Showing posts with label KETIKA 2 HATI MENJADI 1. Show all posts
Showing posts with label KETIKA 2 HATI MENJADI 1. Show all posts

KAHWIN DI KENINGAU ADAT DUSUN MUALAF

Entry hari ni saya nak bercerita tentang majlis kahwin di Keningau yang sudah berlalu... hehehe.. barulah berkesempatan dan berkerajinan untuk mengupdate blog.. (^_^)

Untuk pengetahuan, saya ialah mualaf. Perkahwinan kami ini bertemakan tradisi dusun, yang telah dilonggarkan sedikit adatnya.

Acara majlis bermula pada jam 3.00 petang.. Rombongan pihak lelaki tiba tepat pada waktunya dan pada ketika itu, pengantin perempuan tak siap lagi dimakeup.. boleh??? hahaha Gelabah la family saya sebab tak siap-siap lagi si pengantin perempuan.. Gong dipalu ketika pengantin hampir sampai di hadapan pagar rumah.. haha cuak gila masa ni sebab saya tak siap lagi..
Ini pengantin lelaki bersama abg dan adik²nya. 4 orang adik beradik.

Ini detik rombongan pengantin lelaki sampai dikawasan rumah pengantin perempuan.

Bergerak masuk melalui denai menuju kedalam rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan bapa mertua, mengetuai rombongan.

Okeh, dah sampai halaman pintu gerbang kahwin..hahaha waktu ni kalut tukang mekap menyiapkan makeup pengantin perempuan... makeup sangat cantik...saya suka ๐Ÿ˜... tapi lambat sangat siapnya... hahaha. Bayangkan, pengantin perempuan mula makeup dari jam 12.00tgh, tapi jam 3 masih tak siap-siap ๐Ÿ˜‚... mungkin ia adalah perkara biasa, makeup lama sebegitu untuk pastikan makeup benar-benar tahan lama.

Kalutlah mama c pengantin perempuan, menunggu bidadari tak keluar-keluar lagi dari bilik pengantin๐Ÿ˜†... saya pun gelabah jugak. Nak minta stop makeup, takut pulak..
Nanti, orang ingatkan hantu ju-on yang keluar bersanding...๐Ÿ˜… mujurlah beberapa minit kemudian, make up selesai๐Ÿ˜„... lega gila perasaan bila selesai.


Rombongan pengantin lelaki disambut dengan barisan rumandawi๐Ÿ˜. Pakaian tradisi kaum dusun sebagai pembuka bicara majlis. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 

Pengantin perempuan dibawa keluar dari bilik oleh bapa kesayangan๐Ÿ˜Š. Waktu ni, perasaan stress gila๐Ÿ˜†. Apa yang stress tu??? Saya pun tak tau๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Tapi betul stress!! Senyuman di bibir tetap terukir manis... walau hati kucar kacir๐Ÿ˜†.

Bacaan doa makan oleh bapa mertua... Pihak perempuan, menghormati agama pihak lelaki dengan bacaan doa makan dipimpin oleh bapa mertua.. Thanks my family... ๐Ÿ˜ญ

Ini waktu makan.. hehe ddk satu meja dgn mama bapa dan mama bapa mertuaku.

Sebelah kiri ni, my lovely parents๐Ÿ˜Š

Sebelah kanan pulak, mertuaku ๐Ÿ˜Š

Cedokkan nasi kepada mama bapa dan mama bapa mertua... actually ada yang offer nak tolong cedokkan nasi.. tapi pengantin perempuan refuse... biarlah saya yg cedokkan nasi utk diorang..

Salin baju, persandingan mengunakan baju tradisi dusun pulak.. ๐Ÿ˜Š... saya sangat titik beratkan persalinan yang ini, sebab saya suka part yang ni๐Ÿ˜Š.

Walaupun begitu, bila dah kalut sangat... semua lupa ๐Ÿคฆ‍♀️. Saya lupa nak pakai rantai, gelang tangan dan anting-anting ๐Ÿ˜‚.. lupa sangat.. huhuhu.. sob sob

Baju tradisi dusun
Kami dengan pengapit yang comel๐Ÿ˜„

Waktu ni, nak lihat persembahan tarian, so kena tukar kedudukan tempat duduk..

Persembahan dari Tk Dance... untuk pengetahuan, diorang semua ni merupakan anak-anak thalesemia... semoga terus sihat ya anak-anak.

Ini pula persembahan dari kanak-kanak KKD St. Agustinus 2. ๐Ÿ˜Š

Waktu ni, My lovely parents pecah tradisi. Bantu pengantin minum minuman tradisi dusun. Thanks my parents... love both of you❤

Tapai
Minum tapai. Sepatutnya pengantin perempuan dan lelaki wajib minum tapai tu tau. Tapi my lovely parents longarkan adat ini. My parents wakilkan kami untuk rasmi tajau pengantin.. love both of you... ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Tarian sumazau... ha ha saya ni kayu, tak pandai menari.. husband pun kekok, tapi kita hentam sajalah๐Ÿ˜„

My mom and my husband ๐Ÿคญ


Tepi sawah padi, buat shooting gambar kahwin... cameraman waktu ni, sporting gila.. siap redah sawah untuk shoot gambar kami tau.. sian diorang.


Ehehe...

Buat photoshoot dekat belakang rumah sahaja... jadilah kan, daripada tiada ๐Ÿ˜„

Salin baju warna putih pulak.. ni waktu malam.. dalam jam 7 begitu.

Acara potong kek๐Ÿ˜Š, kek putih, baju putih, so suci gambar ni. Hehe... perasan la pulak

Make up waktu ni dah semakin glowing.. betullah pesan tukang make up tu, makeup ni tahan lama, bila awak berpeluh, dia jadi lebih cantik... nampak wow!!

Saling suap menyuap antara husband and wife

Husband suapkan kek pada my parents

My parents pulak suapkan kek pada husband

Saya pulak suapkan kek pada my parents

Dan my parents suspkan kek pada anak bongsu dorang ni๐Ÿ˜Š

Actually ada suap kek juga pada ibu bapa mertuaku... dan ibu bapa mertua suapkan kek untuk pengantin... hehehe (mana sudah gambar tu ya?? ๐Ÿคฆ‍♀️)

Ini waktu acara dance bersama pasangan.. ibu mertuaku dan bapa mertuaku๐Ÿ˜Š

Kami... suami isteri ๐Ÿ˜Š.. senyum jangan tak senyum ha ha ha

My lovely parents ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

❤❤๐Ÿ˜˜ ini adalah sahabat karib dari zaman sekolah rendah, menengah, hinggalah zaman beranak pinak.. kurang seorang dalam gambar ni...

Love sign... separuh hati saya + separuh hati awak = hati yang lengkap.. awwww so suweet ๐Ÿ˜†

NOTIS Peringatan
Sesiapa yang membuat Pergaduhan / Pertengkaran di Majlis Perkahwinan Camillia dan Azree akan diambil tindakan mengikut adat kampung dan mengganti semua perbelanjaanya. Berjudi jugak tidak dibenarkan. 
Ketua Kampung Ria
(ALING GAPUS)
2 Mei 2015

Kamu pernah ternampak notis begini di tempat kahwin, kawan-kawan atau saudara mara?? Notis ni adalah perkara biasa di kampung Ria, Keningau. Papan tanda ini ditampal sepanjang waktu majlis berlangsung. Ini untuk mengelakkan tetamu membuat perkara seperti pergaduhan. Notis ini, ditandatangan oleh ketua kampung. So jangan buat main ok.

Salin baju lagi๐Ÿ˜‚.. baju merah pulak.. waktu ni, pengantin perempuan dah parah sakit migrain... sangat sakit kepala waktu ni.. huhuhu... tapi gagahkan juga bagi senyuman manis.. dont ruin your own ceremony๐Ÿ˜„

Family mertua waktu ni dah berangkat balik ke rumah penginapan. Tangkap gambar dengan my lovely parents... senyum masih indah walau kepala dah rasa nak pecah๐Ÿ˜…

My family... thanks biarkan saya menjadi raja sehari... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†... betul-betul  seperti raja waktu ni. Duduk saja.



Okeh.. still kami dengan posing tersendiri ๐Ÿคญ

Dalam jam 9.00mlm begitu, saya minta kebenaran mak untuk masuk berehat dlm bilik.... waduh, waktu ni... memang tak boleh dibawa bincang, sakit kepala yang teramat sangat.  Nak pecah dah rasa kepala... maybe sebab tak pakai spek mata... saya ni rabun jauh dan ada silau yg tinggi. So kalau tak pakai spek mata, memang akan pening. Kemudian migrain pun menyusul, sebab cahaya masuk mata banyak sangat.

Masuk-masuk je bilik pengantin.. mak aihh... berseleraknya!!!! ๐Ÿคฆ‍♀️๐Ÿ˜ญ, mana hadiah bersepah, baju-baju atas katil, pasir di lantai.. alahaiiii... bertambah-tambah sakit kepala ni. Tak mampu dah nak kemas bilik. ๐Ÿ˜ซ Sakit kepala sampai tahap nak marah semua orang.. So kami decide last minute, untuk tempah hotel yg paling hampir dgn rumah, Hotel Juta... ๐Ÿ˜… mujurlah en. Husband faham... Terima kasih laki.

Sampai sahaja di hotel... cek in bilik... Tanggalkan contact lens dimata, dan apa lagi... TIDUR sampai tak ingat ada laki di sebelah ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

Sekian, begitulah perjalanan cerita kahwin di Keningau, rumah perempuan.

Biasanya, Kahwin di Keningau, akan berlangsung selama 3 hari (minimum).
Hari pertama: majlis kahwin (sanding)
Hari kedua: majlis kahwin untuk tawarkan tapai-tapai yang masih berbaki
Hari ketiga: Tanggal kehmah, masih juga dalam keramaian

Okeh, sekian saja perkongsiannya.

Thanks for reading my story gais.


NIKAH DI TAWAU

Saya dan husband telah bernikah pada tarikh keramat 28/4/2015.. (^_^).. Di kampung Ranggu, Tawau.. dinikahkan oleh wakil wali raja Imam (siapa ya?? tak ingat la..hehe). Dengan bersaksikan 2 orang saksi iaitu En.(x ingat siapa..hohoho tak kenal pun siapa saksi masa tu..)
hihihi..

Urusan perjalanan nikah dirancang sepenuhnya oleh keluarga pihak lelaki, saya hanya hadir bagai puteri..hahaha Disuruh duduk, saya duduk.. bediri saya bediri.. seperti itulah saya... Blur tidak tau acara perjalanan majlis.. Untuk bercerita proses-proses urusan nikah.. Tidaklah dapat saya terangkan..

 Muka nervous sebelum acara bermula.. hahaha takut la tu...

Masa ni dalam bilik, tunggu seseorang panggil saya untuk keluar bagai puteri... hahaha.. No idea what happend outside..

Okeh.. waktu ni dekat luar..Puteri sudah dipanggil keluar.. Lawak betul muka husband.. apa yang lucu sangat tu??? hahaha ...Agak sedih dihati.. sebelah saya tu my sister and her son.. Satu-satunya wakil dari family saya ketika majlis nikah.. (mama dan bapa sibuk di keningau membuat persiapan sanding sebelah perempuan pada 2/5/2015.) kakakku sedang mengandung 2 bulan lenih masa ni..dia pun tak perasan.. patutlah pucat dan asik muntah saja..

Tok kadi sedang bagi ceramah... Saya tak dengar apa-apapun..hohoho kepala tak dapat fokus ketika ni.. hahaha ditambahkan lagi dengan suara tok kadi yang serak-serak.. Buat-buat faham saja la.. (^_*)

Fokus.. hahaha Waktu ni En. husband sedang ucap akad.. Syukur Alhamdulilah.. dengan sekali lafas saya dan dia sah bergelar suami isteri.. (^_^) ..(Pengantin perempuan tunduk saja.. sebenarnya tak fokus.. fikiran melayamg-layang ntah sampai mana sudah tu?)

 Sign borang.. hahaha.. Nak sign dimana??? Alahai... kesiannyalah si pengantin perempuan ni..

Mak mertua sedang memerhati... Nervous.. hahaha

En. husband serah Mas kahwin..


 Cium tangan suami... hehehe.. Semoga kekal ke akhir hayat.. itu sajalah doanya

 Husband pula cium dahi isteri.. Opsss.. dah terlanggar crown puteri tu..hoho.. cium tudung pun jadilah kan..hahaha



Tengoklah muka nakal dia tu...

sarung cincin.. Ok masa ini, pengantin perempuan sudah fokus kembali.. hahaha

 Salam mak menrtuaku... hohoho.. Minta tunjuk ajarnya ya mak.. Salah, silap dan kurang diri ini harap diterima..
Cium tangan bapa mertuaku.. uhuhu.. takot.. haha
Masa ni dah menahan rasa sebak sebab tiada mama dan bapaku.. huhuhu.. Bersalam dengan kakak terus menangis.. huhuhu sedih gila, Allah sahaja yang faham emosi ketika ini.. wuahh wuahh  (T_T)


 Waktu ni, acara sudah selesai.. tetamu pun sudah bersurai.. jadi apa lagi.. posing duluu hohoho

haha.. menahan sakit kaki la tu.. Tak apa, saya ringan saja..

Itu saja cerita majlis di nikah di tawau.. Esoknya berangkat ke Keningau untuk majlis sanding pihak perempuan pula...

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...