Assalamualaikum...
Actually, cerita ni bulan Januari punya.. tapi bulan Februari baru berkesempatan nak buat review.
Pembukaan tahun baru 2020. Kami sekeluarga kecil ke Terengganu hantar adik ipar praktikal dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah... sambil-sambil tu ambil kesempatan bercuti-cuti.
Saya tak rajin lagi nak bercerita tentang perjalanan cuti-cuti kami tu🤣... just nak review satu tempat breakfast yang viral...
Nama kedai tu Kopitiam Kita di Kota Bharu, Kelantan.
Nampak tak gambar tu... hehehe ada jumpa owner tu di kedai👍👍... siap layan customer... Wau! patutlah kedai dia makin berkembang dan tetap berkualiti... bos rajin turun padang dan pantau..
Waktu datang sini, kedai penuh dengan pelanggan... semua bangsa ada tau.. Cina, Melayu, India, Bumiputera Sabah(itu kami😄)... hebat👍
Kedai diorang ni luas, so masalah tiada meja kosong tu kurang, cuma parking agak payah😅... mujur waktu sampai haritu, ada kereta nak keluar parking. Rezeki dapat parking berdekatan dengan kedai.
Sini makanan utama ialah Roti Titab.. Jadi datang sini kenalah makan Roti Titab kan😄..
Ini menu Roti Titab... ada banyak jenis keh.. jangan pening-pening, pilih saja mana yang berkenan di hati.
Ini pilihan hati kami😄...
~Roti Titab Kahwin Special. Roti ni dihidang 2 keping, bahagian atas ialah roti pandan dengan 2 biji telur separuh masak dipecah atas roti dan 4 penjuru kaya pandan... yang bahagian bawah ialah roti titab yang dicelup telur dan digoreng, dan diletak kaya pandan atas roti tu. Begitu la lebih kurang cara hidangan dia. Rasa..? Sedap.
Roti Titab Special
~Roti dicelup telur dan digoreng, dihidang dengan sebiji telur separuh masak dipecahkan atas roti tu... dengan kaya pandan diletak di pinggan. Rasa?? Sedap😆
Roti Titab Pandan Scramble
~Roti pandan dengan scrambel egg, 4 penjuru diletak kaya pandan. Rasa?? Sedap
Ada satu lagi Roti Titab tapi tak nampak sangat🤣🤣.. Roti Titab Telur Mata.. yang dalam bulatan merah tu...
~Roti Titab dengan sebiji telur mata, 4 penjuru diletak kaya pandan. Rasa?? Sedap.
Selain Roti Titab, kami ada beli makanan lain jugak.... kuih dan Durian Crepe...
Kuih dan Durian Crepe tu, kami ambil dekat sini. Ada banyak lagi makanan lain.. rasanya ini makanan dari luar, tumpang jual dekat sini.. sangat banyak pilihan. Macam-macam ada.
Ini adalah order kami yang paling last😅.. sebenarnya ada kisah disebalik teh ni... {nak minum teh tarik madu yang viral tu tapi tak kesampaian 😭 (restoran dah tutup kedai waktu kami kesana)}.. so minum teh special kedai kopitiam pun jadilah kan..
Kedai ni buka dari jam 6.00pagi hingga jam 2.00petang. Amat sesuai untuk breakfast.
So secara keseluruhannya... bagi saya Roti Titab sedap. Akan repeat lagi datang sini kalau panjang umur dan murah rezeki.
Untuk makanan sampingan dari luar tu.. kami ambil tart, kuih penyaram dan takoyaki.. rasanya agak mmm... nak terus terang tak sampai hati... 😔. Durian crepe tu ok, sedap.. anak saya c lily suka sangat.
Keseluruhan untuk makanan Kopitiam Kita, Saya bagi 3.6-4⭐...
Lokasi kedai boleh klik sini.. google maps saja.. pasti sampai
Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
Owner Kedai Kopitiam ni, dah daftarkan Sajian Roti Titab ni dengan Perbanan Harta Intelek tau. Ada hak cipta... Jadi anda hanya akan jumpa Roti Titab ni di kedai Kopitiam Kita sahaja...bila dah jadi harta intelek maksudnya ia tak boleh ditiru oleh siapa², owner kedai boleh failkan saman kepada sesiapa saja yang membuat dan menjual Roti Titab tanpa kebenaran dari owner...
Ni gambar sijil daftar harta intelek diorang.. Ada dipamer di dinding kedai. Satu langkah bijak oleh pemilik Roti Titab👍😊.
Okeh itu saja perkongsiannya.. harap bermanfaat.
Daa..
Uish daftar harta intelek.
ReplyDeleteHoho ada rezeki boleh cuba.
Kalau sampai KB kena gi rasa.. 😄.
Delete~😊... harta intelek. Bukan kaleng².
kedai ni popular betul di kelantan. walaupun kawen dengan orang kelantan, tapi tak penah sampai. hahaha. husband malas betul nak drive pegi kota bharu sebab selalu balik time raya and jalan jam.
ReplyDeleteKalau time raya, bukan jalan je jam... rasanya kedai ni pun jem jugak😅😅...
Deletemmg femes la kopitiam kita ni kalao org luar dtg...kita sdiri kg klate pn tk pernh lg singgah sini ..sbb blk pn time raya je..mn nk pegi bfast luar kan
ReplyDeleteKan.. sekali sekala kami sampai negeri orang.. kena terjah tempat² viral ni😆.
Deletesaya suka roti bakar.. planta n sekaya..
ReplyDeletetapi saya xleh telan telur sparuh masak.. tapi saya tahuu ramai suka hehe..
goyang goyang.. hehe..
Telur separuh masak + kicap + lada putih... sedap siti😄...
Deletetengok gambar2 makanan time nak lunch ni, perut dah start bunyi2..eh, perut ni sabarrrr..jap gi lunch tau..hehe...
ReplyDeletehaha... kalau tengah lapar.. tak boleh tgk gambar makanan... mulailah perut menyanyi-nyanyi
Delete