TONTON SINI MOVIE THE FLU

Assalamualaikum..


Semalam, saya luangkan masa menonton movie The Flu. Movie ni ditayangkan pada tahun 2014. 

The flu menceritakan mengenai virus yang masuk ke negara Korea melalui pemerdagangan manusia. Dimana salah seorang daripada mereka sedang mengalami Avian flu.

Kalau secara realiti, dalam cerita ni sama seperti bagaimana virus Covid-19 tersebar di Wuhan, China. Betapa teruk virus ni menyerang manusia dalam keadaan yang drastik dan cepat.

Setelah menonton movie ini, menyebabkan saya terfikir, mungkinkah begini situasi di Wuhan, semasa Novel Coronavirus (nCoV-19) baru mula menyerang??. Kerajaan sana mengarahkan lockdown serta merta, untuk daerah Wuhan, bagi membendung virus Covid 19. 

Movie The Flu, boleh la layan waktu-waktu PKP Fasa 2 ni.... cumanya, bagi saya, movie ni tidak berdasarkan kehidupan sebenar..hehe😅. Itu pendapat saya sahaja tau... 

Tapi tidak boleh nak komen lebih sebab sebelum bermula jalan cerita, dah dimaklumkan awal-awal bahawa "its not base on real life".. hehehe

Movie ni ada di youtube.. saya sertakan link movie tu dibawah ni... bolelah layan untuk habiskan masa..


6 comments:

  1. Nanti bolehlah tengok. Saya dah tengok filem Contagion. Itupun lagi teruk daripada realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau contagion NA rasa teruk... The Flu.. tak tau la.. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Bole layan elly... waktu² PKP ni.. hehe

      Delete
  3. Kena layan ni....bagus ni kalau kat tv semua pakat tayang semua cerita yang disebabkan virus yang melanda bior orang yang keteqaq tu tak nak kuar rumah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..betul tu... mslhny yg keteqaq tu tak reti nak tonton tv.. sibuk nak keluar rumah🤦‍♀️

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...