Kedai barang terpakai di Lembah Klang
Assalamualaikum
Hari ni saya nak share tentang kedai barangan terpakai atau pre love atau second hand, dan kedai membeli barang terpakai, sekitar lembah klang yang kami husband and wife selalu terjah😆.
Jujurnya, waktu zaman bujang-bujang dulu... saya tak minat sangat dengan kedai-kedai barangan terpakai. Sebabnya saya tak nak beli benda yang dah rosak . Waktu bujang dulu, bagi saya kedai menjual barangan terpakai ni, kebanyakannya menjual barangan yang sudah rosak, uzur dan kalau masih berfungsi pun takkan bertahan lama. So i dont want to waste my money on crappy things like this.😏
Tapi selepas kahwin, dapat husband yang suka sangat masuk kedai ni😱😱😱... hahaha... Dan mungkin sebab tu, saya pun mula terjangkit penyakit husband 🤣🤣. Bermula dari sinilah, saya mula tau... kedai barangan terpakai bukanlah semata-mata menjual baragan terpakai yang sudah lusuh. Ada juga barang yang still in new condition. Untuk pengetahuan yang tak pernah masuk kedai gini, dalam kedai ni ada macam-macam benda... kadang-kadang barang tu masih baru, terutama sekali mainan anak-anak... ditolak ke kedai barangan terpakai mungkin sebab mainan dah tak up to date, so maybe diorang tolak barang tu dekat sini dengan harga murah... kemudian barang tu dijual balik pada harga yang tinggi sedikit dari harga tolak (tapi sudah tentu lebih murah berbanding dijual diluar)..itu hipotesis sayalah, entah betul, entah tidak...hahaha Berlaku urusan jual beli barang terpakai disini. Ada masa-masanya, kami kesini untuk mencari spare part untuk barangan lama , kadang-kadang sekadar untuk habiskan masa sambil memerhati barangan.
Ada 5 kedai yang kami kerap datang iaitu:
1. Jalan Jalan Japan
Ada yang pernah dengar tak?? Sini kedai barangan terpakai daripada Jepun. Kedai ni agak viral jugak sekarang kerana harga yang amat murah. Disini kami selalunya datang untuk habiskan masa sahaja... Sambil menghabiskan masa, sambil mencuci mata.. sebabnya barangan disini agak unik. Barangan terpakai dari Jepun, yang dibawa masuk dan dijual pada harga yang sangat murah. Tapi jika jumpa barang yang berkenan kami beli jugak cth; mainan anak, carseat, baju tebal untuk anak-anak pakai waktu tidur, patung.. tapi untuk mainan anak, disebabkan ia barangan dari Jepun, so bahasa pun semua jepun jugak la kan... kena pandai pilih. Disini, saya selalu beli mainan yang berunsurkan kreativiti dan daya fikir anak. Jepun kan terkenal dengan mainan yang menumpukan daya berfikir kanak-kanak, so disini memang ada jual mainan sebegitu... cuma bahasa dan tulisan tidak difahami.. hahaha Jalan Jalan Japan ni, tidak membeli barang-barang terpakai, diorang hanya menjual barangan terpakai sahaja.
2. Cash Converter
Disini, kebanyakannya ialah jenama barang-barang yang kamu familiar. Ada banyak barangan elektrik terpakai disini. Kedai ni ada banyak cawangan. Selain menjual barang-barang terpakai, diorang juga membeli barang-barang terpakai anda. So jika ada barang yang masih elok, dan kamu terfikir untuk jual, boleh datang kesini. Proses jual beli barang terpakai, harga yang diorang ambil, mungkin jauh dan lebih rendah dari sangkaan kamu. hehehe
3. Buy, Sell and Trade (BST)
Kedai ini juga menjual barangan yang kamu familiar. Diorang ni turut membeli barangan terpakai anda tapi syarat diorang agak ketat. Semasa penilaian barang yang ingin dijual, ada kemungkinan barangan ditolak. Barangan elektrik rosak dan barangan yang tidak mendapat sambutan, biasanya tidak diterima disini. Harga yang ditawarkan juga akan lenih rendah dari sangkaan kamu. Kedai ni juga ada beberapa cawangan di sekitar lembah klang.
4. Korea second hand
Kedai yang ini menjual barang-barang daripada Korea. Kedai ini banyak menjual barangan yang besar-besar seperti peti ais terpakai, mesin uli adunan yang besar gila, katil kayu jati beserta tilam, barangan perabot terpakai dan juga piano terpakai. Ada juga barangan yang kecil seperti tv, baju dll. Diorang turut membeli barangan terpakai anda sekiranya masih dalam kondisi yang baik. Kalau kamu nak jual perabot terpakai, boleh cuba bertanya dengan owner sini... berkemungkinan, diorang membeli perabot terpakai.
5. Pasar karat
Ini bukanlah kedai tetapi pasar menjual barangan terpakai. Pasar ni terletak di China Town, Kota Raya.... dan buka pada jam 5.00AM hingga siang(tak pasti sehingga jam berapa). Diorang buka waktu Subuh... so kami akan datang sini, bila benda yang kami cari tu, amat diperlukan dan tiada dijual di kedai-kedai biasa. Nak datang sini, kena datang awal... kalau datang matahari dah tinggi keatas, pasar ni dah clear.. Beza pasar ni dengan kedai barangan terpakai lain ialah.. diaorang menjual barangan yang antik. So ada masa-masa, en.husband nak cari charger handphone old school, disini tempat yang beliau tuju. And shockly.. Yes..kadang-kadang masih ada dijual disini. Selain tu, ada juga yang menjual baju, buku dan kadang-kadang, benda yang tak terfikir di akal pun ada dijual disini.. Kamu nak tau apa benda tak terfikir di akal tu???? Pen yang dah patah... selipar yang dah putus... dan macam-macam lagilah... hahaha (aik... tak elok gelak tau)... Disini, semua adalah penjual.. tiada khidmat membeli barangan terpakai... so kalau nak menjual barangan disini... memang kena hampar alas jugak la.. heeee...
Setakat ini.... itu sahaja kedai second hand yang saya tau... dan yang husband pernah pegi...
Honestly, selepas berkahwin dengan en. husband... saya banyak belajar benda-benda baru. Banyak juga belajar sisi gelap kawasan lembah klang ni... hahaha... selama ni, tau sisi terang sahaja kan... Husband banyak bagi info, mengajar dan berkongsi pengetahuan tempat-tempat yang, mostly black area. Tapi, sebenarnya saya sendiri yang berminat untuk tahu, sebab bidang kerja kami memerlukan saya untuk tahu dan up to date dengan tempat-tempat sebegini.
Okeh itu sahaja perkongsiannya..
Daa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
Assalamualaikum Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...
-
Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak. Assalamualaikum, Bagi penggemar western fo...
-
Assalamualaikum.. Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenap...
-
sumber: stock.adobe.com Assalamualaikum, Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert. ...
Tahu kedai Jalan Jalan Japan tu. Lain kedai/ pasar belum pernah pergi.
ReplyDeleteJalan Jalan Japan tu sedang viral skrg.. yang lain² tu, dah lama wujud tapi tak viral² lagi.. hihi
Deletebest bila jenguk kedai barang terpakai nih, geram je semua rasa nak beli...harga pun berpatutan
ReplyDeleteKannn... harga memang berbaloi
DeleteOh! ada banyak juga ya kedai pre love area Lembah Kelang.
ReplyDeleteSamalah Mrs. A pun tak minat sangat dengan pre-loved item ni dahulu kala tapi bila dah pergi Jalan Jalan Japan di Centre Point Seremban dan jugak Bandoro Senawang okaylah boleh layan jugak.
Hihi.. kan.. boleh untuk tempat cuci² mata🤭🤭
DeleteTahun kedai Jalan Jalan Japan tu je tapi tu pun tak pernah pergi. Still skeptical dengan barangan terpakai walaupun tahu banyak je barang elok. Tapi proses pencarian mungkin menuntut kesabaran yang tinggi. Heheh.
ReplyDeleteHehehe... faham perasaan Nurul tu...
DeleteJalan Jalan Japan! I like. Hai Sis Mell Comell :) Salam kenal dari Syaza. Follower #33
ReplyDeleteJJJ mmg best 👍..
Delete~salam kenal juga Syaza... dah follow Syaza jugak ya 😊