1 Minit Cup Cake Valentine Day, Mudah, pantas

14 February...

Assalamualaikum...

Perasan tak hari ni 14hb?? Valentine day la weyy... 😆😆.. saya buat apa waktu² valentine day ni???

~banyak yg saya buat, masak utk anak², mandikan diorang, layan c kecik, cuci baju, lipat baju DLL🤣🤣... begitulah lebih kurang aktivitinya... padat kan aktiviti valentine day saya?? Hahaha

Okeh ini salah satu aktiviti saya... korang pun boleh buat... senang sangat... boleh kasi dekat ibubapa untuk minum petang ke?? Saji dekat kawan² yang datang bertandang dirumah ke... bagi dekat boipren ke(ehh..)

Cup cake 1 Minit.. tanpa oven..

Bolehlah kan, buat cup cake.. nak buat kek 1kg.. bahan² dia boleh tahan jugak😅... buat ni simple saja... bahan² common yang ada di dapur... kalau nak buat cup cake ni, tak semestinya kena ikut satu² seperti tunjuk ajar sifu ya... boleh saja ganti dengan apa yang kamu ada... yang penting hampir sama..
cth: jus lemon... boleh saja gantikan dengan benda masam lain... macam buah mandarin, buah limau kapas, limau kasturi, cuka ka(guna 2 drop saja)..... boleh saja gantikan.. jalan je

Ini bahan² nya:
❤ 1 Tbsp minyak masak / butter
❤ 2 Tbsp susu cair
❤ 1 Tbsp susu pekat
❤ 1 Tbsp serbuk koko
❤ 4 Tbsp tepung gandum
❤ 1 ½ Tbsp gula aising
❤ 2 cubit baking powder
❤ 1 cubit baking soda
❤ 1 tsp jus lemon
❤ ½ tsp perasa vanilla
❤ cawan

Cara-caranya:

Kalau kamu malas nak scroll kebawah, boleh layan video atas ni... kalau rajin... boleh teruskan mengscroll ya..


1. Masukkan 4 Tbsp tepung jagung kedalam cawan

2. Masukkan 1 ½ Tbsp gula aising kedalam cawan. Tiada gula aising?? Gantikan dengan serbuk gula... serbuk gula pun tiada🤦‍♀️... okeh pegi main jauh² 😆

3. Masukkan 1 Tbsp serbuk koko kedalam cawan... kalau tiada serbuk koko... just skip je step yang ini... so cup cake korang akan jadi cup cake vanilla...

4. Masukkan ½ tsp perasa vanilla kedalam cawan

5. Masukkan 1 tsp jus lemon kedalam cawan. Jika tiada jus lemom, buat seperti yang saya dah terangkan dekat atas ya..

6. Masukkan 2 cubit baking powder kedalam cawan... korang boleh skip yang ini jika tiada bahan ni... cuma cup cake korang tak gebulah

7. Masukkan 1 cubit baking soda kedalam cawan. Ini pun sama... boleh skip kalau tiada bahan... tapi cup cake tak lembut dan tak umphh... tapi tetap boleh makan... dunt worry😄

8. Masukkan 1 Tbsp minyak masak kedalam cawan

9. Masukkan 1 Tbsp susu pekat kedalam cawan. 

10. Masukkan 2 Tbsp susu cair kedalam cawan. Kalau tiada susu cair... boleh guna susu tepung anak😅... cairkan susu tu dah jadi susu cair kan?

11. Kacau hingga sebati

Kacau hingga nampak macam ni ya.. pastikan tiada ketulan² 

12. Ini pilihan... kalau suka boleh letak rainbow chocolate rice atau apa sahaja yang sesuai atas cup cake

Masukkan dalam oven.. set masa 1 minit.. kekuatan api ~ medium

Taraaa... beginilah kejadiannya

Makan macam tu saja pun sedap... nak letak ais krim vanilla di atas pun boleh... rasa lebih umphhh


Hehehe... okeh itu sajalah perkongsiannya... Cup cake Valentine untuk 2 orang minion di rumah😄..

Semoga bermanfaat..

Daa..

10 comments:

  1. Hi sis..cane nk follow sini,dri semlm duk cari button tk jumpa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cuya.. ohh kilk butang 3 garisan di atas kanan tu... sana ada button friends..hihi tersembunyi sikit butang friends

      Delete
  2. Pakai cawan je. Jadi boleh buat sedikit.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kan mama... senang je.. tak sampai bebrrapa minit dah siap..

      Delete
  4. eeyhhhh seminit jee da siap kek !! ahaha.. xyah susah2 kan.
    senang plak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... hahaha. Senang sangat,1 minit je siap masak dah...

      Delete
  5. Nurul pernah buat ni. Memang senang gaul je semua dalam mug. Boleh la buat lepas craving nak kek tiba-tiba time malam. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x.. takyah dah tunggu esok nak pi kedai kek... buat sendiri saja, 1 minit siap.

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...