Showing posts with label REVIEW KEDAI MURAH. Show all posts
Showing posts with label REVIEW KEDAI MURAH. Show all posts

KEDAI PAKAIAN SAIZ BESAR XXXXXXXXXL

 Assalamualaikum..


Hari ni saya ingin membuat review kedai pakaian untuk mereka yang bersaiz 4XL dan keatas.. 


Mencari baju yang bersaiz 4XL dan keatas sememangnya sangatlah susah... memandangkan husband adalah antara pengguna saiz besar ni... mencari baju untuk husband... sangat susah.. Ada masanya, suami berputus asa.. huhu sebab kebanyakan kedai hanya ada saiz 3XL (saiz asia).. 


Mujurlah kami jumpa satu kedai ni... yang menjual pakaian dari saiz XL ke 9XL...  nama kedainya ialah BIG FASHION XL TO XXXXXXXXL

Cari saja sign board ni kalau ke NSK Kucai lama

 


Kedai BIG FASHION ni menjual baju-baju yang bersaiz sangat besar... Kedai diorang terletak di dalam bangunan NSK Trade City Kuchai Lama...

Harga pakaian adalah berbeza mengikut saiz... semakin besar saiz, harga juga semakin naik... 



Kemeja ni saiz 8XL.. harga kalau tak silap RM49


Seluar jeans pendek.. saiz 54.. harga RM75



Sebenarnya.... ada banyak lagi pakaian yang kedai ni jual seperti baju wanita, seluar wanita, skirt, inner... tapi saya tak ambil gambar... ๐Ÿ˜…

Kualiti baju di kedai ni... tidaklah setaraf baju berjenama seperti adidas, camel dan yang sewaktu dengannya.. Tengoklah juga harganya.. jauh beza tu... 

Jahitan kain dijahit dengan kemas... kain juga jenis tahan dan tidak mudah tercarik kalau dibasuh menggunakan mesin basuh... setakat 5 tahun husband membeli baju dan seluar di kedai ni, tak pernah lagi warna turun atau luntur apabila dicuci... 

Jadi secara keseluruhannya... kedai BIG Fashion ni bagus... dan harga jual juga sesuai dengan kualiti... 

Sekian saja...



Kedai barang terpakai di Lembah Klang


Assalamualaikum

Hari ni saya nak share tentang kedai barangan terpakai atau pre love atau second hand, dan kedai membeli barang terpakai, sekitar lembah klang yang kami husband and wife selalu terjah๐Ÿ˜†.

Jujurnya, waktu zaman bujang-bujang dulu... saya tak minat sangat dengan kedai-kedai barangan terpakai. Sebabnya saya tak nak beli benda yang dah rosak . Waktu bujang dulu, bagi saya kedai menjual barangan terpakai ni, kebanyakannya menjual barangan yang sudah rosak, uzur dan kalau masih berfungsi pun takkan bertahan lama. So i dont want to waste my money on crappy things like this.๐Ÿ˜

Tapi selepas kahwin, dapat husband yang suka sangat masuk kedai ni๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ... hahaha... Dan mungkin sebab tu, saya pun mula terjangkit penyakit husband ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Bermula dari sinilah, saya mula tau... kedai barangan terpakai bukanlah semata-mata menjual baragan terpakai yang sudah lusuh. Ada juga barang yang still in new condition.  Untuk pengetahuan yang tak pernah masuk kedai gini, dalam kedai ni ada macam-macam benda... kadang-kadang barang tu masih baru, terutama sekali mainan anak-anak... ditolak ke kedai barangan terpakai mungkin sebab mainan dah tak up to date, so maybe diorang tolak barang tu dekat sini dengan harga murah... kemudian barang tu dijual balik pada harga yang tinggi sedikit dari harga tolak (tapi sudah tentu lebih murah berbanding dijual diluar)..itu hipotesis sayalah, entah betul, entah tidak...hahaha  Berlaku urusan jual beli barang terpakai disini. Ada masa-masanya, kami kesini untuk mencari spare part untuk barangan lama , kadang-kadang sekadar untuk habiskan masa sambil memerhati barangan.

Ada 5 kedai yang kami kerap datang iaitu:

1. Jalan Jalan Japan

Ada yang pernah dengar tak?? Sini kedai barangan terpakai daripada Jepun. Kedai ni agak viral jugak sekarang kerana harga yang amat murah. Disini kami selalunya datang untuk habiskan masa sahaja... Sambil menghabiskan masa, sambil mencuci mata.. sebabnya barangan disini agak unik. Barangan terpakai dari Jepun, yang dibawa masuk dan dijual pada harga yang sangat murah. Tapi jika jumpa barang yang berkenan  kami beli jugak cth; mainan anak, carseat, baju tebal untuk anak-anak pakai waktu tidur, patung.. tapi untuk mainan anak, disebabkan ia barangan dari Jepun, so bahasa pun semua jepun jugak la kan... kena pandai pilih. Disini, saya selalu beli mainan yang berunsurkan kreativiti dan daya fikir anak. Jepun kan terkenal dengan mainan yang menumpukan daya berfikir kanak-kanak, so disini memang ada jual mainan sebegitu... cuma bahasa dan tulisan tidak difahami.. hahaha Jalan Jalan Japan ni, tidak membeli barang-barang terpakai, diorang hanya menjual barangan terpakai sahaja.

2. Cash Converter

Disini, kebanyakannya ialah jenama barang-barang yang kamu familiar. Ada banyak barangan elektrik terpakai disini. Kedai ni ada banyak cawangan. Selain menjual barang-barang terpakai, diorang juga membeli barang-barang terpakai anda. So jika ada barang yang masih elok, dan kamu terfikir untuk jual, boleh datang kesini. Proses jual beli barang terpakai, harga yang diorang ambil, mungkin jauh dan lebih rendah dari sangkaan kamu. hehehe

3. Buy, Sell and Trade (BST)

Kedai ini juga menjual barangan yang kamu familiar. Diorang ni turut membeli barangan terpakai anda tapi syarat diorang agak ketat. Semasa penilaian barang yang ingin dijual, ada kemungkinan barangan ditolak. Barangan elektrik rosak dan barangan yang tidak mendapat sambutan, biasanya tidak diterima disini. Harga yang ditawarkan juga akan lenih rendah dari sangkaan kamu. Kedai ni juga ada beberapa cawangan di sekitar lembah klang.

4. Korea second hand

Kedai yang ini menjual barang-barang daripada Korea. Kedai ini banyak menjual barangan yang besar-besar seperti peti ais  terpakai, mesin uli adunan yang besar gila, katil kayu jati beserta tilam, barangan perabot terpakai dan juga piano terpakai. Ada juga barangan yang kecil seperti tv, baju dll.  Diorang turut membeli barangan terpakai anda sekiranya masih dalam kondisi yang baik. Kalau kamu nak jual perabot terpakai, boleh cuba bertanya dengan owner sini... berkemungkinan, diorang membeli perabot terpakai.

5. Pasar karat

Ini bukanlah kedai tetapi pasar menjual barangan terpakai. Pasar ni terletak di China Town, Kota Raya.... dan buka pada jam 5.00AM hingga siang(tak pasti sehingga jam berapa). Diorang buka waktu Subuh... so kami akan datang sini, bila benda yang kami cari tu, amat diperlukan dan tiada dijual di kedai-kedai biasa. Nak datang sini, kena datang awal... kalau datang matahari dah tinggi keatas, pasar ni dah clear.. Beza pasar ni dengan kedai barangan terpakai  lain ialah.. diaorang menjual barangan yang antik. So ada masa-masa, en.husband nak cari charger handphone old school, disini tempat yang beliau tuju. And shockly.. Yes..kadang-kadang masih ada dijual disini. Selain tu, ada juga yang menjual baju, buku dan kadang-kadang, benda yang tak terfikir di akal pun ada dijual disini.. Kamu nak tau apa benda tak terfikir di akal tu???? Pen yang dah patah... selipar yang dah putus... dan macam-macam lagilah... hahaha (aik... tak elok gelak tau)... Disini, semua adalah penjual.. tiada khidmat membeli barangan terpakai... so kalau nak menjual barangan disini... memang kena hampar alas jugak la.. heeee...

Setakat ini.... itu sahaja kedai second hand yang saya tau... dan yang husband pernah pegi...

Honestly, selepas berkahwin dengan en. husband... saya banyak belajar benda-benda baru. Banyak juga belajar sisi gelap kawasan lembah klang ni... hahaha... selama ni, tau sisi terang sahaja kan... Husband banyak bagi info, mengajar dan berkongsi pengetahuan tempat-tempat yang, mostly black area. Tapi, sebenarnya saya sendiri yang berminat untuk tahu, sebab bidang kerja kami memerlukan saya untuk tahu dan up to date dengan tempat-tempat sebegini.

Okeh itu sahaja perkongsiannya..

Daa...

Komputer Murah di Low Yat

Assalamualaikum

Bulan Feb, ialah bulan kelahiran En. husband.. so saya bawa suami makan-makan sambil tiup kek..

Moga panjang umur, sihat sentiasa dan dimurahkan rezekinya seperti air yang sentiasa mengalir...Aminnnnn

Bawa husband makan-makan banyak tempat waktu ni, makan Mcd, makan burger  bakar Abg Burn,  makan Me' Nate. Hadiah, husband dah tuntut awal, bulan Jan dah tuntut hadiah, apakah? ๐Ÿคท‍♀️.

Lepas tu, a few days later, kami ke Low Yat untuk membeli PC, sebab bininya ni asik mengadu tak dapat edit template blog๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†... So siapa yang birthday ni sebenarnya๐Ÿ˜†.. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku ini.

Kami tak cadang beli komputer baru, sebab budget tak berapa cantik dan barang-barang elektronik ni cepat jatuh harga... So kami ke level 2 di Low Yat... Sini ada banyak kedai menjual komputer baru, lama dan juga spare part komputer/laptop... Kalau kamu jenis pandai pilih-pilih dan buat badan komputer sendiri... boleh datang kesini.

Saya seperti biasa, langsung tidak berminat untuk ambil tahu tentang PC dan yang sewaktu dengannya.. so saya just jaga anak-anak yang excited berlari kehulu hilir. En. Husband saja yang berurusan jual beli... hahaha

Disini kami just beli PC sahaja, harga RM350. Spek:

~ intel core i3
~ RAM 4 gb
~ DDR 3
~ Model Optiplex 7010
~ intel HD & intel 5000 Grafik
~ DVD-RW
~ 250 gb HDD
~ with free software;
 * window 7 pro x64 big OS system
 * microsoft office pro 2016
 * Adobe Reader
 * Media Player


Kami tak beli monitor sebabnya budget tak cukup๐Ÿ˜†.. so husband cadangkan, buat sementara gunakan sahaja TV  game husband. Hohoho... Sabarlah ya en. Husband. Sebenarnya, komputer ni, hadiah advance dari husband untuk wedding anniversary kami yang ke-5, bulan April nanti... Dan seperti biasa, kita haruslah habiskan duit husband... takkanlah nak habiskan duit husband orang lain pula kan? ha ha

Inilah rupa PC yang kami beli tu

Set Keyboard+mouse wireless dan mouse pad gambar minion :)

Kami hanya beli PC, set keyboard + mouse wireless, VGA display cable, USB Data Cable 3.14A dan mouse pad

Yang tepi kiri tu da rosak dan khas untuk anak-anak...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Kena setup macam tu, jadi diorang tak gangu mummy diorang ni.

Monitor tu ialah TV 24". Hehehe itu TV en.husband hadiah birthday taun lepas, tapi mummy conquer sekejap๐Ÿ˜…

Game corner en.husband telah dijajah ๐Ÿ˜….. dan husband pening tengok hiasan atas tu๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. dah tak rock katanya.

Okeh itu sahaja perkongsiannya... saya sebenarnya nak bagitau tempat murah untuk beli komputer dan its still in good condition. Tapi, ehhh ada tapi pulak๐Ÿ˜….. kalau korang nak membeli seperti kami ni, pastikan kamu tau tentang komputer la ya. Jika kurang pengetahuan tentang apa yang built in dalam PC, saya tak cadangkan kesini. Beli sahaja yang baru dari kedai... hehehe...

Okeh, itu saja perkongsiannya.

Daa..



Kedai mainan murah di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Pernah tak kamu berjanji dengan anak? Tak kisahlah janji apa-apa pun... cth: janji nak  bawa main di taman, janji belikan mainan atau makanan kegemaran si anak. 

Kalau pernah... please kotakan janji tu ya... kalau tak dapat kotakan, tolong jangan buat janji... sebab anak-anak akan pahat memori ni dihati tanpa kita sedari.

Husband saya suka sangat berjanji dengan anak... dan yang akan menuntut janji itu  ialah emaknya๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. sebab saya sejenis yang tak suka orang berjanji tapi tak tunaikan, fikir betul² sebelum nak berjanji tu tau.. ๐Ÿ˜‘

Bulan lepas husband janji dengan Lily, akan beli mainan bila duit OT dah dibayar. Disebabkan janji husband tu, kami anak beranak pun berangkatlah ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur... Tempat popular untuk beli mainan anak dalam harga yang lebih murah berbanding beli dalam mall. Mainan dekat sini taklah kualiti tinggi seperti jenama FisherPrice, Toy r Us dan seangkatan dengannya tu. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah anak-anak window shopping macam mak-mak window shopping di pasaraya๐Ÿ˜„.

Deretan kedai menjual mainan ada di sepanjang Jalan Raja Laut, KL. Dari parents sahaja rajin survey atau malas.. hehehe... macam kami ni... malas survey sebab parking payah...

Kedai yang kami masuk 2 je... dan kami selalu masuk sini kalau membeli... dulu kedai ni, harga mainannya amat murah... yang penting kamu beli dalam kuantiti banyak (6 atau 12pcs keatas, mengikut jenis)...

Tapi start 2 tahun lepas, diorang dah tak jual harga murah tu... walau beli banyak (Bagi saya 6pcs atau 12pcs tu dah kira banyak tau๐Ÿ˜…...) selalu beli banyak gini untuk bawa balik sabah... sebagai buah tangan untuk anak-anak buah disana.

Diorang bagitau, hanya member saja dapat harga murah tu.. dan nak jadi member tu, hanya customer yang beli mainan dalam harga RM1000 keatas sahaja akan layak... wauuu!!!!๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. okeh.. ingat kami nak buka kedai ke?? ๐Ÿ˜‘

Kami just nak beli 2 saja la๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ... Untuk Lily dan Lea... Tapi walaupun tak dapat harga member tu... harga masih dikira murah berbanding diluar.

Lily sedang memilih mainan... rambang mata... banyak sangat pilihan ni... ๐Ÿ˜†

Lea terima saja apa yang daddy bagi... tak pandai demand lagi... senang nak atur

Sekarang ni, budak-budak demam Frozen... Tak terkecuali sumandak saya Lily... Inilah pilihan hati. 

Harga patung ni sebenarnya murah saja, tapi disebabkan oleh fenomena demam Frozen melanda... harga patung ni boleh naik mendadak cecah RM25 dan keatas... mak aihhh... Baiklah beli disini baru RM17

Ini kalau harga member boleh jatuh hingga RM8.00..

Ini pilihan Lea.. box isi watak-watak Frozen,RM19.90... Dekat luar, harga boleh cecah Rm29 ke RM30+ okeh... Mak-mak dan bapa-bapa mesti tau kan harga-harga mainan ni..๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Ini pun boleh jatuh hingga rm9.00 kalau member..

End up... Lily pun nak box Frozen tu... Tak jadi pilih patung Frozen tadi... Rambang mata la tu...

Hehehe... walaupun harga mainan tu tak la mahal, tapi tak juga murah sangat.... Kami hanya benarkan anak-anak pilih satu saja jenis mainan dalam satu-satu masa. Tak boleh pilih banyak-banyak... Supaya diorang lebih hargai mainan tu... kalau beli banyak-banyak... bila sampai dekat rumah, mainan diutara, tuannnya diselatan. Tak dipandang dah mainan tu sebab senang sangat nak dapat kan..๐Ÿ˜…

Udah selesai mencari mainan Lily.. Kami masuk satu kedai lagi... kononnya, saya nak beli motor / skuter automatik untuk Lily, kalau tak pun basikal 3 roda tu... Tapi en. Husband tak bagi Green Light... Lampu Merah memanjang๐Ÿ˜.. Dah lama berhajat nak hadiahkan basikal untuk lily, sebab dialah yang banyak membantu kami dirumah... dari 2 tahun lepas lagi nak beli tapi asik tergendala niatnya. Dah pegang dah... saya ni jenis... kalau tak dapat sokongan husband... akan hilang mood nak beli๐Ÿ˜…

Pilihan basikal 3 roda... banyak jenis

Siap ada tempat duduk penumpang dekat belakang

 Motorsikal kecik... 

Kereta pun ada... harga pun murah.. bermula dari RM120

Tengok apa tu Lily?

Lamborgini RM1390... Mampu tengok sahaja ni...๐Ÿ˜†

Dah test bagai... last-last tak jadi beli... aduh.. stress Mak... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... 

Itu saja lah perkongsiannya... sebenarnya tujuan utama nak bagitau tempat mainan yang harga murah... tapi tak taulah... isi cerita ni macam jauh menyimpang pulak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... 

Kalau kamu berkenan nak tengok tempat kami pegi tu... alamat sepanjang Jalan Raja Laut ya๐Ÿ˜„...kami selalu masuk di pen-mart Toys (diorang ni rajin buat promosi mainan diluar kedai)... tapi kalau kamu rajin menapak... kamu akan nampak perbezaan harga disetiap kedai... 

Okeh daa... 







ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...