SUKARELAWAN PASUKAN BANTUAN KESIHATAN DAN PERUBATAN MEMERANGI COVID-19

Borang sukarelawan pasukan bantuan kesihatan Covid 19 - sumber gambar: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah/facebook

Assalamualaikum

Semalam, seramai 158 orang sukarelawan bersedia memberi khidmat secara sukarela dalam membantu pasukan perubatan menghadapi covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dijangkakan seramai 1,008 lagi sukarelawan akan menyertai pasukan perubatan. Menurutnya, para sukarelawan tersebut terdiri daripada pakar daripada pelbagai bidang, yang akan digunakan secara berperingkat untuk membantu pasukan hospital dan dalam perubatan.

Beliau turut mempelawa dan menyeru agar lebih ramai lagi sukarelawan menyertai pasukan perubatan. Caranya adalah dengan mengisi borang pendaftaran Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid 19 yang  terdapat di laman facebook Kementrian Kesihatan.

Jadi ada yang berminat? 
~tak pasti, bolehkah yang tiada pengalaman dalam bidang perubatan dan kejururawatan memohon... kalau ada yang berminat, boleh lah cuba memohon dengan isi borang.. 

Marilah uar-uarkan berita ni agar lebih ramai yang datang membantu pasukan perubatan kita. Mungkin ada diluar sana yang terdetik hati untuk membantu tapi tak tahu caranya.. hanya isi borang dari Kementerian Kesihatan... Saya dah sediakan link nya dibawah... Hanya klik sahaja ya..


Beriku adalah syarat yang ditulis di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

PENYERTAAN SEBAGAI SUKARELAWAN BAGI PENGENDALIAN KES COVID 19 DI FASILITI KKM

Mesej untuk mendapatkan khidmat sukarelawan ini dipanjangkan kepada anggota Kesihatan dan Perubatan swasta seperti Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 dalam pelbagai skop perkhidmatan dan pelbagai cara mengikut bidang atau kemahiran anggota kes berkenaan.

Khidmat sukarelawan amat diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

1. Menjalankan saringan demam di *Fasiliti Kesihatan Awam* (Public Health Facilities) seperti di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, KLIA dan sebagainya.
 atau
2. Menjalankan tugas-tugas di hospital yang terlibat dengan pengendalian kes:
a) Bukan COVID 19 di Wad dan Jabatan Medikal,Ortopedik,Surgical, dan lain-lain akibat kesesakan pesakit COVID 19 di Hospital COVID
b)  COVID-19  bagi pakar /pegawai yang berpengalaman tertakluk kepada keperluan semasa

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, sila lengkapkan google form di bawah:


Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di hospital KKM, sila lengkapkan google form di bawah ini:


Mereka yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
1) Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2) Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3) Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4) Tiada sejarah melawat ke negara/lokasi wabak COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam jangkamasa 14 hari sebelum bertugas.







4 comments:

  1. Nak mohon jawatan ni kena ada latar belakang perubatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo baca dari syarat² tu... begitulah tu... semoga makin banyak sukarelawan yg dtg membantu.

      Delete
  2. ngam org yg tidak pandai duduk rumah mohon jawatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan elly.. patut buka pada dorang ni... dorang kan kebal😅

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...