SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
Assalamualaikum...
Hari ni saya join Sunshine Give Away oleh si gadis Ombak Bergigi. Saya sunggu suka dengan benda-benda begini. Disamping dapat kenalan baru... Kalau lucky, boleh la dapat hadiah free dari rakan blogger.. ha ha
Soalan no.3
Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"
Jawapan: hehehe
Banyak perkara yang terjadi sepanjang bulan Januari 2020. Dan perkara yang menceriakan saya sepanjang bulan tersebut ialah, dapat berehat dirumah, bermalas-malasan sambil menjaga anak-anak. Cuti bersalin 6 bulan hehehe...
Jika ada kawan-kawan yang nak join sambil support rakan-rakan blog, boleh klik banner atas tu ya. Nanti korang akan masuk ke syarat-syarat Sunshine Give Away ni..
Okeh... itu saja.
Daa..
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
Assalamualaikum..
Hari ni saya join giveaway dari mamapipie & Friends.. GA ni dah lama bertapak dalam draft, dari 1st day MamaPipie up entry lagi... Tapi tak dapat nak publish, sebab ada masalah teknikal, tak dapat nak edit BlogList. huhuhu... Tapi sekarang dah boleh join... yeayyy!!!
Syarat-syarat untuk join pun taklah rumit... semua mesti boleh join punya... harap-harap dapatlah terpilih salah satu pemenang... tak dapat yang utama.. hadiah sampingan pun dah bersyukur😆😅. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... ye dok?
Hope you dont mind i tag you in my post. Lets join this giveaway together my friends... 💃💃
Ini penyumbang utama giveaway ni tau... Tq penyumbang hadiah... semoga terus murah rezeki ya.
Dah subscribe chanel youtube ibu syurga.. sangat berminat dengan perkongsian tempat² menarik... sebab saya ni orang suka travel jugak, walaupun jarang² travel😆.. Sebelum travel saya akan blogwalking dan rujuk youtube dan listkan tempat² menarik hati untuk dikunjungi...
Yang berminat nak join pun boleh join jugak tau... just klik banner atas tu... nanti akan direct masuk ke giveaway dan syarat-syaratnya😊....
Giveaway ni akan berakhir pada 29 Feb 2020😄...
Good luck kepada diri sendiri dan semua peserta..
Daa..
Komputer Murah di Low Yat
Assalamualaikum
Bulan Feb, ialah bulan kelahiran En. husband.. so saya bawa suami makan-makan sambil tiup kek..
Moga panjang umur, sihat sentiasa dan dimurahkan rezekinya seperti air yang sentiasa mengalir...Aminnnnn
Bawa husband makan-makan banyak tempat waktu ni, makan Mcd, makan burger bakar Abg Burn, makan Me' Nate. Hadiah, husband dah tuntut awal, bulan Jan dah tuntut hadiah, apakah? 🤷♀️.
Lepas tu, a few days later, kami ke Low Yat untuk membeli PC, sebab bininya ni asik mengadu tak dapat edit template blog😅😆... So siapa yang birthday ni sebenarnya😆.. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku ini.
Kami tak cadang beli komputer baru, sebab budget tak berapa cantik dan barang-barang elektronik ni cepat jatuh harga... So kami ke level 2 di Low Yat... Sini ada banyak kedai menjual komputer baru, lama dan juga spare part komputer/laptop... Kalau kamu jenis pandai pilih-pilih dan buat badan komputer sendiri... boleh datang kesini.
Saya seperti biasa, langsung tidak berminat untuk ambil tahu tentang PC dan yang sewaktu dengannya.. so saya just jaga anak-anak yang excited berlari kehulu hilir. En. Husband saja yang berurusan jual beli... hahaha
Disini kami just beli PC sahaja, harga RM350. Spek:
~ intel core i3
~ RAM 4 gb
~ DDR 3
~ Model Optiplex 7010
~ intel HD & intel 5000 Grafik
~ DVD-RW
~ 250 gb HDD
~ with free software;
* window 7 pro x64 big OS system
* microsoft office pro 2016
* Adobe Reader
* Media Player
Kami tak beli monitor sebabnya budget tak cukup😆.. so husband cadangkan, buat sementara gunakan sahaja TV game husband. Hohoho... Sabarlah ya en. Husband. Sebenarnya, komputer ni, hadiah advance dari husband untuk wedding anniversary kami yang ke-5, bulan April nanti... Dan seperti biasa, kita haruslah habiskan duit husband... takkanlah nak habiskan duit husband orang lain pula kan? ha ha
Inilah rupa PC yang kami beli tu
Set Keyboard+mouse wireless dan mouse pad gambar minion :)
Kami hanya beli PC, set keyboard + mouse wireless, VGA display cable, USB Data Cable 3.14A dan mouse pad
Yang tepi kiri tu da rosak dan khas untuk anak-anak...😆😆. Kena setup macam tu, jadi diorang tak gangu mummy diorang ni.
Monitor tu ialah TV 24". Hehehe itu TV en.husband hadiah birthday taun lepas, tapi mummy conquer sekejap😅
Game corner en.husband telah dijajah 😅.. dan husband pening tengok hiasan atas tu😆😆.. dah tak rock katanya.
Okeh itu sahaja perkongsiannya... saya sebenarnya nak bagitau tempat murah untuk beli komputer dan its still in good condition. Tapi, ehhh ada tapi pulak😅.. kalau korang nak membeli seperti kami ni, pastikan kamu tau tentang komputer la ya. Jika kurang pengetahuan tentang apa yang built in dalam PC, saya tak cadangkan kesini. Beli sahaja yang baru dari kedai... hehehe...
Okeh, itu saja perkongsiannya.
Daa..
Kerajaan Malaysia Terkini Febuari 2020
Dr. Mahathir mulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim
Assalamualaikum...
Semalam Perdana Menteri Malaysia telah menghantar surat perletak jawatan, dan surat tersebut telah diserahkan kepada YDP Agong.
Saya sini tak nak mengulas tentang isu hangat inilah, sebab saya tak mau jadi viral pula nanti kan😅... Tapi sini saya mau bagitau yang TV Njoi kami berfungsi ketika ni. Sebelum ni, Njoi tu jadi perhiasan saja disana.
Decoder Njoi
Bila hal-hal penting negara, macam ni terjadi, selalunya saya akan pilih satu channel saja untuk update tentang perkembangan terkini, iaitu Astro Awani. Saya lebih suka pasang Astro Awani... sebab bagi saya channel ni cepat dan pantas.
Semoga Allah permudahkan pembentukan kabinet baru ini..
Okeh itu sahaja..
Daa..
41 Hari Segmen Bloglist #3 2020
Assalamualaikum..
Hari ni saya join satu segmen dari Nurul Najihah. Segmen Nurul ni nakkan kita jawan soalan:
Apa Yang Anda Tahu Tentang Muamalat Dalam Perbankan?
Jawapan saya: hehehe jujur saya katakan... saya tak tau sangat tentang Muamalat Dalam Perbankan.. tapi hasil dari pemahaman saya melalui bacaan di internet, Muamalat Dalam Perbankan ialah satu bentuk urusan jual beli di bank yang tidak melanggar prinsip-prinsip syariah.
Kalau ada rakan-rakan yang berminat nak join segment ni, just klik banner diatas ya. Nanti kamu akan dibawa direct ke syarat-syarat menyertai segmen.
Segmen ni bermula 20 Feb 2020 hingga 30 Mac 2020. Jom join, jangan tunggu lama-lama😊
Okeh, itu saja.
Daa...
Rawatan Gegendang Telinga Pecah
Assalamualaikuam
Cerita ni sebenarnya dah lama, tapi nak jugak la catat dekat blog.. untuk rujukan sendiri dan orang lain.. walaupun dah lama tapi saya masih lagi dalam temujanji rawatan telinga kesayangan ni.
Sakit ni bermula dari rasa tidak selesa di telinga.. Telinga rasa tersumbat dan berdengung. Waktu tu saya sedang mengandungkan anak kedua. Dah berjumpa doktor KKIA, doktor bagi jawapan.. "disebabkan selesma.." Tapi rasa tak selesa tu berpanjangan sampai berbulan-bulan.. tak selesa sangat. Sebab tu saya pun memandai-mandai buat petua orang lama-lama... Tutup hidung sambil hembus nafas... Waktu ni la rasa seperti ada angin keluar dari telinga... Tak sakit pun waktu tu...
Beberapa minggu kemudian, saya dengar benda berdesing kuat gila... pernah kamu dengar bunyi ekzos kereta yang diubahsuai tu..? Kuat kan bila diorang hidupkan enjin kereta... macam tulah bunyi bising yang saya dengar. Ingatkan ada kereta tu park diluar, tapi bila jenguk dekat beranda... tiada siapa-siapa pun....dan bila saya teliti betul-betul bunyi tu, saya perasan, bunyi tu lebih kuat di telinga kanan.. saya tutup telinga kanan, telinga kiri OK saja.. tiada bunyi desing kuat tu.. Dari sinilah saya tau... telinga saya ni ada masalah... Bunyi tu akan datang dan pergi... Tapi sebab tak rasa sakit, so saya pun biarkan saja...
Tak lama lepas tu, tiba-tiba saya rasa sakit dekat telinga yang berdesing tu... sakit dia aduhai... sakit laa... sangat sakit . Tapi tak nak jumpa doktor, masih sanggup menahan sakit dirumah... buat macam biasa... tapi dah mula mengadu dekat husband. Bila husband tanya nak gi hospital ke?? Dengan bangganya saya jawab.. tak mau la🤦♀️..
Sakit tu makin lama makin teruk... berminggu jugak saya tahan... akhirnya mengalah dan serah diri... datang ke klinik kerajaan berhampiran.
Di klinik, saya pun ceritalah pada doktor yang telinga sakit dan kadang-kadang dengar bunyi kuat di telinga kanan. So doktor pun teropong telinga kiri dan kanan... selepas check... doktor cakap, gegendang telinga awak pecah... 😱😱😰... apakah melapetaka ini!!!!... Ya Allah... mungkinkah saya akan tuli??? Terus rasa kepala tersekat.. tak boleh nak berfikir😅... Dan maybe sebab nampak muka tak keruan saya tu... doktor pun cakap... "jangan bimbang, pecah gegendang telinga tak semestinya awak tak boleh dengar @ tuli.. Jangan pergi mandi kolam, jangan menyelam, pakai penutup telinga waktu mandi exp jika nak cuci kepala.. pastikan telinga kanan sentiasa kering... jangan guna sebarang bentuk ubat titis telinga..." itu sahaja yang doktor cakap... ubat apa pun tak dapat. Tiada penerangan pun kenapa kena pastikan telinga sentiasa kering. So kita ni sebagai patient, dahlah tengah menahan sakit telinga tapi tak dapat apa-apa ubat... doktor bagitau, gegendang telinga pecah tapi tak dapat apa-apa surat rujukan ke hospital...?? hmmm.... rasa seperti bazir masa saja ke klinik... penat tunggu lama, last-last itu saja jawapan yang doktor bagi. (~Grrrrrr kalaulah doktor ni bagi penerangan yang baik atau terus bagi rujukan ke pakar telinga, rasanya masalah saya ni dah lama selesai.. 😏)
So saya pun teruskan kehidupan seperti biasa 😆... bunyi berdesing tetap ada dan sakit telinga tu kadang-kadang menyerang. Lama saya bertahan taknak jumpa doktor sebab malas dengar jawapan dorang yang buat menambahkan sakit... dahlah sakit telinga, dengar jawapan diorang, hati pulak sakit😅
Saya tahan sakit tu, dari mengandungkan anak kedua (2017), lahirkan dan sampailah saya mengandung anak ketiga pula(2019).. Lama gila kan... Tapi setiap kali mengandung, saya memang tak tahan dengan sakit-sakit begini.. Sebab tu, saya gagahkan diri juga pergi klinik yang sama kerana klinik ni yang paling hampir dengan rumah. Bila sampai giliran, saya pun masuk bilik doktor. Doktor tu tengok saya sedang mengandung, pastu dia tanya "check mengandung dekat mana??" 😅 soalan pertama dari doktor... saya check dekat klinik yang sama😆.. cuma yang saya pergi ni untuk pesakit luar bukan klinik ibu dan anak. Baru tu si doktor pun cakap... "sepatutnya, awak kena jumpa doktor KKIA.. Awak sedang mengandung. Doktor awak tau masalah kandungan dan diri awak. Lagipun orang mengandung tak sama ubat dengan yang normal.." 😆😆okeh.. kena bebel doktor dulu. (Saya lebih suka doktor macam ni sebab bagi saya dia buat kerja dengan betul. Saya mengandung pun dia perasan). Saya pun bagi senyuman sajalah dekat doktor kan... nak bagi apa lagi😂. Saya pun jawab "Jadi macam mana ni doktor??"... Doktor ni India, perempuan. Dia pun jawab.. "okeh tak apa... sekarang saya periksa awak dulu... lepas ni kena maklum dekat doktor awak ya"... huhhhh... nasib baik Allah mudahkan... kalaulah doktor tu bagitau tunggu next appoitmen mengandung baru jumpa doktor. Memang ~Grrrrrrrrr lagilah hati ini.
Saya pun cerita masalah telinga ni dan bagitau yang saya pernah datang ke klinik ini jugak untuk dapat rawatan sebelum ni, tapi tiada apa-apa ubat yang saya dapat waktu tu.. Doktor tu hanya bagitau yang gegendang telinga pecah dan bagi saya MC untuk rehat..( 😆jujur tak saya😂😂😂)
Dia pun diam dan ambil teropong telinga untuk periksa telinga.. lepas periksa tu.. doktor tu diam lagi dan pandang muka saya..
Doktor~"dah berapa lama ni??"
Saya~"Tahun lepas dah start sakit"
Doktor~"Waktu jumpa doktor dulu, dia tak buat apa-apa ke?"
Saya~"Tiada... doktor tu hanya bagitau yang gegendang telinga saya pecah, jangan guna semua jenis ubat titis telinga, pastu bagi saya MC untuk rehat dirumah"
Dia diam saja dengar penerangan saya, pastu dia taip sesuatu dikomputer cari info dekat internet... saya memerhati saja apa yang dibuat tu... pastu dia tanya lagi sekali.. apa ubat yang doktor bagi waktu datang kali pertama... dan saya pun ulang ayat diatas buat kali yang ketiga😂😂..
Kemudian, doktor ni bagi penerangan. "Gegendang telinga awak dah pecah... kebanyakan kes, gegendang telinga pecah ni boleh pulih sendiri.. tapi yang awak punya ni dah lama sangat tapi masih tak pulih jugak.. so saya tak boleh bagi apa-apa ubat sekarang sebab takut ubat tu efek dekat telinga dalam.. sebab telinga ni ada dua bahagian, satu telinga luar(sebelum gegendang telinga) dan yang satu lagi telinga dalam(selepas gehendang telinga). Telinga dalam ni sangat bahaya jika kena infection.. infection tu boleh terkena sama ada ketika telinga dalam keadaan basah atau pun waktu sedang selesema.. air hidung tu ada juga kemungkinan untuk naik sampai ke telinga... infection begini sangat bahaya dan ini kalau tak dirawat boleh sebabkan pekak.. 😱😱😱.. saya tak berani nak bagi apa-apa ubat waktu ni, tapi saya akan bagi awak surat rujukan ke pakar ent. Pastikan awak pergi mana-mana hospital besar dan tunjuk surat ni.. kami tak boleh rawat dekat sini sebab ni hanya klinik sahaja.. pergi dalam masa terdekat tau.. kalau boleh lepas ni terus ke hospital."
Begini bentuk teropong telinga
Saya waktu tu... diam tak terkata apa-apa... Aduhhhh... sudahhhh.... pagi petang tak masuk office ni... bising lah kawan-kawan office... nak jumpa pakar pulak mesti banyak appoitmen pulak... aduhhhh kena mohon kebenaran keluar berkali-kali dalam sebulan. Mana appoitmen check kandungan lagi. 😆😂😂 nampak tak... bukannya saya risaukan telinga ni... lebih risau banyak sangat appoitmen, nanti kena bising bos dengan kawan-kawan 😂😂🤦♀️... Tapi saya gagahkan juga ke hospital untuk rawat telinga.... yalah kalau pekak... kawan-kawan dan bos bukan boleh tolong kan? So baik saya sayangkan diri sendiri dulu.. huhuhu.... Utamakanlah kesihatan
Saya pilih hospital Ampang untuk dapatkan rawatan telinga. Daftar dekat bahagian sakit mata, telinga dan hidung... lepas tu dapat tarikh temujanji untuk jumpa doktor..
Datang temujanji kali pertama di hospital, doktor bagi ubat titis telinga yang ada antibiotik tu... doktor pesan titis 1 titik kedalam telinga setiap malam, pastu dapat lagi appoitmen 2 minggu kemudian untuk tengok perkembangan telinga.. nasihat sama seperti yang saya dapat dekat klinik... pastikan telinga kering. Waktu dirumah, saya pun titislah ubat yang doktor bagi tu di telinga kanan.. Aduhaiiiii sakit dia... memang mengerang kesakitan lah... sekali tu sahajalah saya titis, lepas tu dah taknak titis dah😂. Sakit gila weyyy!!! 2 hari sakit tu tak baik-baik, mood pun tak okay di office sebab telinga dalam tu sakit berdenyut-denyut.
Lepas 2 minggu, datang semula jumpa doktor... saya bagitau yang saya hanya guna sekali saja ubat titis tu... lepas tu saya dah tak titis sebab sakit sangat.. doktor tu pun cakap, Okeh... "woooo diorang memang tau sakit😅". Doktor sekali lagi periksa telinga kanan... tapi waktu ni tak dapat tengok sebab ada tahi telinga🙈.. so tak dapat nak tengok jelas.. doktor minta saya ke bahagian untuk cuci telinga... seram dah rasa waktu ni..takut😰😰 sempat lagi saya tanya "dok... sakit ke cuci telinga??" Hahaha penakut gila kan...? saya tengok, budak-budak keluar dari bilik tu, semua nangis... fulamak... si tua ni pun jadi takut😆😆. Perasaan memang kecut perut la. Bila sampai giliran, doktor panggil nama... kena gagahkan juga kaki ni melangkah masuk bilik menyeramkan itu😫.
Beginilah lebih kurang prosuder cuci telinga... cuci telinga saya, doktor guna vacuum seperti minit ke 4:01 (note: video agak tak menyenagkan kalau kamu jenis pengeli)
Dalam bilik, doktor tu tanya dulu... apa masalah... saya pun dengan bersungguh-sungguh bagitau gegendang telinga pecah... hahaha takut jugak la kalau diorang masukkan air dalam telinga... tak pasal-pasal meraung kesakitan. Dalam tu ada 2 katil.. saya kena katil bahagian depan... benda sama yang saya tanya.. sakit ke ni doktor??? 😅😅.. Doktor tu senyum saja.. "sakit sikit saja ni..." jawapan yang biasa mak-mak bagi dengan anak-anak yang takut kena jarum😆😆.. 2 kali diarah baring, baru saya baring... takutttt.... dah baring, doktor tengok dulu keadaan telinga... pastu dia bagitau nak cuci sikit... doktor spray air dalam telinga, sejuk je rasa... mujur la tak sakit... pastu dia bagitau nak sedut tahi telinga dan tunjuk alat yang akan digunakan... benda tu ada muncung kecik yang menyedut... doktor pesan, "kalau rasa sakit, kena bagitau dan jangan gerak.. kalau gerak, takut lagi sakit, sebab salah sedut." Mula-mula sedut tu... Rasa Sakit! 😫... pastu saya bagitau sakit... dia pun ubah cara... mula-mula sedut dari tengah tu sakit, so dia ubah sedut dari tepi-tepi saja. yang ni dah tak rasa sakit. Sekejap saja terus dia bagi tengok gumpalan tahi telinga🙈🙈... Wau !! boleh tahan besar jugak... 1st time tengok besar cenggitu 😆😂.. dah siap cuci telinga, saya masuk balik, bilik doktor mula-mula jumpa tadi.. kali ni doktor periksa dah boleh nampak gegendang telinga tu tapi masih tiada perubahan, tak tumbuh lagi gegendang telinga saya ni. So doktor bagi penerangan tentang bedah untuk tampal gegendang. Tapi selepas bersalin baru boleh buat, kalau buat sekarang boleh beri kesan buruk dekat baby dalam kandungan. Maka doktor pun bagi lagi temujanji 3 bulan selepas tarikh due date..
Alhamdulilah, dah selamat bersalin bulan Okt 2019.. Bermula lagi appoitmen gegendang telinga. Kali ni jumpa doktor sekadar untuk dapat appoitmen ujian pendengaran..😅.. waktu jumpa doktor kali ni, berkali-kali dia tanya, "nak buat pembedahan tak??" 😅 susah betul nak bagi jawapan untuk soalan tu... saya tanya, "macam mana proses bedah tu dan ada kemungkinan ke saya akan hilang pendengaran selepas bedah???" Terdiam sekejap doktor tu, dan dia jawab, "sebab tu kena buat ujian pendengaran dulu.." hahaha.... jawapan yang amat tidak menyenangkan hati. Kemudian doktor terangkan proses bedah tu....siap lukis gambar rajah lagi untuk bagi saya benar-benar faham. Doktor bagitau, kulit kepala(atas telinga) akan diambil untuk tampal gegendang telinga yang pecah tu.. diorang tampal untuk ransang pertumbuhan gegendang tu. Lepas siap tampal, kapas akan diletakkan dalam telinga selama lebih kurang 2 minggu. Selepas 2 minggu, doktor akan keluarkan kapas untuk tengok keadaan telinga. 😰😱😫 Tampal gegendang ni tujuan dia untuk pastikan telinga bahagian dalam sentiasa kering dan taknak telinga dalam terkena infection. Padat jawapan doktor😅... buatkan hati saya dup dap dup dap... menahan rasa takut😫
Doktor tak bagi ubat apa-apa pun. Cuma pesan untuk pastikan telinga sentiasa kering. Kemudian dapat lagi tarikh temujanji seterusnya untuk pemeriksaan ujian pendengaran.
To be continue...
Aiskrim McDonald Strawbeery Cheesekek Sundae
Assalamualaikum..
Banyak dah review aiskrim terbaru McDonald ni.. Bila dah test.. ehh tersedap la pulak.. 😄 So sebab sedap saya buat review.. klo tak sedap biasanya saya peram je gambar dlm handphone sampai mereput😆😆..
Sambut Birthday Husband haritu, saya pun menyempatkan diri la jugak merasa benda-benda Viral ni... hihihi... saya memang suka buat benda ni...
Sebenarnya nak beli strawberry cheesekek yang kon tu jugak... tapi habis pulak😑.. sedih.. sebab tu saya beli jenis gini punya.. tapi rupanya tak sama kalau yang dalam kon dengan dalam bekas ni tau... dalam bekas ni strwaberry betul dalam dia.. bole rasa biji-biji strawberry tu.. ermmm yummy... beli 2.. satu untuk mummy satu untuk lily... en.husband beli salted caramel..
Bagi saya... rasa dia sedap dan unik. Ya memang ada rasa cheese tu, tapi cheese yang susah nak explain rasa dia😆.. ada rasa masin-masin sikit... kemanisan dia??? Oww aiskrim memang manis.. kalau tak manis tak sedap🤭...ada rasa lemak... Dan topping dia ada strawberry tau... bukan yang fresh tu... kalau fresh saya tak suka sangat sebab masam😖.. ni yang dah dijeruk sikit kot😅😂 (tak taulah kena jeruk ke tak)... but overall bagi saya sedap...
Tapi husband cakap TAK SEDAP!! Apa??????? Berani cakap tak sedap😂😂... so ikut tekak memasing la kot... saya rasa sedap je.. lily pun sedap, habis satu bekas tu dia kerjakan sendiri.
Lily punya dah habis strawberry dekat atas tu... 😏..
Tapi apa yang spoil waktu ni.. rasa nak nangis pun ada😭😭.. waktu keluar kereta sekejap nak beli Burger Abang Burn (burger ter👍..sedap).. Lily tumpahkan aiskrim mak dia ni di seat kereta.. Ya Allah Nak... mummy baru makan beberapa cedok... aduhaiiii... rezeki c kereta la.. dapat makan aiskrim cheesekek🤦♀️.. nangis 😭😭😭.. mana aiskrim tak sempat nak habiskan.. kereta pulak kotor... streessss...
Ok itu saja perkongsiannya..😅
Daa..
Jadikan View Handphone seperti desktop ketika melayari sesawang
Assalamualaikum
Sebenarnya ini adalah ilmu common... kalau orang-orang hebat diorang tau benda-benda ni.. cuma saya ni kurang hebat sikit😆😆.. tak tau sangat fungsi handphone yang dah bertahun saya guna ni🤦♀️
Just nak share ilmu... kalau kamu pengguna android(ios saya tak pasti caranya).. waktu melayari sesawang... screen kamu tu boleh pilih tau... samada kamu nak ia mobile site atau desktop site tanpa perlu tekan view as desktop di blog. Kebanyakan template website sekarang takde view as desktop. Contoh korang nak tengok apa saja la kan contoh lazada ke, beli tiket wayang ke... tapi mobile site rasa susah nak paham... kamu just tukar je ke desktop site..
Cara-caranya
Okeh ini adalah keadaan mobile site... cth: guna blog saya sendiri saja ya
Kalau nak tukar ke desktop site... kamu tekan butang 3 titik bertindih di penjuru atas kanan.
Pastu akan keluar macam gambar tu... kamu tick Desktop Site tu...
Tadaa... dah jadi desktop site dah... kalau kamu nak tukar kembali ke mobile site.. just untick box tadi...
Setahu saya, ciri-ciri ni untuk pengguna android yang dikeluarkan tahun 2018 dan keatas saja.. tapi apa-apapun, kamu boleh cuba aplikssi dekat handphone kamu tu.
Kamu dah tau ke???
Mak Cik baru tau Nak.. 😆😆 🤦♀️tepuk dahi sendiri... Ni pun tau lepas gaduh manja dengan en. Husband 😆😆.. Husband dah bagitau lama dah, yang view hp tu boleh tukar ke desktop tapi c degil kepala batu malu bertanya sesat jalan ni... tak nak mendengar😄...
Okeh itu saja perkongsian dari mak cik Noob ni😆
Daa...
Kedai mainan murah di Kuala Lumpur
Assalamualaikum..
Pernah tak kamu berjanji dengan anak? Tak kisahlah janji apa-apa pun... cth: janji nak bawa main di taman, janji belikan mainan atau makanan kegemaran si anak.
Kalau pernah... please kotakan janji tu ya... kalau tak dapat kotakan, tolong jangan buat janji... sebab anak-anak akan pahat memori ni dihati tanpa kita sedari.
Husband saya suka sangat berjanji dengan anak... dan yang akan menuntut janji itu ialah emaknya😆😆.. sebab saya sejenis yang tak suka orang berjanji tapi tak tunaikan, fikir betul² sebelum nak berjanji tu tau.. 😑
Bulan lepas husband janji dengan Lily, akan beli mainan bila duit OT dah dibayar. Disebabkan janji husband tu, kami anak beranak pun berangkatlah ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur... Tempat popular untuk beli mainan anak dalam harga yang lebih murah berbanding beli dalam mall. Mainan dekat sini taklah kualiti tinggi seperti jenama FisherPrice, Toy r Us dan seangkatan dengannya tu. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah anak-anak window shopping macam mak-mak window shopping di pasaraya😄.
Deretan kedai menjual mainan ada di sepanjang Jalan Raja Laut, KL. Dari parents sahaja rajin survey atau malas.. hehehe... macam kami ni... malas survey sebab parking payah...
Kedai yang kami masuk 2 je... dan kami selalu masuk sini kalau membeli... dulu kedai ni, harga mainannya amat murah... yang penting kamu beli dalam kuantiti banyak (6 atau 12pcs keatas, mengikut jenis)...
Tapi start 2 tahun lepas, diorang dah tak jual harga murah tu... walau beli banyak (Bagi saya 6pcs atau 12pcs tu dah kira banyak tau😅...) selalu beli banyak gini untuk bawa balik sabah... sebagai buah tangan untuk anak-anak buah disana.
Diorang bagitau, hanya member saja dapat harga murah tu.. dan nak jadi member tu, hanya customer yang beli mainan dalam harga RM1000 keatas sahaja akan layak... wauuu!!!!😏😏.. okeh.. ingat kami nak buka kedai ke?? 😑
Kami just nak beli 2 saja la🤣🤣🤣... Untuk Lily dan Lea... Tapi walaupun tak dapat harga member tu... harga masih dikira murah berbanding diluar.
Lily sedang memilih mainan... rambang mata... banyak sangat pilihan ni... 😆
Lea terima saja apa yang daddy bagi... tak pandai demand lagi... senang nak atur
Sekarang ni, budak-budak demam Frozen... Tak terkecuali sumandak saya Lily... Inilah pilihan hati.
Harga patung ni sebenarnya murah saja, tapi disebabkan oleh fenomena demam Frozen melanda... harga patung ni boleh naik mendadak cecah RM25 dan keatas... mak aihhh... Baiklah beli disini baru RM17
Ini kalau harga member boleh jatuh hingga RM8.00..
Ini pilihan Lea.. box isi watak-watak Frozen,RM19.90... Dekat luar, harga boleh cecah Rm29 ke RM30+ okeh... Mak-mak dan bapa-bapa mesti tau kan harga-harga mainan ni..🤣🤣
Ini pun boleh jatuh hingga rm9.00 kalau member..
End up... Lily pun nak box Frozen tu... Tak jadi pilih patung Frozen tadi... Rambang mata la tu...
Hehehe... walaupun harga mainan tu tak la mahal, tapi tak juga murah sangat.... Kami hanya benarkan anak-anak pilih satu saja jenis mainan dalam satu-satu masa. Tak boleh pilih banyak-banyak... Supaya diorang lebih hargai mainan tu... kalau beli banyak-banyak... bila sampai dekat rumah, mainan diutara, tuannnya diselatan. Tak dipandang dah mainan tu sebab senang sangat nak dapat kan..😅
Udah selesai mencari mainan Lily.. Kami masuk satu kedai lagi... kononnya, saya nak beli motor / skuter automatik untuk Lily, kalau tak pun basikal 3 roda tu... Tapi en. Husband tak bagi Green Light... Lampu Merah memanjang😏.. Dah lama berhajat nak hadiahkan basikal untuk lily, sebab dialah yang banyak membantu kami dirumah... dari 2 tahun lepas lagi nak beli tapi asik tergendala niatnya. Dah pegang dah... saya ni jenis... kalau tak dapat sokongan husband... akan hilang mood nak beli😅
Pilihan basikal 3 roda... banyak jenis
Siap ada tempat duduk penumpang dekat belakang
Motorsikal kecik...
Kereta pun ada... harga pun murah.. bermula dari RM120
Tengok apa tu Lily?
Lamborgini RM1390... Mampu tengok sahaja ni...😆
Dah test bagai... last-last tak jadi beli... aduh.. stress Mak... 😅😅...
Itu saja lah perkongsiannya... sebenarnya tujuan utama nak bagitau tempat mainan yang harga murah... tapi tak taulah... isi cerita ni macam jauh menyimpang pulak😅😅...
Kalau kamu berkenan nak tengok tempat kami pegi tu... alamat sepanjang Jalan Raja Laut ya😄...kami selalu masuk di pen-mart Toys (diorang ni rajin buat promosi mainan diluar kedai)... tapi kalau kamu rajin menapak... kamu akan nampak perbezaan harga disetiap kedai...
Okeh daa...
Cara pasang template percuma,2020 di Blogspot
Assalamualaikum...
Yayyy!!!! Akhirnya blog saya berbaju baru😊😊... Dah lama nak tukar baju blog ni tapi hajat tak kesampaian sebab utama tiada komputer😭..
Template lama saya tu, sedih sangat rupa dia kan😅😅... nak cari apa² butang pun susah, bukan tiada tapi agak tersembunyi... harap template baru ni, dapat mudahkan pelawat blog😊
Tengkolah kejadian laptop kesayangan ni... hancur keypad dikerjakan lily... macam mana nak cantikkan blog ni nak...😑 Ya Allah... murahkanlah rezeki hambamu ini nak beli laptop baru😅😅...
Ok lupakan kisah laptop.. hahaha kita fokus kepada topik utama...cara tukar template blogger blogspot guna template free yang awesome😍😍.. ya free saja kawan-kawan... Almaklumlah, pengguna blogspot punya template yang sedia ada tu...kita hanya mampu berhuhuhu sahaja... Bilalah Google nak update baru template tu...
Tapi dah tak perlu berhuhuhu lagi.. sekarang dah banyak template free yang good² dan lawa² okeh... laju, clean, SEO ready... rugilah tak cuba... Template yang begini sangat berguna untuk kelancaran tabungan duit google anda tau😆.
Panjang sangat mukadimahnya...😆
Sebelum bermula, pastikan kamu dah duduk depan komputer, laptop atau yang seangkatan dengannya... sebab kerja² menukar template ni lagi senang kalau pakai desktop berbanding handphone.
Ok... mula-mula kamu pilih template free yang berkenan dihati dulu... Saya pilih template DISINI.
Klik free template ya, kemudian baru cari yang berkenan dihati.
Dah siap pilih?
Sekarang kita ke langkah berikutnya... download template...
Klik butang download..
Nanti lepas klik download tu, akan keluar satu box... kamu klik sahaja download file keh.... (yg step ni, saya tak tertangkap gambar 🤦♀️)
Dah suda klik download file... kamu open file tu, akan jadi macam dekat box bawah ni..
Klik semua file di kotak no 1( jadi warna biru seperti dekat atas tu), then mouse kamu tu, kamu tekan sebelah kanan... Right click omputeh cakap😆.. pastu akan keluar macam kotak yang no. 2 tu... okeh yang tu korang pilih extract tu specified folder.
Kemudian akan keluar box macam bawah ni..
Untuk mudahkan kamu cari dimana file yang telah diekstrak tadi... pastikan kamu ikut seperti langkah yang saya tunjuk tu ya.. pilih desktop (No. 1)... lepas dah klik desktop baru tekan OK (No. 2). Kalau tak ikut step ni, file tu akan masuk dalam file downloder.
Yaa... tahniah kamu dah berjaya ekstrak file tadi.. dan ia berada di desktop, dalam bulatan merah...
Disini ada dua cara...
Pertama kamu klik file xml (No.1) tu... dan tunggu hingga semua kod html keluar... Dah keluar kod, kamu copy semua kod tu..
Cara kedua..
Sekiranya cara pertama, keluar blank sahaja... jangan stress ya.. tak perlu nangis bucu katil... just buat begini pula...
~pilih file xml yang suda diekstrak (No.1) kemudian right click mouse kamu tu... akan keluar box No.2, ini kamu pilih open with... dan bila keluar box No. 3, pilih Notepad
Tadaaa... ini ialah kod HTML.. kod ni sangat penting untuk pastikan template kamu benar-benar berfungsi. So jangan gatal tangan mengodek² kod ni kalau tiada ilmu didada😅.
Okeh kamu copy semua kod tu.. cara copy tu ikut suka hati kamulah.. nak ctrl-A dan kemudian ctrl-C ke, atau nak copy manual ke... dua² pun bole.
Then kamu log masuk ke blogger..
Pilih tema (No.1) kemudian klik pada 3 titik ditepi kanan (No.2).
Akan keluar box macam dekat atas... okeh kamu pilih Edit HTML... saya pun tak pasti kenapa tak keluar versi dekstop dan versi mobile dekat theme ni😑.. so proceed sajalah kan... seperti apa yang muncul.
Akan keluar kod html yang sedang kamu gunakan sekarang... okeh.. kamu padam semua kod html tu..
~(lebih baik jika kamu save kod HTML lama di tempat lain, manatau lah kamu dah tiba² tak suka template baru tu.. so nanti kamu just gantikan saja dengam html lama ni)
~(lebih baik jika kamu save kod HTML lama di tempat lain, manatau lah kamu dah tiba² tak suka template baru tu.. so nanti kamu just gantikan saja dengam html lama ni)
Dah save / padam?? Okeh kamu paste kod html yang kamu copy tadi. Paste betul-betul dari atas ya.. bermula di nombor 1 tau...
Sudah paste kod html tu... jangan save dulu!!!.. tekan butang pratonton, yang saya tandakan anak panah tu...
Dah Pratonton (hihihi... almaklumlah makcik ni tak pandai english, jadi gunakan bahasa melayu😅)...
~kalau keluar sepertimana yang korang tengok seperti contoh dkt free templates tu... okeh.. barulah kamu tekan save ya... butang save dekat hujung tu.. yang saya tandakan anak panah merah.
Dan berbaju barulah blog kamu semua.. Yeayyy!!!! Tahniahh... 😄
Tinggal kamu nak edit apa-apa yang patut sahaja dekat template tu..
Apa kelebihan template yang saya pilih ni?
❤ Responsive
❤ Responsive
❤ SEO Ready
❤ Simple
❤ Clean
*suka sangat part SEO Ready tu... so kemungkinan untuk blog ni dicrawl oleh enjin carian adalah jugak kan... biar sikit tapi ada... hehehe... nak banyak, kenalah beli template ni💃.. hohoho. Saya tak terfikir lagi nak beli😅... nak cuba-cuba sahaja dulu.
Okeh, sekian saja perkongsian saya.. harap dapat membantu serba sedikit..
Daa..
1 Minit Cup Cake Valentine Day, Mudah, pantas
14 February...
Assalamualaikum...
Perasan tak hari ni 14hb?? Valentine day la weyy... 😆😆.. saya buat apa waktu² valentine day ni???
~banyak yg saya buat, masak utk anak², mandikan diorang, layan c kecik, cuci baju, lipat baju DLL🤣🤣... begitulah lebih kurang aktivitinya... padat kan aktiviti valentine day saya?? Hahaha
Okeh ini salah satu aktiviti saya... korang pun boleh buat... senang sangat... boleh kasi dekat ibubapa untuk minum petang ke?? Saji dekat kawan² yang datang bertandang dirumah ke... bagi dekat boipren ke(ehh..)
Cup cake 1 Minit.. tanpa oven..
Bolehlah kan, buat cup cake.. nak buat kek 1kg.. bahan² dia boleh tahan jugak😅... buat ni simple saja... bahan² common yang ada di dapur... kalau nak buat cup cake ni, tak semestinya kena ikut satu² seperti tunjuk ajar sifu ya... boleh saja ganti dengan apa yang kamu ada... yang penting hampir sama..
cth: jus lemon... boleh saja gantikan dengan benda masam lain... macam buah mandarin, buah limau kapas, limau kasturi, cuka ka(guna 2 drop saja)..... boleh saja gantikan.. jalan je
Ini bahan² nya:
❤ 1 Tbsp minyak masak / butter
❤ 2 Tbsp susu cair
❤ 1 Tbsp susu pekat
❤ 1 Tbsp serbuk koko
❤ 4 Tbsp tepung gandum
❤ 1 ½ Tbsp gula aising
❤ 2 cubit baking powder
❤ 1 cubit baking soda
❤ 1 tsp jus lemon
❤ ½ tsp perasa vanilla
❤ cawan
Cara-caranya:
Kalau kamu malas nak scroll kebawah, boleh layan video atas ni... kalau rajin... boleh teruskan mengscroll ya..
1. Masukkan 4 Tbsp tepung jagung kedalam cawan
Assalamualaikum...
Perasan tak hari ni 14hb?? Valentine day la weyy... 😆😆.. saya buat apa waktu² valentine day ni???
~banyak yg saya buat, masak utk anak², mandikan diorang, layan c kecik, cuci baju, lipat baju DLL🤣🤣... begitulah lebih kurang aktivitinya... padat kan aktiviti valentine day saya?? Hahaha
Okeh ini salah satu aktiviti saya... korang pun boleh buat... senang sangat... boleh kasi dekat ibubapa untuk minum petang ke?? Saji dekat kawan² yang datang bertandang dirumah ke... bagi dekat boipren ke(ehh..)
Cup cake 1 Minit.. tanpa oven..
Bolehlah kan, buat cup cake.. nak buat kek 1kg.. bahan² dia boleh tahan jugak😅... buat ni simple saja... bahan² common yang ada di dapur... kalau nak buat cup cake ni, tak semestinya kena ikut satu² seperti tunjuk ajar sifu ya... boleh saja ganti dengan apa yang kamu ada... yang penting hampir sama..
cth: jus lemon... boleh saja gantikan dengan benda masam lain... macam buah mandarin, buah limau kapas, limau kasturi, cuka ka(guna 2 drop saja)..... boleh saja gantikan.. jalan je
Ini bahan² nya:
❤ 1 Tbsp minyak masak / butter
❤ 2 Tbsp susu cair
❤ 1 Tbsp susu pekat
❤ 1 Tbsp serbuk koko
❤ 4 Tbsp tepung gandum
❤ 1 ½ Tbsp gula aising
❤ 2 cubit baking powder
❤ 1 cubit baking soda
❤ 1 tsp jus lemon
❤ ½ tsp perasa vanilla
❤ cawan
Cara-caranya:
Kalau kamu malas nak scroll kebawah, boleh layan video atas ni... kalau rajin... boleh teruskan mengscroll ya..
1. Masukkan 4 Tbsp tepung jagung kedalam cawan
2. Masukkan 1 ½ Tbsp gula aising kedalam cawan. Tiada gula aising?? Gantikan dengan serbuk gula... serbuk gula pun tiada🤦♀️... okeh pegi main jauh² 😆
3. Masukkan 1 Tbsp serbuk koko kedalam cawan... kalau tiada serbuk koko... just skip je step yang ini... so cup cake korang akan jadi cup cake vanilla...
4. Masukkan ½ tsp perasa vanilla kedalam cawan
5. Masukkan 1 tsp jus lemon kedalam cawan. Jika tiada jus lemom, buat seperti yang saya dah terangkan dekat atas ya..
6. Masukkan 2 cubit baking powder kedalam cawan... korang boleh skip yang ini jika tiada bahan ni... cuma cup cake korang tak gebulah
7. Masukkan 1 cubit baking soda kedalam cawan. Ini pun sama... boleh skip kalau tiada bahan... tapi cup cake tak lembut dan tak umphh... tapi tetap boleh makan... dunt worry😄
8. Masukkan 1 Tbsp minyak masak kedalam cawan
9. Masukkan 1 Tbsp susu pekat kedalam cawan.
10. Masukkan 2 Tbsp susu cair kedalam cawan. Kalau tiada susu cair... boleh guna susu tepung anak😅... cairkan susu tu dah jadi susu cair kan?
11. Kacau hingga sebati
Kacau hingga nampak macam ni ya.. pastikan tiada ketulan²
12. Ini pilihan... kalau suka boleh letak rainbow chocolate rice atau apa sahaja yang sesuai atas cup cake
Masukkan dalam oven.. set masa 1 minit.. kekuatan api ~ medium
Taraaa... beginilah kejadiannya
Makan macam tu saja pun sedap... nak letak ais krim vanilla di atas pun boleh... rasa lebih umphhh
Hehehe... okeh itu sajalah perkongsiannya... Cup cake Valentine untuk 2 orang minion di rumah😄..
Semoga bermanfaat..
Daa..
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
Assalamualaikum Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...
-
Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak. Assalamualaikum, Bagi penggemar western fo...
-
Assalamualaikum.. Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenap...
-
sumber: stock.adobe.com Assalamualaikum, Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert. ...