Assalamualaikum
Berdepan dan merawat mereka yang dijangkiti Novel Coronavirus (nCoV-19), sama seperti turun dan bertempur di medan perang. Senjata dan perisai yang kukuh dan lengkap, adalah kunci kemenangan.
Begitulah pentingnya baju PPE dan peralatan hospital yang lain.
Baru-baru ini, tular satu berita yang menunjukkan barisan frontliner negara sedang mengubahsuai plastik sampah untuk dijadikan sebagai baju PPE. Ini kerana, baju perisai penting tu sudah hampir habis digunakan.
Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tanpa perisai tersebut, macam mana barisan frontliner kita dapat bertempur melawan bala tentera yang tidak kelihatan ini (covid 19).
Walaupun kita seringkali dengar luahan perasaan mereka yang bertugas, tidak selesa menggunakan baju tersebut dan baju ini perlu dipakai dalam jangka masa selama 8 ke 14 jam dan kadang-kadang berlarutan hingga ke 18jam tanpa dibuka!!!, tapi tanpa baju PPE, robohlah pertahanan frontlinerš.
Kamu semua taukah..
~berapa lapisan sebenarnya pakaian PPE ini???
~Dan kenapa doktor atau jururawat yang bertugas mengatakan ia tidak selesa??
~Tidak dapat ke tandas selepas menggunakan baju tersebut??
~Kenapa ada jururawat yang pengsan sewaktu bertugas merawat pesakit covid-19??
Jawapan tu semua ada dalam video dibawah.
Kenapa penting mereka menggunakan baju PPE ini?
Pemakaian PPE ini diwajibkan kepada semua doktor dan jururawat yang bertugas mengendalikan kes pesakit Covid 19. PPE ini sangat penting untuk melindungi mereka daripada dijangkiti virus tersebut.
Baju ni, tidak boleh dipakai secara suka hati... ada tatacara KHAS menggunakannya dan tatacara KHAS untuk menanggalkannya.
Baju PPE harus dipakai dengan berhati-hati, agar tidak rosak... yang mana ini akan memberi risiko dijangkiti virus covid 19.
Menanggalkan baju ini juga ada tatacara yang patut dipatuhi. Perlu dipatuhi supaya mereka tidak dijangkiti virus covid 19 ketika menanggalkannya.
Apa fungsi sebenarnya baju PPE ini
Baju PPE ini adalah satu peralatan ataupun pakaian yang melindungi diri si pemakai agar risiko kesihatan dan keselamatan dapat diminimumkan. Ini termasuklah risiko fizikal, alam sekitar, kimia dan virus.
Siapa yang menggunakan pakaian PPE?
▪️klinik dan hospital
▪️bomba
▪️polis
▪️dan beberapa jabatan awam dan swasta lain
PPE ini melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan daripada:
▪️udara tercemar
▪️jangkitan virus
▪️jangkitan kulit
▪️kejutan elektrik
▪️suhu melampau
Masih ingat lagi berkenaan pencemaran yang disebabkan oleh bahan toksik pada tahun lepas?? Pencemaran bermula di sungai Kim Kim, dan melarat di beberapa tempat. Pencemaran ini turut menyebabkan beberapa sekolah ditutup dan kawasan yang terlibat, dipantau.
Jika anda perasan, anggota yang bertugas juga menggunakan baju PPE.
Walaupun ia nampak tidak selesa dan merimaskan... demi tugas dan nyawa, mereka menggunakannya.
Dari mata kasar kita ni, ia sekadar baju petugas... Tapi bagi si pemakai, itu bukan sekadar baju biasa... itulah perisai mereka yang menentukan kemenangan di medan perang.
Sedangkan memakai penutup hidung dan mulut (face mask) sahaja pun sudah cukup merimaskan bukan??? Apatah lagi menggunakan baju PPE ini.
Bersyukurlah kamu yang hanya diminta untuk duduk dirumah sepanjang PKP. Hargailah perjuangan barisan hadapan.
Mungkin kamu tidak berada di tempat mereka, sebab itu banyak yang masih berdegil dan sanggup melawan pihak berkuasa, semata-mata untuk urusan remeh.
"Walk in Their Shoes"
Okeh sekian perkongsiannya..
Daa..
Alhamdulillah thanks to all frontliners.
ReplyDeleteAlhamdulilah...
DeleteMemang tak selesai. Lagilah pakai pada tempoh lama.
ReplyDeleteKan.. huhuhu
DeleteMemang tidak selesa tapi itulah juga peralatan yang membantu supaya mereka tidak di jangkiti. Apa pun semuga Allah lndunggi semua frontliners kita dalam menghadapi musibah ini. Amiin
ReplyDeleteAminn..
Delete