Assalamualaikum
Kali ni saya nak berkongsi pengalaman apabila Google Adsense saya dinonaktifkan dan permohonan kali kedua tidak diluluskan. (Permohonan saya kali pertama ialah pada tahun 2011).
Masuk tahun 2020, saya menanamkan azam untuk sentiasa mengupdate blog saya ni. Setelah bertahun-tahun dilupakan dan dibiarkan bersawang tanpa dipeduli๐ .
Saya menanamkan azam untuk berkongsi apa-apa juga ilmu yang saya ada untuk rujukan sendiri dan orang lain. Saya juga bercadang untuk mencuba tambah duit poket melalui google DLL. Disebabkan itu, saya ni yang sebelum ini, tak pernah kisah tentang google adsense, seo, backlink, koding, pinging dan semua yang sewaktu dengannya tu... tiba-tiba berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai semua yang saya sebutkan diatas. ๐๐คฃ
Saya update blog dan mohon google adsense melalui youtube studio (mohon dari youtube sebab saya pun ada account youtube yang juga sudah lama dilupakan๐ ). Tapi dapat respon yang akaun Adsense tidak dapat disambungkan ke blog ini (yg saya guna sekarang ni).. Dan minta saya betulkan dulu masalah ni.. tapi saya tak betulkan, terus je hantar permohonan. Bila dapat feedback macam bawah ni.. barulah mengalir air mata๐
Thank you for you interest in Adsense. After reviewing your application, our specialists have found that it does not meet our program criteria. Therefore, we are unable to accept you into our program... (๐ญ๐ญ๐ญ.. nangis baca)....
Tapi bila baca... If you are able to make changes to meet our program criteria, you may reapply for Adsense in the future. (๐๐ legaaaaa...) ... so maksudnya saya masih boleh terlibat dalam program adsense.. hanya tidak diterima sebab tidak mengikuti klasifikasi yang ditetapkan, bukannya akaun saya dibanned oleh Adsense. Jadi ini hati ada lega๐ .
Waktu mula-mula buat blog tahun 2011 haritu, saya ada mohon google adsense... lepas mohon tu... terus biarkan saja blog bersawang tanpa dipeduli. So saya ingatkan adsense banned akaun saya ni..huhuhu tapi rupa-rupanya... tidak... cuma diorang nak saya perbetulkan dan update blog sesuai dengan terma dan syarat yang telah diperbaharui. So bermulah journey makcik Noob ni dalam mengupdate blog๐. Jadi sini saya kongsikan ilmu selepas berhari-hari menjulingkan mata, belajar dan cuba memahami maksud si pakcik Adsense dan mesej yang dihantar ke akaun blogger.
Untuk lulus Adsense, pertama ialah..
❤Blog anda harus ada posting apa-apa perkongsian. Mesti ada sekurang-kurangnya 25 posting yang berkualiti, dan panjang posting mestilah 1000 keatas patah perkataan. Apa maksud posting berkualiti:
-iaitu posting yang bukan copy and paste dari blog orang lain. Sila buat cerita anda sendiri ya.
-isi posting bukanlah hanya gambar semata-mata
-posting mestilah 1000 dan keatas patah perkataan.
❤Pastikan template yang digunakan mobile friendly. Pilihlah template free atau berbayar yang mobile friendly.. boleh semak di link ini untuk ketahui sama ada template anda mobile friendly atau tidak. Di zaman millennium ni, banyak yang melayari laman sesawang menggunakan telefon mudah alih/ telefon pintar. Peratusan yang menggunakan desktop vs mobile.. sangat besar perbezaanya. Sebab itu google menambah syarat mesti menggunakan template yang mobile friendly.
❤Pastikan korang pamerkan google analystic di dalam blog. Dont worry orang lain tak boleh view analytics tu.. hanya google dan owner sahaja yang boleh view.. korang kena daftar dulu untuk dapat id, dan waktu daftar tu akan dapat koding. Koding itulah yang korang kena copy and paste di java script.. letak la tajuk apa yang bersesuaian.
❤ Id google analystic tu nanti kamu kena letak dalam tetapan blog ya.. buka pada tetapan, masuk ke lain-lain (1) dan masukkan id korang dalam box tu (2). Lepas tu klik simpan (di penjuru atas kanan).
❤selepas tu, benda yang perlu korang buat adalah, maklumkan kepada pelawat blog, apa data yang korang kutip. Paling penting kena maklumkan mengenai kutipan data oleh google analystic tu. Macam mana?? Buatlah privacy policy... boleh rujuk sini. Itu adalah makluman saya kepada pelawat apa data yang saya kutip dalam blog ini...
❤Buat juga About me, suka hati koranglah nak huraikan panjang lebar atau simple saja macam saya punya ni.
❤Jika kamu sudah lama menyepi (tak tulis dan publish apa-apa dalam blog) sila berbuat demikian dahulu sebelum mohon adsense kembali. Tunggu trafik masuk dalam blog dulu.. sedikit pun tak apa yang penting ada. Dah ada trafik, barulah mohon ya... tak perlu tergesa-gesa.. takkan lari gunung dikejar๐
Okeh itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan. Permohonan kali ketiga, dua hari kemudian terus dapat kelulusan.. gembira tak terkata.. hehe bila dah lulus, korang akan dapat email macam bawah ni..
Yahoo!! ๐๐๐
Daa..
alhamdulillah permohonan sudah diluluskan. Semoga kekal bersemangat untuk berblogging dan sharing ya
ReplyDeleteTq amar.. semangat zaman millennium
DeleteSaya pernah mohon tapi lama gila pada 2010. NASA tu ditolak sebab google nak penulisan dalam BI.
ReplyDeleteSaya pernah ada google analytics tapi buang.
2010.. wah dah lama Na berblogger.. saya baru mula menjinakkan diri dlm dunia blogger ni๐ .
Delete~cubalah mohon sekali lagi, sekarang dah tiada syarat artikel mesti dalam BI. Jom berblog sambil² kumpul hasil.
Kena ikut syarat. Insya Allah one day. Thanks for tip. Sekarang saya tulis tak cukup 1000 patah perkataan. Doakan saya ada idea tulis panjang-panjang. Hehe.
DeleteGood luck NA.. saya pun budak baru belajar... jom kongsi² ilmu.
DeleteThank you Mell. buatlah lagi tips macam ini.
ReplyDeleteThank you jugak Elly... sebab sudi baca.. nanti kalau ada modal... boleh lagi la saya kongsi hehehe... nda expert lagi
Deletewah..tahniah..bagus sbb berjaya buat sendiri sampai lulus adsense..k.fiezz minta tolong orang lain yg expert pasal adsense ni...
ReplyDeletehehe... berjaya juga buat sendiri k. fiezz.. tapi itulah, perlu banyak kesabaran.. huhu
Delete