak kisahlah kuarantin sebab diarahkan oleh hospital ataupun berkurung secara sukarela dirumah masing-masing disebabkan oleh arahan terbaru Perdana Menteri kita, dengan mengumumkan penutupan permis kerajaan dan swasta. Prevention is better than cure. "Mencegah lebih baik daripada Mengubati"... kan... please, please, please.. jangan setelah dicutikan, tapi tiba-tiba berkelah ditepi pantai pulak.. (ehhhh)

Utamakan kebersihan... amalkan menutup mulut sekiranya batuk atau bersin, dan segeralah mencuci tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Ini kerana virus covid-19 akan hilang selepas kamu basuh tangan dengan sabun. Walaupun virus Covid-19, hanya hidup selama 10 minit di tangan kamu... tapi jangan anggap mudah... tanpa kita sedar, selama 10 minit itu.... kita dah sentuh hidung, mulut atau mata. Gunakan hand sanitizer. 

Ada kenyataan menyarankan untuk banyakkan minum air, kerana virus ini tidak dapat hidup dalam perut manusia... sebab perut kita ada asid yang berupaya membunuh kuman covid-19. Walau ini tiada bukti sahih.. tapi tiada salahnya kita ikut saranan tersebut. Bukankah kita patut minum 8 gelas air dalam sehari???

Saranan daripada WHO juga, supaya kita memasak daging dan telur dengan sempurna. Sila pastikan makanan mentah dimasak dengan sempurna ya.

Gunakan topeng muka sekiranya berurusan diluar... atau sekiranya anda disahkan positif covid-19. Bersama-samalah kita membantu dalam menghalang/mengawal penularan virus ini.

Jika anda diminta untuk datang menjalani pemeriksaan di hosptial terdekat, kerana pernah berhubung dengan mereka yang disahkan positif Covid-19... Silalah berbuat demikian. Janganlah sengaja menangguh-nangguhkan atau buat tak endah.. Datang menjalani pemeriksaan, bukan sahaja dapat mengekang penularan virus covid-19, tetapi rawatan awal juga dapat diberi kepada anda sekiranya ada simptom-simptom awal. Bukankah ini menyelamatkan nyawa sendiri?

Segeralah dapatkan rawatan sekiranya mengalami jangkitan saluran pernafasan, seperti demam, batuk dan sukar untuk bernafas. 

okeh.. sekian sahaja coretan dari saya.. Tadahlah tangan dan berdoa kepadanya. Semoga kita semua dilindungi dari virus ini.. Aminn...

Daa..


8 comments:

  1. Memang kronik tak macam SARS atau Mers-Cov.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... semoga masalah ni dapat dibedung untuk beberapa minggu kedepan.

      Delete
  2. betul tu mama setuju.. marilah bantu sama2 mengatasinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mama.. kalau rakyat tidak sama-sama bantu.. virus akan terus tersebar luas.

      Delete
  3. semoga dengan adanya perintah kawalan ini dapat menurunkan kadar jangkitan covid19 di malaysia ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis.. semoga angka tu menurun dan tiada lagi peningkatan..

      Delete
  4. masing2 kena sama2 main peranan kan.. insyallah kita dapat sama2 bendung isu ni. mudah2an cepatla berlalu ujian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Siti.. semua kena main peranan.

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...