Assalamualaikum..
Cara mendaftar sebagai pemilih ataupun pengundi secara online di laman web suruhanjaya pilihanraya (SPR).
Semua dah daftar sebagai pengundi ke tu??
Daftar sebagai pemilih, sangat penting ya... Sesiapa yang berumur 21 tahun dan keatas, wajib mendaftar dan keluar mengundi sewaktu pilihan raya.
Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai pemilih secara online.. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk mendaftar secara online, boleh terus datang ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya berhampiran dan isi borang daftar mengundi secara manual.
Cara untuk daftar online mudah sahaja...
1. Periksa dahulu samada anda telah berdaftar sebagai pemilih.. KLIK SINI UNTUK SEMAK
2. Jika anda telah berdaftar sebagai pengundi, maklumat legkap akan keluar.. Tetapi jika keluar kenyataan Rekod Tidak Ditemui, anda perlulah mendaftar samada secara online atau manual.
Cara mendaftar sebagai pemilih melalui online ialah:
1. Pergi ke laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)..klik sini..
klik gambar untuk lebih jelas
2. Klik permohonan akaun baru, seperti gambar atas
Gambar (i)
Gambar (ii)
Gambar (iii)
3.
~Isikan semua maklumat yang diminta seperti gambar (i).
~Jangan lupa, upload gambar depan, kad pengenalan seperti gambar (ii),
~dan upload gambar swafoto, bersama kad pengenalan seperti gambar (iii).
Kemudian masukkan Captcha, tandakan (/) pada kotak, menyatakan anda telah membaca syarat-syarat kelayakan, dan tekan butang HANTAR.
*sentiasa lakukan pemeriksaan kali kedua sebelum hantar borang permohonan. Ini penting supaya tiada berlaku kesilapan maklumat.
Selepas tu anda akan dapat balasan seperti di bawah.
klik gambar untuk lebih jelas
4. Kemudian log in email yang didaftarkan tadi. Kamu akan dapat 2 email daripada MySPRDaftar. Seperti gambar dibawah.
Ini ialah email pertama, pengesahan penerimaan permohonan akaun pengguna SPR.
Ini email kedua, mengenai arahan pengaktifan permohonan akaun pengguna. Klik link yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah, untuk mengaktifkan akaun yang telah dimohon.
6. Setelah anda klik pada link tersebut, akan keluar seperti kotak dibawah ni.
Isikan Id: No kad pengenalan pemohon,
Kata laluan: kata laluan yang anda isikan pada permohonan akaun pengguna tadi.
Isikan Cpatcha dan tekan LOG MASUK.
7.Kemudian akan keluar Borang A yang perlu diisi. Seperti gambar dibawah.
klik BORANG A untuk membuat pendaftaran baru
8. Isikan semua maklumat yang diminta. Pastikan anda 'double check' maklumat tersebut keh.. Ini bagi mengelakkan berlaku kesilapan maklumat yang diberi. Contoh BORANG A adalah seperti dibawah.
Isikan semua maklumat yang diminta. Kemudian tekan butang HANTAR.
9. Selepas anda tekan butang hantar, akan dapat pemberitahuan permohonan pendaftaran pemilih telah diterima dan sedang diproses. Seperti gambar dibawah.
klik gambar untuk lebih jelas
10. Kemudian, log masuk ke email yang anda telah daftarkan pada awal tadi. Anda akan dapat email BORANG A TELAH DITERIMA DAN AKAN DISEMAK.. seperti gambar bawah ni.
klik gambar untuk lebih jelas
Dah siapppp.... sekarang hanya tunggu nama untuk diperaku sahaja.
Pemerakuan mengambil masa antara 3 hingga 5 bulan. Selepas diperaku, baru sah jadi pemilih berdaftar...
Pemerakuan bergantung pada jadual suku tahun seperti dibawah.
klik gambar untuk lebih jelas
JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN PEMILIH MENGIKUT SUKU TAHUN
Mudah sahaja cara daftar kan...
Daftarlah sebagai pemilih. Jalankan tanggungjawab anda pada negara.
Lama lagi nak mengundi??? Tapi tiada salahnya daftar awal.
Lagi satu... maklumat pengundi ni penting juga untuk dapat bantuan berdasarkan DUN tempat mengundi. Jika anda belum mendaftar, kemungkinan nama anda tidak mendapat bantuan adalah tinggi. So siapa yang rugi?? hehhe
Okeh sekian perkongsiannya..
Daa..