Ikan bakar terbaik di Port Dickson, Teluk Kemang

Assalaumalaikum...

Kali ni saya kongsikan tempat makan ikan bakar yang awesome di Teluk kemang, Port Dickson. Setiap kali kami bercuti di Port Dickson, dan teringin makan ikan bakar... memang akan datang sini.

Ini restorannya...

Google maps saja disini, pasti sampai punya.

Tapi, syaratnya adalah... pastikan korang datang awal.. sebab tempat ni merupakan tumpuan yang popular๐Ÿ˜„. Meja akan penuh kalau kamu sampai sini dalam jam 8.00pm... (waktu cuti sekolah ataupun waktu puasa..) Jadi bergeraklah awal dari hotel atau rumah anda... dalam jam 6-7 macam tu.. jam 7pm pun kira dah hampir penuh gerai, lebih-lebih lagi kalau waktu puasa. Kalau datang lewat, takut makanan yang diorder, sampai lambat.

Untuk harga makanan, bagi pendapat saya berbaloi dengan rasa. Pelanggan boleh pilih sendiri ikan, udang, sotong DLL yang teringin nak makan tu... kemudian, selepas pilih tu baru bagitau dekat pekerja tu... nak masak apa.. ikan 3 rasa ke... sotong celup tepung ke... ikan bakar ke... cenggitulah lebih kurang caranya (haha... sama je proses dia dengan restoran-restoran lain ๐Ÿ˜†)...

Okeh pertama kali makan disini (tak ingat tarikh bila)... kami pilih ikan bakar... tapi tak sempat ambil gambar waktu tu.. hehe... sebab makan pertama kali tu sedap, so kami repeat lagi makan sini waktu bercuti di Port Dickson.

Kali kedua datang sini... kami pilih of course yang paling utama ikan.. hehe.. kemudian sotong, telur dadar, lala dan sayur.. (untuk kami laki bini makan sahaja)


Ikan siakap 900g -masak 3 rasa (sedap๐Ÿ‘)
Lala 100g -masak halia (yummy delicious)
Sayur campur
Sotong 1 ekor -goreng tepung
Telur dadar
3 nasi
2 sirap ais, 1 limau ais
Keropok lekor yang goreng akn kembang (tak tau apa nama dia ni๐Ÿ˜…)

Semua tu harga rm120... harga quite expensive tapi makanan memang sedap..

Kalau korang nak dapat makanan sedap tu.... kena datang awal ya... ๐Ÿ˜.

Waktu bercuti-cuti disini... kami menginap di Eagle Ranch Resort Port Dickson. Resort ni berkonsepkan koboi..hehe

Resort ni ada banyak aktiviti.. so kalau kamu nak bercuti-cuti sambil buat aktiviti dengan anak... tempat ni memang amat sesuai. Atau jika merancang untuk buat team building, resort ni amat sesuai... resort ni ada sediakan tapak untuk berkemah. Antara aktiviti yang ada:

- menunggang kuda
- memanah
- paint ball
- go kard
- flying fox
- rope curse
- abseling
- valley ball
- basket ball
- futsal
- water polo
-dan banyak lagi๐Ÿ˜„..

Aktiviti kami sewaktu menginap disini ialah menunggang kuda dan benda wajib iaitu madi kolam๐Ÿ˜†... aktiviti-aktiviti lain tu, tak buat... lagipun waktu ni kami bawa lily, yang baru umur 1 tahun. Boleh layan gambar-gambar tak seberapa dibawah.

Inilah Eagle Ranch Resort

 Ini chalet yang kami tidur...

Antara kuda untuk ditunggang.. saya ada keinginan untuk tunggang tapi takottt...

Kuda untuk bawa penumpang keliling resort..

 Swimming pool untuk dewasa

 Jakuzi 


Ini swimming pool untuk budak-budak

Untuk buat aktiviti-aktiviti yang disediakan, kamu mesti tempah dahulu di kaunter bahagian aktiviti.. Dah buat pembayaran, nanti tinggal tunjukkan tiket je dekat pekerja yang bertugas.

Okeh sekian saja perkongsiannya..

Daa..



8 comments:

  1. lapar plak tgk siakap 3 rasa tu....nk2 tgh puasa ni tgk gmbr makanan ..yummy...seronok cuti2 PD tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa mama tisya.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. What a happy family. Love the pics. As a food lover, all those foods make me hungry. Huhu. Have a nice day, sis. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... hehe.. tempat ni mmg recomanded sgt aty... walau banyak juga bad reveiw tp bg saya... its just nice

      Delete
  3. Memang selalu makan awal. Hehe kalau nak makan selalu pergi Muara SG Duyung.
    Terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ๐Ÿ˜Š.
      ~Muara Sg. Duyung tak pernah pegi lagi... thanks bagi maklumat.. nt kalau bercuti di PD lagi, nak cuba makan sana pulak.

      Delete
  4. Pernah beberapa makan di Restoran Sri Mesra Ikan Bakar & Seafood ni, rasa memang sedap dan seafood pun fresh.. LZ selalu makan seafood di Bagan Lalang, best juga di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy.. akhirnya ada geng mkn sini... ๐Ÿ–
      ~Sekali je pernah makan dkt bagan lalang tapi dah lamaaaa... tak ingat dah nama restaurant, yg ingat restorant tu sea view... yang itu ke??

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...