Skip to main content

Posts

KEDAI PAKAIAN SAIZ BESAR XXXXXXXXXL

 Assalamualaikum.. Hari ni saya ingin membuat review kedai pakaian untuk mereka yang bersaiz 4XL dan keatas..  Mencari baju yang bersaiz 4XL dan keatas sememangnya sangatlah susah... memandangkan husband adalah antara pengguna saiz besar ni... mencari baju untuk husband... sangat susah.. Ada masanya, suami berputus asa.. huhu sebab kebanyakan kedai hanya ada saiz 3XL (saiz asia)..  Mujurlah kami jumpa satu kedai ni... yang menjual pakaian dari saiz XL ke 9XL...  nama kedainya ialah BIG FASHION XL TO XXXXXXXXL Cari saja sign board ni kalau ke NSK Kucai lama   Kedai BIG FASHION ni menjual baju-baju yang bersaiz sangat besar... Kedai diorang terletak di dalam bangunan NSK Trade City Kuchai Lama... Harga pakaian adalah berbeza mengikut saiz... semakin besar saiz, harga juga semakin naik...  Kemeja ni saiz 8XL.. harga kalau tak silap RM49 Seluar jeans pendek.. saiz 54.. harga RM75 Sebenarnya.... ada banyak lagi pakaian yang kedai ni jual seperti baju wanita, seluar wanita, skirt, inner... t

REVIEW SELEPAS PEMBEDAHAN GEGENDANG TELINGA PECAH

  18 mac 2022 Hari ke 2 selepas pembedahan... telinga masih ada keluar darah.. agak banyak... kapas luar tu basah jugalah dengan darah.. Sakit di gegendang telinga memang sangat terasa bila ubat tahan sakit dah hilang kesan.. sakit tak boleh dibawa berbincang๐Ÿ˜…... tiba-tiba diserang pening... kalau pening dan sakit datang menyerang serentak, selain berharap pada ubat tahan sakit.... tak dapat nak buat apa... hanya baring dan bertenang saja ubatnya ๐Ÿ˜… Bunyi berdesing kuat di telinga yang dibedah... pendengaran kurang jelas waktu ni.. mungkin disebabkan kapas yang disumbat kedalam telinga.  Bercakap pun perlahan-lahan saja sebabnya, kalau cakap kuat atau jerit kecil... terasa tekanan di telinga dan sakit pun menjelma.. ๐Ÿ˜€ Jadi nak kurangkan kesakitan hanya dengan makan ubat tahan sakit... cakap perlahan-lahan... banyak berehat...  19 mac 2022 Hari ke 3 selepas pembedahan... darah didalam telinga dah semakin kering... tiada lagi rasa basah di telinga... bunyi berdesing di telinga masih ta

ANAK SULUNG MASUK SEKOLAH

 Assalamualaikum.... 21 Mac 2022 ialah hari persekolahan pertama untuk tahun 2022. Pastinya, semua ibu bapa sedang sibuk membeli barang-barang persekolahan anak-anak kan... Anak saya Nurlily Elysha juga antara yang akan ikut sesi persekolahan tahun 2022. Kami daftar lily masuk Pra Sekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah. Belajar sungguh-sungguh anak mummy.. semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. Beli baju di kedai hari-hari Pilih jangan tak pilih Tampal nama supaya tak hilang Beg ikut tema katun kesukaan lily Hari pertama sekolah yang paling ditunggu-tunggu oleh Lily... sebabkan SOP covid, tak dapat hantar lily hingga ke kelasnya... hantar di pintu sekolah saja... semoga cepat berdikari ya anak mummy. Senyum gembira ke sekolah... Hantar melalui pintu belakang sekolah Boleh hantar sampai sini saja... lepas tu cikgu ambil alih Ramai juga kawan-kawan lily... lily dalam kelas cemerlang... semoga lily terus cemerlang dan gemilang...  Senarai buku dan bayarannya

LAWATAN KE AQUARIA KLCC

 Assalamualaikum Hujung tahun 2021 aritu, kami suami isteri bercadang untuk membeli jiwa anak-anak.. maka terjadilah short vacation kami bercuti di ibukota Kuala Lumpur.. Hanya satu saja aktiviti yang kami rancang waktu tu, bawa anak-anak melihat ikan...  Seperti biasa, anak sulunglah yang paling gembira.. dapat tengok ikan...  Harga tiket ialah RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 3- 12 tahun... Bagi anak yang berumur 2 tahun kebawah, masuk percuma. Ini harga tiket untuk warganegara.. so kena tunjukkan mykad dan mykid baru dapat harga warganegara tu. Harga bukan warganegara pula ialah RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.  Ini merupakan kali kedua saya masuk ke aquaria...... kali pertama dahulu ialah pada tahun 2011.... waktu tu saya masih bujang lagi.  Tidak banyak perubahan dalam Aquria KLCC jika saya bandingkan waktu kali pertama saya masuk dahulu (2011) dengan yang kami masuk sekarang (2021). Bezanya yang dulu dan yang sekarang adalah...... ada SOP baru...

PEMBEDAHAN TELINGA PART 1

 17 Mac 2022 Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga... saya sampai ke hospital ampang jam 8.00 pagi untuk masuk ke wad sementara 5B. Wad ni khas untuk mereka yang menjalani pembedahan dan akan dibenarkan balik pada hari yang sama. Sampai wad, nurse periksa dokumen yang saya bawa dan terus dibawa masuk kedalam bilik isolation, sebabnya keputusan PCR 16hb masih belum keluar.  Salin baju hospital warna biru, baju putih dan topi untuk pakai sewaktu pembedahan dah siap-siap diberi Bilik isolation Jam 12 tengahari, tiba-tiba doktor dan nurse datang bagitau doktor dah menunggu di bilik bedah... waktu tu doktor dan nurse bekejar pasangkan branula (jarum di tangan) dan minta saya pakai baju dan topi pembedah warna putih. Segala benda kena buka termasuk seluar dalam dan tudung ๐Ÿ˜….. semua perhiasan kena buka Mask kena pakai setiap masa ๐Ÿ˜„.  Nurse minta baring di katil dan sahkan nama, no kad pengenalan dan pembedahan pada telinga kanan. Kemudian saya ditolak ke bilik pembedahan. Waktu ni,