Kali ni saya nak share satu tempat makan yang paling awesome di One Selayang... Makanan dia memang umphh... dulu restoran ni kecik saja, tapi bila viral dan yang pastinya viral sebab makanannya sedap dan murah... maka diorang sewa ruangan yang lebih luas, dan selesa untuk para pelanggannya..
Tempat ni akan sentiasa penuh dibulan Ramadhan. Jadi kena tempah awal atau datang awal kalau nak makan ya... kami haritu tak tempah, so terpaksa tunggu meja kosong dulu baru dapat makan (sambil-sambil tunggu meja kosong, makan la roti dulu untuk alas perut😅).. Dan part yang paling best ialah, walau dah datang after orang selesai buka puasa, service diorang masih tip top, dan makanan sampai agak cepat jugak.. Ada certain restoran (tak perlulah saya sebutkan yang mana), bila 1st batch after buka puasa tu selesai, layanan untuk pelanggan yang seterusnya.... sangat BAD.. meja tak dikemas, makanan lambat sampai... tapi charge 10% service.. what the heck?? so it will be the first and last i eat at your restaurant. Opss terluah pula😆😆
Untuk hari-hari biasa, tak perlu tempah meja... akan ada kosong. Sebab meja dorang sediakan banyak.
Menu talam dorang, bagi saya amat puas hati.. memang besar talamnya. Saya dah cuba banyak tempat, semua tak setanding dengan besar talam dekat sini🤣. Kadang-kadang kalau pergi berdua saja dengan husband, macam dah tak dapat habiskan pulak.. so jika kamu rancang nak pegi sini, kosongkan perut sekosong-kosongnya untuk sumbat banyak-banyak makanan The Rack Boutique🤣.
Okeh ini makanan talam dorang... ni Rm35 and yess its big enough. Ada banyak lagi jenis talam.. tapi yang ni paling popular... rasa dia... bagi saya okeh.. sedap.. dan most important thing is, portionnya banyak. Kalau jenis tak makan banyak, macam perut girls², sumandak², ambik ni cukup utk 4 orang. Tapi kalau jenis lahap😅.. 2 orang ok.
Gambar atas ni pulak khas kepada seafood lover.. saya tak pernah rasa lagi yang ni.
Talam ramen.. ni pun menu baru jugak.. tak pernah rasa lagi ni.
Restoran ni kerap juga keluarkan menu baharu, dan ada antara menu tu takkan ada didalam menu yang diorang bagi di restoran. Ada dalam facebook je... so kalau nak cuba menu baru tu... kena tunjuk gambar dalam facebook tu tau... hahaha... ni link facebook The Rack Boutique. Boleh layan gambar menu diorang.. banyak jenis... nak explain susah😆.
Dessert dorang pun agak banyak jugak la... tapi semua saya tak pernah order lagi😆.. korang layan gambar je la ya. Ni gambar bingsu...
Diorang juga ada buat shell out. Bagi saya, saya berpuas hati dengan shell out diorang ni.. ni untuk 2 orang makan.. banyak juga ni kuantitinya...
Rasa ok, sedap dan berpatutan dengan harga. Harga dah tak ingat.. rasanya dalam rm20+. Ada udang, ketam, lala,kerang hitam... shell out yang atas ni set sekali 2 nasi dan 2 air... oklah..
Apa yang best dengan shell out disini..?? kamu² semua takkan termakan pasir😅😅.. Dah beberapa kali saya makan shell out di restoran-restoran lain... terbuka lala yang isinya pasir😱😰.. adussss... potong selera betullah..
Gambar bawah ni antara makanan kegemaran husband.. for me sedap but its too sweet.. and im not a chocolate lover😏. Kalau korang order ni, kena makan waktu panas² tau... sebab waktu panas tulah rasa dia... umphhhh... cedap... cuma spoil dia adalah... biskut tu sikit sangat.
So secara keseluruhannya, makanan sini saya bagi rate 3.9-4⭐, service saya kasi 4.5⭐.
Harga???
Harga amat berpatutan dan bagi saya ia murah.
Lokasi??
Bagi saya lokasi restoran ni dengan tempat tinggal kami, amatlah jauh😆.. kami tinggal dekat kajang, tapi demimu makanan... kami sanggup datang Selayang😄.
Korang boleh google maps ini. Pasti jumpa punya.
Parking??
Parking lot kedai... kadang-kadang susah jugak nak dapat parking berdekatan dengan restoran... kena tawaf berkali-kali, kalau rezeki dapatlah yang betul-betul depan kedai. Kalau takda rezeki, kena menapak la jugak.
Restoran tutup??
Setiap hari Isnin, restoran ni tutup.. so jangan datang hari isnin ya..
Masa operasi??
Restoran ni buka dari jam 12.30pm hingga 10.30pm
Okeh... sekian saja perkongsian saya.
Daa..
Murah shell out RM20 tu. Tak boleh datang seorang kalau makan di sini.
ReplyDeleteTerperinci betul maklumat.
P.S: Maafkan saya terdapat kesilapan taip pada komen sebelumnya.
Kalau datang sini, kena bawa kawan yang kuat makan😄... kalau tak bawa makan tak habis.
Delete~komen yg mana satu ya NA?
Wah sedap-sedap menu dia...nanti kalau Marsha ke KL boleh la JJCM sini. Marsha pun dah follow Mell...:)
ReplyDeleteKalau craving western dan nak makan dalam yang kuantiti banyak... sini tempatnya😄..
Delete~tq Marsha.. sudi follow blog saya yang tak seberapa ni.. 😊
ya Alllah hidangan diaaaa bikin menjejes ailiooo..
ReplyDeleteni kena pergi ramai ramai sket ni baru best share macam2 menu
Kan.. makan ramai² paling best... riuh bahagia tu yang buat makanan semakin sedap...😊
DeleteTalam seafood dengan ramen tu nampak sedap. Tapu tulah jauh sangat ni dengan rumah. Tak sanggupp. Kalau kebetulan dekat area sana boleh la try.
ReplyDeleteYup.. talam seafood tu nmpk menggoda kan? 😄Klo Nurul outstation dekat area selayang... boleh singgah mkn sini...
Delete