MAKANAN YANG WAJIB DIRASA DI SUGARBUN

Assalamualaikum


Pernahkah kamu dengar perkataan Sugarbun?

Mungkin ada yang kenal Sugarbun, mungkin ada juga yang tak pernah dengar Sugarbun.

Walaupun saya amat sinonim dengan nama Sugarbun ni, tapi sebenarnya... ini pertama kali saya merasa makanannya. Ini pun hasil dari usaha en. Husband yang beria-ia nak saya makan disini... sedap.. katanya.. tak rugi makan... 😆 (husband adalah penggemar Sugarbun sewaktu cawangan sugarbun banyak dibuka diSabah.)

Disebabkan kami tinggal di Selangor, nak makan Sugarbun kena ke Menara Hap Seng. Menara ni berhampiran dengan Bukit Bintang dan Menara Kuala Lumpur..

Alamat: Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50250 Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dan selepas merasa sendiri signature dish sugarbun iaitu burger ikan... walaweh... sedap bhaiii...💃💃... dan air signature sugarbun ialah 3 layer tea... wohooo!!! Sedap... 1 cup tak cukup, macam nak tambah lagi satu... tapi... sila beringat untuk kesihatan....makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan... hahaha

Ni burger ikan... nampak simple saja kan?? But yummy.. 🤤🤤

Ini air 3 layer tea... memang agak manis but slurppp.... delicious 😊

 ~dua menu diatas adalah signature sugarbun... kalau datang sini, wajib cuba

Selain dari burger, ada banyak lagi menu Sugarbun dari jenis berkuah ke nasi. Antaranya ialah laksa sarawak, Nasi ikan talapia, Nasi Ayam, pizza dan banyak lagi menu..
Borneo Eco Fish Meal... ini yang saya order sebab saya penggemar ikan

2 pcs Broasted Chicken Meal... ini husband order

 Antara menu yang saya sempat snap

Pizza pun ada.. kami tak pernah rasa lagi pizza disini... siapa-siapa yang pernah cuba, bolehlah komen dibawah

saya tak teliti sangat menu bahagian rasa sarawak haritu... sekiranya kamu nak merasa makanan sarawak. Inilah tempat sesuai. Banyak ulasan mengatakan laksa sarawak dekat sini sedap..

Sugarbun ni buka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 8.00malam. Cuma hari Sabtu dan Ahad, kedainya akan tutup lebih awal iaitu jam 3.00petang.

Okeh, Sekian saja share dari saya.

Daa..



14 comments:

  1. pernah dengat tapi tak penah try lg.. kb xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt semananjung, ada di KL, p.j Slgr ngan Johor.. kalau dah ada cwgn dkt KB, cuba signature tu.. recomanded sangat.😊

      Delete
  2. That burger ikan looks yummy. Aty lapar, now. Hehe, hope can be there one day. Thanks for sharing this!! ❤️

    ReplyDelete
  3. Hehe, if you don't mind, let's join this segment together!!

    http://twinklelittleizzatistar.blogspot.com/2020/02/beeha-mencari-bloglist-baru.html?m=1

    <3

    ReplyDelete
  4. Menarik menunya.. Ada rezeki boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu dorang unik... dorang tak tumpukan burger semata².

      Delete
  5. Replies
    1. Kan... ikan tu unik... sugarbun mmg nak beri kesedaran kepada kebaikan makan ikan tu.

      Delete
  6. Nampak sedap semua menu yang ada di Sugar Bun ni. Meleleh pulaj air liur tengok.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh test cuba try😄.. yg burger ikan tu sedap 👍..

      Delete
  7. Pernah makan masa tinggal di Labuan tapi lama dah. Menu dah lain sekarang eh. BTW dah follow blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. banyak dah penambahan.. kalau dulu banyak set burger kan.. 😄

      Delete
    2. Thanks Na.. sudi follow blog saya yang tak seberapa ni.

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...