klik gambar untuk lebih jelas
Assalamualaikum..
Beberapa hari ni, tak berupdate blog sebabnya badan rasa tak sedap, batuk-batuk pulak melanda... Hadoii stress, simptom-simptom seperti batuk, sakit kerongkong, suara serak, sakit-sakit badan... Ya Allah... minta dijauhkan la.. Dengan baby kecik ni.. memang sangat risau...
Nak buat pemeriksaan di klinik atau hospital.. lagilah risau, tak pasal-pasal.. terdedah dengan virus jahat tu pulak... Duduk sajalah dirumah, buat rawatan sendiri.. Mujur kerajaan prihatin, bagi kita cara untuk kesan covid-19 secara online... Dah jawab soalan, dapat jawapan batuk dan selesma mungkin disebabkan oleh benda lain, jika semakin teruk dan berterusan, sila dapatkan rawatan.. okehh lega ...Kalau kamu pun ada simptom diatas tapi tak pasti perlu ke klinik tau tak... boleh check online..KLIK SINI untuk check
Walaupun dapat keputusan cenggitu, hati tetap tak sedap kan.. Hygiene memang sentiasa terjaga lah sepanjang Covid-19 nie merebak. Lepas batuk terus cuci tangan dan guna hand sanitizer. Husband balik sahaja dari kerja, terus suh pegi mandi. Tak bagi sesiapa sentuh Daddy diorang selagi dia tak mandi lagi.. huhuhu. sayuran hijau, cuci dulu dengan sabun khas sebelum masak. (betul-betul rajin amat ni, sebelum ni tak pernah pun cuci sayuran dan buah guna pencuci khas tu)
Hari pertama sakit, aduihh kerongkong rasa kering sangat, tak selesa sangat waktu tidur. Dengan batuk-batuknya. Kerongkong rasa gatal sangat. Hari kedua, rasa macam demam, tapi bila cek suhu, tak demam... memang bad mood memanjang, huhuhu sakit segala sendi, tidur je kerja.. bangun untuk memasak je.. pastu masuk bilik berehat dan tido.... tapi kumur-kumur air garam, sungguh berkesan wehhh... saya buat 3 kali sehari... 1st day, suara serak bak Ella tu tak kurang, tapi batuk dah kurang, sebabnya gatal leher kurang sikit selepas berkumur. Hari kedua berkumur dengan air garam, 3 kali sehari jugak.. suara serak tu dah ok sikit.. dah boleh nyanyi2.. mood pun semakin OK.. Alhamdulilah sangat...
Dah ok sikit badan ni, barulah ada mood nak menulis blog..
Oh ya... Semalam (22 Mac), hari pertama Angkatan Tentera Malaysia, berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, untuk laksanakan RMO. Tapi amat mengejutkan kepala otak saya ni, bila masih ada juga yang berdegil!!!!! keluar ke bandar, bersama-sama dengan isteri dan anak, dengan alasan tak munasabah diorang tu.. What what what ???????? Hmmmm.... Agaknya dia ingat coronavirus ni macam selesema biasa sahaja kot... Sanggup pentingkan diri sendiri, bawa family ke pusat bandar... family mati sebab virus pun tak apa... Boleh beranak lagi kan... gitu kot dalam hotak diorang tuh... Ya Allah, mencarut pulak saya ni.... Pendapat saya la kan, kerajaan kena lebih tegas, untuk pastikan perintah kawalan pergerakan ni berjaya. Tapi..... Tak nak lah komen panjang lebar... nanti ayat-ayat yang keluar pun semua yang tak helok saja... Hmmmm...
21 Mac 2020, sepatutnya adik ipar terbang balik ke Tawau, Sabah. Tapi bila Air Asia batalkan penerbangan domestik dan antarabangsa, bermula dari tarikh 19 hingga 31 Mac 2020, maka bersedihlah adik ipar saya dini.. Tersekat tak dapat nak balik kampung.
Hari tu, kerajaan arahkan untuk tutup semua taska, sekolah rendah, menengah, pra U, ipta dan ipts kan.... Maka adik ipar yang sedang praktikal di Hospital Terengganu pun, diarahkan untuk kosongkan rumah sewa, dan pada hari yang sama, diorang dikutip oleh pengurusan kolej untuk balik ke kolej sains kesihatan bersekutu Sg. Buloh. Kelangkabut dia beli tiket , untuk balik sabah. Tapi dah takdir untuk RMO bersama-sama dengan kami disini... So tersekatlah dia dekat ruma kami ni... hehe bertabahlah ya.. Ada hikmah juga kenapa tak dapat balik tu.
Kamu pun, mesti kerap periksa angka covid-19 kan... Bila tengok angka kematian di Malaysia disebabkan Covid-19 ni semakin meningkat, rasa tak mampu nak berkata apa-apa. Semalam sahaja:-
▪️10 kematian direkodkan,
▪️46 orang berada di dalam Unit Pemerhatian Rapi
▪️1306 yang telah disahkan positif covid-19
▪️1306 yang telah disahkan positif covid-19
Ya Allah... tak tergambar dengan kata-kata... sesungguhnya, perasaan takut tu memang ada.. Ya, mati itu pasti, tapi jika boleh minta diselamatkanlah dari bencana ini ya Allah.
Hari ni pulak appoitmen 5 bulan, untuk baby saya di Klinik Ibu Anak batu 9. Sungguh haru kepala otak.. nak pergi ke tak nak... kalau pergi sana, berkumpul ramai-ramai dengan orang yang tak dikenali, bawa pulak baby kecil... tak tau maca mana nak terangkan perasaan ni... Risiko tu... Rasa tak nak pergi jeee... Dilemaaaaa...
Banyak pula la luahan perasaan entry kali ni... hahaha. Kau dah kenapa Mell??
Sebelum semakin melalut entry ni... baik berhenti sekarang...
Okeh itu sajalah coretan saya... terima kasih sudi membacanya..
Daa...
Saya pun dapat cara kalau selsema buat apa.
ReplyDeleteApapun jaga diri. Apa kata telefon Klinik Ibu dan Anak tu tanya kena pergi ke tidak.
18hb patut pegi.. dah kol minta tunda.. tapi nurse bagi tarikh hari ni pulak 😅.. adoiii laaa...
Deletemusim ujian untuk kita semua. semoga cepat ujian ni berlalu..
ReplyDeletesedihhhh..
Aminnn.. betul tu siti... Allah nak kita berfikir sejenak... selama ni sibuk memanjnag kan. Huhuhu
Deletesemoga mell cepat2 sembuh, aamiin
ReplyDeletesmoga cpt sembuh...mmg skarang hari2 tgk statistik psl covid19...ari2 bertambah huhu..smoga cpt la pulih negara kita dr wabak covid19 ni
ReplyDeleteTake care mell sayang. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteTake care Mell & family. Nurul pun asyik on off tak sihat. Takut. Tapi lagi takut nak pergi hospital.
ReplyDelete