APA MAKSUD B40 M40 DAN T20


Assalamualaikum



Bagi yang masih tertanya-tanya maksud sebenar B40, M40 dan T20, yang mana seringkali digunakan oleh kerajaan setiap kali pembentangan budget negara, bolehlah baca entry saya ini sampai habis.

Sebenarnya, Istilah B40, M40 dan T20 ialah, mewakili kepada peratus populasi negara kita, iaitu 40% terbawah, 40% tengah dan 20% teratas.

Penentuan kelas pendapatan di Malaysia iaitu B40, M40 dan T20, adalah berasaskan kepada garis pendapatan. Disebabkan itu, penentuan kepada definisi pendapatan B40, M40 dan T20 adalah tidak tetap, dan nilainya mungkin akan berubah. Kemungkinan ia naik ataupun menurun dari tahun ketahun, ini semua bergantung kepada penyata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh JabatanPerangkaan Malaysia, melalui kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA).Kajian ini dibuat, 2 kali setiap 5 tahun. Boleh rujuk sini kajian yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada masa ini.

*untuk info, kajian yang dilaksanakan menunjukkan data yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.. Ini ialah petunjuk baik yang menunjukkan ada pertumbuhan ekonomi di Malaysia.



Apa maksud B40

B40 ialah kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40 / Bottom 40). Yang mana, Isi rumah berpendapatan dibawah RM 4360.00. 

B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), iaitu dibawah RM950.00 sebulan.


Apa maksud M40

M40 ialah kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40/ Middle 40), Yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM4361 hingga RM9619. 

Golongan ini adalah tunjang kepada kesejahteraan ekonomi negara. M40 merupakan tunjang kepada perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia. Golongan M40, merupakan kumpulan yang kritikal untuk sumber manusia, pelaburan dan kewangan.

Apa maksud T20

T20 ialah kumpulan isi rumah berpendapatan 20 % tertinggi (T20 / Top 20). Pendapatan Isi rumah golongan T20 ialah RM9620 dan keatas. 

T20 merupakan penggerak ekonomi dan juga majikan kepada M40 dan B40. 

Okeh.. itulah maksud kepada B40, M40 dan T20. Selepas ni, semua dah faham bila sebut sahaja B40, M40 dan T20 tu..

Sekian.




2 comments:

  1. Memang selalu dengar tapi tak pasti berapa pendapatan setiap kumpulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tp pndptan tu bole berubah² NA.. Julai 2020 ni, keluar yang terbaru punya ukuran.

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...