Burger roti gardenia

Cara buat Burger Simple menggunkan Roti Gardenia.

Assalamualaikum,


Sarapan pagi dengan burger sihat buatan sendiri kan baik.. ๐Ÿ˜Š

Jom... sekali sekala dimusim PKP Fasa dua ni, kita sarapan ala-ala Mat Salleh.. hehehe

Bahan-bahan membuat burger boleh diubahsuai mengikut citarasa anda sendiri.

Saya gunakan:-

▪️patty ayam jenama Ramly
▪️roti (better guna gardenia , tapi sangat sukar nak dapat roti gardenia musim PKP ni)
▪️daun salad (pilihan)
▪️tomato*
▪️kubis putih + kubis unggu*
▪️bawang merah besar*
▪️cheese slice (pilihan)
▪️telur
▪️serbuk lada putih ajisho (pilihan)
▪️oregano (pilihan)
▪️serbuk kayu manis (pilihan)
▪️mayonis kewpie warna oren
▪️sos cili
▪️sos tomato
~pilihan bermaksud kalau tak nak guna pun boleh, tapi kalau guna lagi BAGUS

Cara-cara membuatnya:-

1. Potong semua bahan yang bertanda *.. potong seperti dalam gambar

2. Bakar sekejap roti, tak perlu lama sangat.. cuma nak garingkan sedikit sahaja.

3. Buat telur mata goyang  kemudian angkat





4. Masak patty ayam ramlee, letakkan secukup rasa/garam.. cucuk-cucuk sikit patty tu menggunakan hujung  sudip. 

4. Dadar telur dan tuang atas kuali leper, dan buat selebar yang boleh.. lebih lebar, lebih mudah proses membungkus patty ayam..

5. Letakkan pati ayam burger atas telur dadar tadi

6. Letakkan cheese

7. Letakkan telur mata tadi

8. Taburkan sedikit serbuk lada putih ajisho, sedikit herba oregano, sedikit serbuk kayu manis. (Saya boldkan sedikit tu, maksudnya sangat sikit ya(setengah cubit๐Ÿ˜…).... tak nak banyak sangat, nanti burger jadi tak sedap)


9. Bungkus menggunakan telur dadar tadi

10. Angkat dan dah boleh letakkan atas roti.

11. Untuk lapisan burger, mula-mula letakkan
~mulakan dengan sekeping roti gardenia,
~kemudian daun salad
~kemudian kobis yang dipotong halus
~kemudian 1 slice tomato
~kemudian 1 slice bawang
~kemudian letakkan sos cili, mayonis kewpie, sos tomato
~kemudian letakkan bungkusan telur dadar yang telah dibuat tadi
~kemudian letakkan kobis yang dipotong halus
~kemudian 1 slice tomato
~kemudian 1 slice bawang
~kemudian daun salad
~kemudian letakkan sos cili, mayonis kewpie, sos tomato
~Terakhir tutup dengan roti gardenia
~dan tadaaaaa... hasilnya



Siap... yeay!!

Dah bole sarapan... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

11 comments:

  1. Wah 2 jenis telur. Telur dadar dan telur mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... buat sendiri kan.. hehe.. so boleh la buat special..

      Delete
  2. wahhh meriah! Nanti boleh try ni untuk menu breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole try Farhana.. ๐Ÿ˜.. mudah je dan cepat๐Ÿ˜Š

      Delete
  3. Memang special betul ni... kalah kat kedai

    ReplyDelete
  4. im hungryyy!! you're real masterchef here!! izzati tak pernah pulak terfikir buat burger guna roti gardenia!! should try thiss!! thankyouuuu! love youuuu. <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba ni izzati... mudah je.. tapi tak layak utk mastercheff lagi ni๐Ÿ˜‚... actually, apa² jenama roti pun boleh..

      Delete
  5. Replies
    1. Slalu beli dekat luar, mesti pesan mayonese lebih... ni buat sendiri... meleleh² saya letak๐Ÿ˜…

      Delete
  6. sedap! kadang² buat camni gak kalau nak habiskan stok roti.

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...