PENDAFTARAN PRASEKOLAH ONLINE ANAK LAHIR TAHUN 2015 HINGGA 2017

Assalamualaikum..

Perhatian kepada ibubapa yang mempunyai anak yang berumur 4 tahun dan 5 tahun. Jabatan KPM telah membuka pendaftaran kemasukan ke pra sekolah untuk anak-anak anda.

Jabatan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke pra sekolah secara online dan manual bagi anak-anak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017.

TARIKH PERMOHONAN ONLINE DAN MANUAL
Permohonan secara online: 1 Mac 2019 hingga 30 April 2020
Permohonan secara Manual: 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2020

Syarat-syarat permohonan ialah
1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon

Hanya satu pilihan sekolah sahaja yang dibenarkan.

Tutorial daftar online sebagai pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia
cara-daftar-pengguna-kpm
-Sila pastikan maklumat yang didaftarkan ialah maklumat ibubapa atau penjaga.
-pastikan nama yang didaftarkan ialah nama penuh dan no mykad yang betul bagi mengelakkan masalah ketika pendaftaran

Berikut merupakan proses daftar secara online:
1. Layari laman sesawang e-prasekolah di https://eprasekolah.moe.gov.my
2. Daftar pengguna
3. Log masuk
4. Klik borang permohonan prasekolah
5. Lengkapkan maklumat
6. Pilih sekolah yang dipohon
7. Pengesahan permohonan oleh ibubapa atau penjaga
8. Hantar permohonan dalam talian selewat-lewatnya pada 30 April 2020
9. Cetak permohonan
10. Hantar cetakan borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2020

Selepas selesai lengkapkan borang permohonan dan tekan butang hantar, jangan lupa untuk kembali menyemak permohonan anda. Status akan terpapar sekiranya terdapat masalah dalam permohonan.

Nota:
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada:
▪️Menunggu Pengesahan- Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen sedang disemak
▪️Tidak Lengkap- permohonan atau dokumen tidak lengkap. Sila rujuk email dan kemaskini maklumat yang berkenaan / hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut
▪️Disahkan- Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan
▪️Berjaya- permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran
▪️Tidak berjaya- Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan

KEMASKINI PERMOHONAN 
▪️Kemaskini permohonan boleh dibuat untuk permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah)
▪️Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibubapa atau penjaga selewat-lewatnya 30 Mei 2020. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
▪️Ibubapa atau penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem
▪️Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja
▪️Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibubapa atau penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini

Berikut merupakan proses permohonan secara manual:
1. Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon
2. Lengkapkan borang permohonan
3. Sediakan dokumen yang diperlukan
4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020
5. Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021
-keputusan secara online boleh semak di https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2020 (tertakluk pada pindaan)
-bagi permohonan secara manual, semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2020 (tertakluk pada pindaan)

PERMOHONAN TIDAK BERJAYA, RAYUAN PERMOHONAN
Permohonan rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2020 (tertakluk pada pindaan)

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibubapa atau penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my  menggunakan ID dan kata laluan yang sama.
rayuan-kemasukan-prasekolah
Rayuan dalam talian

Bagi ibubapa atau penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan di sekolah yang dipohon pada permohonan awal atau pejabat pendidikan Daerah (PPD) atau pejabat pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD atau PPW.

Keputusan rayuan secara online, boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2020 (tertakluk pada pindaan)

Bagi rayuan secara manual, keputusan boleh disemak ditempat rayuan dihantar. Ibubapa atau penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

surat-tawaran-kemasukan-prasekolah
Contoh surat tawaran kemasukan ke kelas pra sekolah


14 comments:

  1. Sekarang ni semua di hujung hari. Daftar dalam talian.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing kak.. ;) ;)

    ReplyDelete
  3. Thank you Mell. Saya belum lagi isi borang utk anak kedua saya.

    ReplyDelete
  4. ibu bapa kena alert kan, hi mell kak AJ follow sini #26

    ReplyDelete
  5. Parents kena alert kalau tidak terlepas pengambilan leceh kena merayu..
    Mujur sekarang semua di hujung jari..
    Thank you for sharing Mell..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlepas, byk urusan nak buat tu.... Kan... mujur semua dihujung jari.. tapi kena hantar jugak dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon..

      Delete
  6. Nanti nak daftar untuk anak tahun 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak nak masuk tahun 1 dah... cepat saja diorang membesar kan..

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...