Assalamualaikuam
Cerita ni sebenarnya dah lama, tapi nak jugak la catat dekat blog.. untuk rujukan sendiri dan orang lain.. walaupun dah lama tapi saya masih lagi dalam temujanji rawatan telinga kesayangan ni.
Sakit ni bermula dari rasa tidak selesa di telinga.. Telinga rasa tersumbat dan berdengung. Waktu tu saya sedang mengandungkan anak kedua. Dah berjumpa doktor KKIA, doktor bagi jawapan.. "disebabkan selesma.." Tapi rasa tak selesa tu berpanjangan sampai berbulan-bulan.. tak selesa sangat. Sebab tu saya pun memandai-mandai buat petua orang lama-lama... Tutup hidung sambil hembus nafas... Waktu ni la rasa seperti ada angin keluar dari telinga... Tak sakit pun waktu tu...
Beberapa minggu kemudian, saya dengar benda berdesing kuat gila... pernah kamu dengar bunyi ekzos kereta yang diubahsuai tu..? Kuat kan bila diorang hidupkan enjin kereta... macam tulah bunyi bising yang saya dengar. Ingatkan ada kereta tu park diluar, tapi bila jenguk dekat beranda... tiada siapa-siapa pun....dan bila saya teliti betul-betul bunyi tu, saya perasan, bunyi tu lebih kuat di telinga kanan.. saya tutup telinga kanan, telinga kiri OK saja.. tiada bunyi desing kuat tu.. Dari sinilah saya tau... telinga saya ni ada masalah... Bunyi tu akan datang dan pergi... Tapi sebab tak rasa sakit, so saya pun biarkan saja...
Tak lama lepas tu, tiba-tiba saya rasa sakit dekat telinga yang berdesing tu... sakit dia aduhai... sakit laa... sangat sakit . Tapi tak nak jumpa doktor, masih sanggup menahan sakit dirumah... buat macam biasa... tapi dah mula mengadu dekat husband. Bila husband tanya nak gi hospital ke?? Dengan bangganya saya jawab.. tak mau la๐คฆ♀️..
Sakit tu makin lama makin teruk... berminggu jugak saya tahan... akhirnya mengalah dan serah diri... datang ke klinik kerajaan berhampiran.
Di klinik, saya pun ceritalah pada doktor yang telinga sakit dan kadang-kadang dengar bunyi kuat di telinga kanan. So doktor pun teropong telinga kiri dan kanan... selepas check... doktor cakap, gegendang telinga awak pecah... ๐ฑ๐ฑ๐ฐ... apakah melapetaka ini!!!!... Ya Allah... mungkinkah saya akan tuli??? Terus rasa kepala tersekat.. tak boleh nak berfikir๐
... Dan maybe sebab nampak muka tak keruan saya tu... doktor pun cakap... "jangan bimbang, pecah gegendang telinga tak semestinya awak tak boleh dengar @ tuli.. Jangan pergi mandi kolam, jangan menyelam, pakai penutup telinga waktu mandi exp jika nak cuci kepala.. pastikan telinga kanan sentiasa kering... jangan guna sebarang bentuk ubat titis telinga..." itu sahaja yang doktor cakap... ubat apa pun tak dapat. Tiada penerangan pun kenapa kena pastikan telinga sentiasa kering. So kita ni sebagai patient, dahlah tengah menahan sakit telinga tapi tak dapat apa-apa ubat... doktor bagitau, gegendang telinga pecah tapi tak dapat apa-apa surat rujukan ke hospital...?? hmmm.... rasa seperti bazir masa saja ke klinik... penat tunggu lama, last-last itu saja jawapan yang doktor bagi. (~Grrrrrr kalaulah doktor ni bagi penerangan yang baik atau terus bagi rujukan ke pakar telinga, rasanya masalah saya ni dah lama selesai.. ๐)
So saya pun teruskan kehidupan seperti biasa ๐... bunyi berdesing tetap ada dan sakit telinga tu kadang-kadang menyerang. Lama saya bertahan taknak jumpa doktor sebab malas dengar jawapan dorang yang buat menambahkan sakit... dahlah sakit telinga, dengar jawapan diorang, hati pulak sakit๐
Saya tahan sakit tu, dari mengandungkan anak kedua (2017), lahirkan dan sampailah saya mengandung anak ketiga pula(2019).. Lama gila kan... Tapi setiap kali mengandung, saya memang tak tahan dengan sakit-sakit begini.. Sebab tu, saya gagahkan diri juga pergi klinik yang sama kerana klinik ni yang paling hampir dengan rumah. Bila sampai giliran, saya pun masuk bilik doktor. Doktor tu tengok saya sedang mengandung, pastu dia tanya "check mengandung dekat mana??" ๐
soalan pertama dari doktor... saya check dekat klinik yang sama๐.. cuma yang saya pergi ni untuk pesakit luar bukan klinik ibu dan anak. Baru tu si doktor pun cakap... "sepatutnya, awak kena jumpa doktor KKIA.. Awak sedang mengandung. Doktor awak tau masalah kandungan dan diri awak. Lagipun orang mengandung tak sama ubat dengan yang normal.." ๐๐okeh.. kena bebel doktor dulu. (Saya lebih suka doktor macam ni sebab bagi saya dia buat kerja dengan betul. Saya mengandung pun dia perasan). Saya pun bagi senyuman sajalah dekat doktor kan... nak bagi apa lagi๐. Saya pun jawab "Jadi macam mana ni doktor??"... Doktor ni India, perempuan. Dia pun jawab.. "okeh tak apa... sekarang saya periksa awak dulu... lepas ni kena maklum dekat doktor awak ya"... huhhhh... nasib baik Allah mudahkan... kalaulah doktor tu bagitau tunggu next appoitmen mengandung baru jumpa doktor. Memang ~Grrrrrrrrr lagilah hati ini.
Saya pun cerita masalah telinga ni dan bagitau yang saya pernah datang ke klinik ini jugak untuk dapat rawatan sebelum ni, tapi tiada apa-apa ubat yang saya dapat waktu tu.. Doktor tu hanya bagitau yang gegendang telinga pecah dan bagi saya MC untuk rehat..( ๐jujur tak saya๐๐๐)
Dia pun diam dan ambil teropong telinga untuk periksa telinga.. lepas periksa tu.. doktor tu diam lagi dan pandang muka saya..
Doktor~"dah berapa lama ni??"
Saya~"Tahun lepas dah start sakit"
Doktor~"Waktu jumpa doktor dulu, dia tak buat apa-apa ke?"
Saya~"Tiada... doktor tu hanya bagitau yang gegendang telinga saya pecah, jangan guna semua jenis ubat titis telinga, pastu bagi saya MC untuk rehat dirumah"
Dia diam saja dengar penerangan saya, pastu dia taip sesuatu dikomputer cari info dekat internet... saya memerhati saja apa yang dibuat tu... pastu dia tanya lagi sekali.. apa ubat yang doktor bagi waktu datang kali pertama... dan saya pun ulang ayat diatas buat kali yang ketiga๐๐..
Kemudian, doktor ni bagi penerangan. "Gegendang telinga awak dah pecah... kebanyakan kes, gegendang telinga pecah ni boleh pulih sendiri.. tapi yang awak punya ni dah lama sangat tapi masih tak pulih jugak.. so saya tak boleh bagi apa-apa ubat sekarang sebab takut ubat tu efek dekat telinga dalam.. sebab telinga ni ada dua bahagian, satu telinga luar(sebelum gegendang telinga) dan yang satu lagi telinga dalam(selepas gehendang telinga). Telinga dalam ni sangat bahaya jika kena infection.. infection tu boleh terkena sama ada ketika telinga dalam keadaan basah atau pun waktu sedang selesema.. air hidung tu ada juga kemungkinan untuk naik sampai ke telinga... infection begini sangat bahaya dan ini kalau tak dirawat boleh sebabkan pekak.. ๐ฑ๐ฑ๐ฑ.. saya tak berani nak bagi apa-apa ubat waktu ni, tapi saya akan bagi awak surat rujukan ke pakar ent. Pastikan awak pergi mana-mana hospital besar dan tunjuk surat ni.. kami tak boleh rawat dekat sini sebab ni hanya klinik sahaja.. pergi dalam masa terdekat tau.. kalau boleh lepas ni terus ke hospital."
Begini bentuk teropong telinga
Saya waktu tu... diam tak terkata apa-apa... Aduhhhh... sudahhhh.... pagi petang tak masuk office ni... bising lah kawan-kawan office... nak jumpa pakar pulak mesti banyak appoitmen pulak... aduhhhh kena mohon kebenaran keluar berkali-kali dalam sebulan. Mana appoitmen check kandungan lagi. ๐๐๐ nampak tak... bukannya saya risaukan telinga ni... lebih risau banyak sangat appoitmen, nanti kena bising bos dengan kawan-kawan ๐๐๐คฆ♀️... Tapi saya gagahkan juga ke hospital untuk rawat telinga.... yalah kalau pekak... kawan-kawan dan bos bukan boleh tolong kan? So baik saya sayangkan diri sendiri dulu.. huhuhu.... Utamakanlah kesihatan
Saya pilih hospital Ampang untuk dapatkan rawatan telinga. Daftar dekat bahagian sakit mata, telinga dan hidung... lepas tu dapat tarikh temujanji untuk jumpa doktor..
Datang temujanji kali pertama di hospital, doktor bagi ubat titis telinga yang ada antibiotik tu... doktor pesan titis 1 titik kedalam telinga setiap malam, pastu dapat lagi appoitmen 2 minggu kemudian untuk tengok perkembangan telinga.. nasihat sama seperti yang saya dapat dekat klinik... pastikan telinga kering. Waktu dirumah, saya pun titislah ubat yang doktor bagi tu di telinga kanan.. Aduhaiiiii sakit dia... memang mengerang kesakitan lah... sekali tu sahajalah saya titis, lepas tu dah taknak titis dah๐. Sakit gila weyyy!!! 2 hari sakit tu tak baik-baik, mood pun tak okay di office sebab telinga dalam tu sakit berdenyut-denyut.
Lepas 2 minggu, datang semula jumpa doktor... saya bagitau yang saya hanya guna sekali saja ubat titis tu... lepas tu saya dah tak titis sebab sakit sangat.. doktor tu pun cakap, Okeh... "woooo diorang memang tau sakit๐
". Doktor sekali lagi periksa telinga kanan... tapi waktu ni tak dapat tengok sebab ada tahi telinga๐.. so tak dapat nak tengok jelas.. doktor minta saya ke bahagian untuk cuci telinga... seram dah rasa waktu ni..takut๐ฐ๐ฐ sempat lagi saya tanya "dok... sakit ke cuci telinga??" Hahaha penakut gila kan...? saya tengok, budak-budak keluar dari bilik tu, semua nangis... fulamak... si tua ni pun jadi takut๐๐. Perasaan memang kecut perut la. Bila sampai giliran, doktor panggil nama... kena gagahkan juga kaki ni melangkah masuk bilik menyeramkan itu๐ซ.
Beginilah lebih kurang prosuder cuci telinga... cuci telinga saya, doktor guna vacuum seperti minit ke 4:01 (note: video agak tak menyenagkan kalau kamu jenis pengeli)
Dalam bilik, doktor tu tanya dulu... apa masalah... saya pun dengan bersungguh-sungguh bagitau gegendang telinga pecah... hahaha takut jugak la kalau diorang masukkan air dalam telinga... tak pasal-pasal meraung kesakitan. Dalam tu ada 2 katil.. saya kena katil bahagian depan... benda sama yang saya tanya.. sakit ke ni doktor??? ๐
๐
.. Doktor tu senyum saja.. "sakit sikit saja ni..." jawapan yang biasa mak-mak bagi dengan anak-anak yang takut kena jarum๐๐.. 2 kali diarah baring, baru saya baring... takutttt.... dah baring, doktor tengok dulu keadaan telinga... pastu dia bagitau nak cuci sikit... doktor spray air dalam telinga, sejuk je rasa... mujur la tak sakit... pastu dia bagitau nak sedut tahi telinga dan tunjuk alat yang akan digunakan... benda tu ada muncung kecik yang menyedut... doktor pesan, "kalau rasa sakit, kena bagitau dan jangan gerak.. kalau gerak, takut lagi sakit, sebab salah sedut." Mula-mula sedut tu... Rasa Sakit! ๐ซ... pastu saya bagitau sakit... dia pun ubah cara... mula-mula sedut dari tengah tu sakit, so dia ubah sedut dari tepi-tepi saja. yang ni dah tak rasa sakit. Sekejap saja terus dia bagi tengok gumpalan tahi telinga๐๐... Wau !! boleh tahan besar jugak... 1st time tengok besar cenggitu ๐๐.. dah siap cuci telinga, saya masuk balik, bilik doktor mula-mula jumpa tadi.. kali ni doktor periksa dah boleh nampak gegendang telinga tu tapi masih tiada perubahan, tak tumbuh lagi gegendang telinga saya ni. So doktor bagi penerangan tentang bedah untuk tampal gegendang. Tapi selepas bersalin baru boleh buat, kalau buat sekarang boleh beri kesan buruk dekat baby dalam kandungan. Maka doktor pun bagi lagi temujanji 3 bulan selepas tarikh due date..
Alhamdulilah, dah selamat bersalin bulan Okt 2019.. Bermula lagi appoitmen gegendang telinga. Kali ni jumpa doktor sekadar untuk dapat appoitmen ujian pendengaran..๐
.. waktu jumpa doktor kali ni, berkali-kali dia tanya, "nak buat pembedahan tak??" ๐
susah betul nak bagi jawapan untuk soalan tu... saya tanya, "macam mana proses bedah tu dan ada kemungkinan ke saya akan hilang pendengaran selepas bedah???" Terdiam sekejap doktor tu, dan dia jawab, "sebab tu kena buat ujian pendengaran dulu.." hahaha.... jawapan yang amat tidak menyenangkan hati. Kemudian doktor terangkan proses bedah tu....siap lukis gambar rajah lagi untuk bagi saya benar-benar faham. Doktor bagitau, kulit kepala(atas telinga) akan diambil untuk tampal gegendang telinga yang pecah tu.. diorang tampal untuk ransang pertumbuhan gegendang tu. Lepas siap tampal, kapas akan diletakkan dalam telinga selama lebih kurang 2 minggu. Selepas 2 minggu, doktor akan keluarkan kapas untuk tengok keadaan telinga. ๐ฐ๐ฑ๐ซ Tampal gegendang ni tujuan dia untuk pastikan telinga bahagian dalam sentiasa kering dan taknak telinga dalam terkena infection. Padat jawapan doktor๐
... buatkan hati saya dup dap dup dap... menahan rasa takut๐ซ
Doktor tak bagi ubat apa-apa pun. Cuma pesan untuk pastikan telinga sentiasa kering. Kemudian dapat lagi tarikh temujanji seterusnya untuk pemeriksaan ujian pendengaran.
To be continue...
Faham perasaan kalau dapat nasihat yang menyakitkan.
ReplyDeleteSaya kes kaki sakit sangat. Cuma bagi ubat tahan sakit. Memang sakit hati betul. Tak rawat.Memang berterusan sakit hingga jumpa pakar. Sama juga tak hilangkan masalah. Malas dah pergi.
Cari vitamin atau essential oil (macam saya tulis pada pos terbaru).
Apapun moga masalah awak selesai. Doakan saya selalu masalah selesai juga.
Kan... dah kita sakit, tambah pulak sakit hati๐ ..
Delete~siannya NA.. sakit spt nyilu dkt tulang ke??? Kalau itu.. NA kena kerap minum susu dan mkn makanan yg banyak kalsium...
~saya doakan, Moga sakit NA cepat sembuh.
Yup tengah banyak minum susu dan ambil vitamin.
DeleteTq Mell. Tak sabar tunggu sambungan cerita Mell. Good luck.
Ya Allah, tabahnya kamu terima hadiah Allah ini. Sedangkan saya pernah masuk semut dalam telinga pun panik sudah, apa lagi kalau dengar benda kuat di telinga selama 2 tahun. Mau nangis baca tau.. Semoga Allah berikan kesembuha yang berterusan.
ReplyDeleteAminnn....
Delete~TQ Elly, doakan saya ya...
InsyaAllah. Amin
Deletetahniah sbb bersalin kak. btw, saya baru lepas operate gegendang telinga saya Januari lepas. kes pecah jugak. dari keci sebenarnya. tapi betul cakap doktor, kalau bahgian dlm telinga, kalau boleh elak selesema kak. sbb saya kalau selesema, berlarutan berhari hari, lama lama telinga akan bernanah/berair.
ReplyDeletepernah dpt ubat titis yang sakit. saya ni dari kecik ulang alik sepital sbb kes telinga ni. bila bgtau doktor ubat tu sakit, dia tukar ubat lain untuk titis telinga. skrg Alhamdullilah saya tgh recover lagi tapi belakang telinga berparut la hahaha.
ada jugak buat blog post psl telinga > http://izz-hazwani.blogspot.com/2020/01/dapat-telinga-baru-lagi.html
jaga telinga elok elok ye kak!
Thanks share pengalaman dgn akk Izz.. Berparut ke?? Alamak takutnya!!!
Delete~memang jaga rapi telinga slps dpt penerangan dktr pakar
~semoga Izz pun cepat sembuh ya๐
Thanks Mell kongsi tentang telinga ni dan sharing. Kalau tak mesti Marsha pun tak alert
ReplyDeleteWelcome Marsha... ๐
Deletefirst time mama baca perihal gegendang telinga ni. tq mell for sharing.. semoga mell sihat 100% ye
ReplyDeleteAminnn... Tq mamapp.. doakan saya ya, harap bila dah tampal, semua kemabli ok.
DeleteAssalam. Macam mana sambungannya kak? Nak tahu juga. Saya punya gegendang baru pecah. Rasa sedih dia tu teramat. Nak pitam pun ada sebab takut pekak sampai ke tua. Haha.
ReplyDelete