PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP ATAU SPEECH DELAY

Assalamualaikum..

Anak umur 2 tahun tapi masih bercakap bahasa yang tidak difahami.... atau saya selalu panggil bahasa alien ๐Ÿ˜†

Sebagai ibu bapa, rasa down memang ada bila anak belum dapat berkomunikasi dengan betul. Lebih-lebih lagi, bila anak-anak buah belah saya (isteri) semuanya tidak alami masalah anak lambat bercakap. Ada yang belum umur setahun dah boleh membebel macam mak-mak๐Ÿ˜„. Hari-harilah saya ni berfikir, kenapalah anak tak sebut betul lagi ni... wuahhhh๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ... menangis dalam hati.

Anak saya Nurlily Elysha, alami speech delay. Hinggakan ada yang mengata di depan dan belakang, anak saya ni autism.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜”.. 
Ya... Lily sememangnya agak...errr... sangat aktif... tapi saya sebagai mak yang beranakkan dan  menjaga lily sejak dari perut lagi ni, yakin yang lily tak alami masalah autism tu... sebab lily hanya super aktif sahaja๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... dan speech delay. Lain-lain ciri-ciri autism tu, langsung tiada... Lily punya Peel ni, bila jumpa orang baru, memang macam cacing kepanasan๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ... berlari-lari kehulu hilir, terlompat-lompat sana sini... lebih-lebih lagi bila orang baru tu suka melayan perangai c lily... makin tidak keruanlah gaya anakku... sebenarnya... lily nak tunjukkan betapa gembiranya dia hari tu... tapi terlalu over Nak...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Bila di rumah, sebenarnya lily normal sahaja. Dengar cakap, faham arahan, bermain dengan baik, boleh bergaul dengan baik... tapi inilah sahaja masalah lily speech delay dan super aktif bila jumpa dengan orang baru (lily ni jenis tak takut orang... peramah)๐Ÿ˜…

Kenapa??? Why??? Setiap hari ajar lily bercakap tapi... tiada kemajuan pun.. kenapa??? Kenapa??? Dah penat ajar, masih jugak bercakap bahasa alien. Kadang-kadang, mak lily ni jadi bengang bila dengar bahasa alien tu... (maafkan mummy ya nak)

Tapi sekarang lily sudah masuk umur 3 hampir masuk 4 tahun (mei/2020 ni 4 tahun dah)... ada banyak perkembangan secara mendadak tiba-tiba (tapi sudah tentu ada tekniknya)... alhamdulilah.... rupanya, untuk ajar lily bercakap ni... tak boleh ajar biasa saja... kena usaha banyak sikit. Saya lebihkan lily bermain sambil belajar. Ajar guna gunting... ajar mewarna, ajar guna gam, sebab lily sangat suka dengan sticker.... saya buat aktiviti berdasarkan sticker... sikit-sikit ada pertambahan kosa kata lily... dari sebelum ini sebut dua suku kata bertambah ke 3 hingga 4 suku kata. Dari 2 ayat bertambah ke 4 hingga 5 ayat. Alhamdulilah... 

Antara aktiviti-aktiviti lily yang saya sempat buat kenangan:

Sambil mewarna, sambil belajar... 

Susun puzzle sambil kenal-kenal ABC

Aktiviti kesukaan... mewarna

Bawa lily aktiviti luar... 

Aktiviti gam dan tampal kapas

Aktiviti gam dan tampal plastik

Aktiviti gam serbuk teh๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†... hentam sajalah..

Aktiviti menggunting kertas

Aktiviti buka dan tampal sticker

Satu yang perlu parents paling utamakan ialah.. kena asah daya fokus ank dahulu. Untuk asah kali pertama sememangnya bukan mudah, tapi keep do and do... pasti boleh ๐Ÿ’ช

Semua aktiviti saya akan selitkan sedikit perkataan yang sesuai berdasarkan aktiviti. Contohnya aktiviti tampal sticker.."beritahu lily apa yang lily tampal, apa warna,DLL dan minta lily ulang... dan arahkan lily tampal sticker tu atas kertas"... lebih kurang begitulah yang saya praktikkan. Saya gunakan ayat mudah, ringkas tapi padat.. (cth: wow!! Katak. Katak warna hijau. Katak suka melompat.)

Selain aktiviti diatas, lily juga sudah berjaya bebas pampers.. boleh baca sini lily bebas pampers

Parents yang hadapi anak speech delay macam saya... boleh follow facebook Aishah Kasim... saya sangat suka tips-tips dari dia ni... sangat berkesan.. Aishah Kasim ada buat kelas untuk parents dan anak yang ada masalah speech delay, masalah tak pandai bergaul dan macam-macam masalah 

Seriously.. saya hanya amalkan tips-tips dari fecebook sahaja pun... bawa perubahan yang besar pada lily... setakat ni tak pernah ikuti kelas atau beli e-book dari Aishah Kassim... bagi yang ada rezeki lebih, bolehlah beli e-kit dari dia, kalau rajin sikit, boleh la cipta sendiri aktiviti-aktiviti tu.

Walaupun tak berapa betul sebutannya, tapi lily juga dah boleh baca doa makan... alhamdulialh... boleh tgk sini lily baca doa makan

Selain dari aktiviti-aktiviti dirumah... mungkin lily juga dapat banyak perkataan-perkataan baru dari kawan-kawan di taska. 

Lily dengan kawan-kawan di taska ๐Ÿ˜Š

Sekian... Doakan semoga lily semakin berkembang maju dan cepat belajar ya kawan-kawan..

Daa.. 

4 comments:

  1. Aww, she is super cute!! My lil brother also hadap masalah yg sama but alhamdulillah now, dh banyak perubahan lepas gi tadika. Hehe, stay strong sis. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks aty.. hati memang risau je sbb prob speech delay ni.. harap tahun depan... masuk tadika dah bolelah membebel panjang๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

      Delete
  2. Samalah dengan anak saya Adhwa speech delay. Risau jugak kot dia autism tapi ciri2 tu tak ada kat dia. Kadang kadnag dengar jugak dia sebut perkataan, tak nak dan sebagainya. Tapi bila suruh ulang dia senyum je. Nanti nak follow fb Aishah Kasim tuh semoga ada perubahan pada Adhwa jugak.

    Done follow blog Mell

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mimie.. sudi follow blog tak seberapa saya ni... really appreciate it.

      Kan.. memang merisaukan anak² taknak ckp ni.. kadang² tgk diorang ni malas nak becakap pun ada jugak๐Ÿ˜….. nak paksa keluarkan perkataan tu amat payah. Fb Aishah Kassim tu mmg recomended sangat.. ilmu yang dia bagi tu memang berkesan.. tapi kena rajin amalkan.

      Good luck Adhwa dan mamanya๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š...




      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...