Apa ada di MY Kori Dessert Cafe

Assalamualaikum..

Bila terlalu berkurung dalam rumah, kepala pun jadi tepu. Pening kepala semua menyerang😅... So ini maksudnya, kena relaxkan pikiran dulu... keluar berjalan-jalan dengan family.

Dikepala cuma terfikir nak makan yang boleh segarkan otak... apa yang muncul di fikiran ialah nak makan ice😆... maka saya pun ajak husband makan di My Kori.


My Kori dah dapat sijil hahal.. yayyyy!!!! sebelum ni, diorang sedang berusaha untuk dapat cop halal tu... congrats My Kori Dessert Cafe.. bukan mudah nak dapat sijil halal ni... netizen banyak yang bertanya tentang status halal My Kori sebelum ni, now diorang dah umum. 

Tempat ni agak famous jugak. Kalau bawa anak-anak pegi sini, memang sukalah diorang... kedai ni dihiasi dengan patung-patung unicorn yang comel-comel belaka. Tak keruan anakku si Lily nampak deretan patung tu. 😆

 Kesukaan nampak patung unicorn..

Unicorn corner.. 😄 comel betul patung² unicorn tu

Lea dengan gambar muka separuh... anak yang ni, payah betul nak ambil gambarnya.. 🤦‍♀️

Hiasan tu cantikkkk sangat 😍

Presentation makanan dia sungguh, amat memukau.. kombinasi warna yang amat menyelerakan...

Menu di sini :

Pilihan signature kakigori..

Pilihan Kenko Kakigori dan Boru kakigori

Toast(Roti Jepun) dan Taiyaki(Ikan Jepun)

Dalam banyak-banyak pilihan tu, saya pilih Strawberry Cheesekek Kakigori (mini) dan husband pilih Boru kakigori.

Ini pilihan saya.. Strawberry Cheesekek Kakigori (mini).. Rasa milk ice tu plus dengan strawberry syrup... memang sedap... ada rasa masam-masam strawberry disitu.. okeh sedap... cuma susah nak makan takut ice tumbang😅😅.. dan betul, ia tumbang jugak akhirnya😆😆.
~harga RM14

Ini pilihan husband. Boru Kakigori with yogurt ice cream, Lychee fruits and Charcoal Creme Chantilly.. At the top fill with Granola Oats, Chocolate Chips and Milo Crunch. And last the Matcha Ice cream.
~yougurt ice cream tu sedap.. saya suka.. hahaha.. saya memang peminat yougurt ice cream sebab ice jenis ini tidak memuakkan. Pilihan husband ni agak sedap tapi kombinasi topping yang kami pilih tu tak berapa umphhh.. 😅.. so tak sedap jadinya😆.. Granola oats kan makanan sihat.. so rasa tu memang rasa sihat la🤣. Saya adalah peminat ice cream matcha.. tapi untuk yang ini... agak pahit (dah namanya matcha takkan la manis pula kan?? Adoii la kau ni Mell😅😅)..
~kalau letak ice cream kelapa atau vanilla.. maybe akan tambah umphhhh
~harga RM14

RM14 untuk besar gini... bagi saya ia sangat berbaloi dengan harga...

Bagi 2 orang minion ni makan dulu😄.. diorang pun dah jadi tepu terkurung dirumah.. yang si kecik sorang tu.. tengok saja la ya Nak... belum sampai masa lagi untuk makan.. hihihi

And the 3rd dessert yang kami pilih ialah..
Red Melon Kakigori..

Taraa... cantik sungguh presentationnya 😍

Buah tembikai


Tuang susu atas tembikai 🤤🤤🤤..


Red Melon Kakigori dihidang macam ni.. staff diorang minta maaf sebab sepatutnya ice ni dihidang menggunakan kulit buah tembikai seperti dalam menu... tapi kulit tembikai habis😑... so sebagai tanda minta maaf, diorang bagi ice cream free..😄.. husband pilih ice cream kelapa. Sedap.. saya suka.
~RM26

Bagi saya... milk ice tu rasa plain bila gabung dengan tembikai. Kurang manis... sihat milk ice cream ni😁. So kami letak ice cream free tu atas red melon.. manis dan lemak ice cream kelapa + tembikai + milk ice.. ok sedap

Cafe ni ada jual hot & cold drinks.. tapi saya lebih suka dengan perkhidmatan air free diorang... 😊air panas dan air sejuk... siap sediakan cawan dan mangkuk dengan warna-warna yang sangat wonderful.. kami ambil air sini je...
Ice cream tu kan sejuk yang amat... terseksa jantung makan benda-benda sejuk gila dalam kuantiti banyak🤣🤣.. so ambil air suam dari sini...teguk sikit-sikit... lega sikit jantung tu😆...

My Kori ni ada banyak cawangan. Yang kami pegi ni dekat Taman Sri Nanding, hulu langat.. bersebelahan dengan pizzahut.

Cashier dekat sini peramah sangat, nak bagi banyak bintang dekat diorang😊.... relly enjoy order ice cream. Tak terambil gambar pulak. Cashier perempuan.. Datang sini sebelum ni pun, cashier peramah jugak.. yang itu lelaki.

Pintu masuk My Kori yang comel je sebelah pizza hut.

Sebelum makan ice cream, bersenam dulu.. naik tangga😄. Cafe di tingkat atas.

Waktu operasi cafe:
Isnin - Khamis : 2.00ptg hingga 11.00mlm
Jumaat - Ahad : 1.00ptg hingga 11.00mlm
Cuti Umum: 1.00petang hingga 11.00mlm

Overall, saya bagi 5⭐ untuk presentation.. dan 3.8-4⭐ untuk rasa... dan service 5⭐. 😊

Okeh itu saja perkongsian saya.

Daa..

14 comments:

  1. This is so cute!! Lebih II lagi diorang dengan unicorn. It's sweet.... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks aty... anak² saya ni memang sangat sukakan patung terutama yg kakak😄.. unicorn tu sendiri saja pun dah cute..

      Delete
  2. Adeh bila saya nak pergi Mykori ni? Semua orang dah pergi dan cerita yang positif pasal pencuci mulut ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insallah.. kalau tiada aral melintang, sampai juga NA ke cafe ni nanti..

      Delete
  3. Finally Mykori halal.. Lepas ni boleh pi sana tanpa was-was..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤚.. kan... boleh sudah membawang di my kori lepas ni😆

      Delete
  4. mmg suka layan dessert kt mykori...dh byk kali juga la mkn sini..pernah juga tkdpt kulit tembikai tu tp diorang bagi 10% diskaun..skarang bg aiskrim ek..better dpt diskaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... ikut tempat kot mama tisya... yg kitaorg pegi ni dia bagi eskrim free... kalau tau bole dpt 10% diskaun... baik ambil yang tu😆.

      Delete
  5. ntah bila mau makan di mykori ni pun tak tau. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rancang nak gi makan, mmg selalu tak jadi Nur.. kena unplanned baru jadi😄.

      Delete
  6. tak pernah pergi lagi mykori ni walaupun dah baca banyak review best. bila lah agaknye boleh sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah... tiba² sampai. Biasanya mcm tu😄

      Delete
  7. 6/2 lepas birthday anak buah...
    bila dia kata nak pegi mykori..
    saya : what???? (tak pernah dengar pon tempat ni)

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...