SEBAK !! CARA PENGURUSAN JENAZAH COVID 19

Semalam 17 Mac 2020, diumukan 2 orang telah disahkan meninggal dunia disebabkan Novel Coronavirus (nCoV-2019).

Walaupun kita disyorkan untuk tidak bersalaman dengan orang, cuci tangan dengan kerap, gunakan hand sanitizer, memakai mask dan jaga jarak antara kita... tetapi sebenarnya, bagaimana cara virus ini tersebar masih belum betul-betul dapat dipastikan lagi.

Betapa sebak membaca pengurusan jenazah bagi yang terkena Novel Coronavirus (nCoV)-2019.

Menurut perkongsian, sepanjang tempoh  dikuarantin, tiada sesiapa dibenarkan untuk melawat mereka yang dijangkiti virus Covid-19.... bahkan selepas meninggal dunia pun... tiada sesiapa dibenarkan untuk melihat, menyentuh apalagi memberi ciuman terakhir kepada jenazah.


pakaian perlindungan diri (PPE)

Segala urusan mandi jenazah hingga ke urusan pengebumian akan dilakukan oleh pihak yang berwajib, menggunakan pakaian khas, Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)... Tiada sesiapa dibenarkan berada berdekatan dengan jenazah, dari awal hingga habis proses pengebumian. Pengurusan jenazah sama seperti jenazah pesakit ebola. 

Berikut merupakan cara pengurusan bagi jenazah muslim:
Tayamum atau menyapu debu pada bahagian luar yang membaluti jenazah wabak Covid-19 diambil berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke 107, bertarikh 10 hingga 11 Febuari 2015 Mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola ( Ebola Virus Disease :EVD) di Malaysia.

Pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Jenazah itu boleh diuruskan melalui prosedur tayamum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membaluti jenazah itu. Bagi ungkapan azan pula, lafaz "hayya 'ala as-solah" dan "hayya 'ala al-falah" (marilah mengerjakan solat, marilah menuju kejayaan)  hendaklah ditukar kepada "sollu fi buyuutikum" (solatlah dirumah kamu).


Jenazah pesakit Coronavirus, akan ditutup rapat-rapat, dan tidak boleh dibawa balik kerumah.

Selepas jenazah dimasukkan kedalam beg body diatas, tiada siapa yang boleh membukanya.

Cara ini juga digunapakai terhadap jenazah bukan islam, dimana mayat tidak boleh disimpan dan diawet. Mayat dibungkus dalam kain sebelum dimasukkan kedalam 2 lapis body bag. Keranda juga bertutup dan tidak boleh dibuka selepas itu. Tiada siapa boleh memegang dan melihat jenazah.

Tatacara pengurusan jenazah, sama seperti pengurusan jenazah EVD.

Lihat video pengurusan pengebumian jenazah covid-19 DISINI.

Begitu besar impak, Novel Coronavirus (nCoV-2019). Semoga kita semua dijauhkan dan dilindungi dari virus ini. Bersama-samalah kita membantu dalam usaha mengawal penularan virus Covid-19 ini.

Sekian perkongsian saya.

Daa...


7 comments:

  1. Sebak sebab tak boleh sentuh atau cium jenazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sebak sangat NA.. start kuarantin pun, dah x boleh lawat.. semoga terkawallah virus ni

      Delete
  2. Sebak dan sedih tengok jenazah covid-19 . Walaupun bukan dari ahli keluarga kita . Sedih sangat-sangat

    ReplyDelete
  3. Mama pun bilantgk Rasa sedih sgt2 tapi apkanndaya dari memudaratkan ahli keluarga lain.. takpela nj buat MCM mana

    ReplyDelete
  4. sedih kn bila tgk video diorang share

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...