Cara simpan daun padan agar tahan lebih lama.
Assalamualaikum,
Kita ada masanya memerlukan sedikit daun pandan untuk sesetengah masakan. Tetapi, mustahil untuk mendapat daun pandan dalam kuantiti yang sedikit di pasaraya. Kadang-kadang tu, masih banyak baki daun pandan yang tak digunakan. Simpan dalam peti ais refrigerator, bebrapa hari sahaja, dah mengering... sedih kan tengok pembaziran begitu.
But worry no more, this is the best way to keep your pandan leaf still in good condition for a month.. Yup... for a month and maybe more.
Ini adalah cara saya, ada beberapa cara lain, tapi saya lebih suka buat begini.
Mula-mula... kamu pisahkan satu-satu daun pandan tu dari pokoknya, dan cuci bersih.
Kemudian simpulkan satu-satu daun pandan tu macam dalam gambar atas tu.
Masukkan dalam tempat yang bertutup.
Simpan di peti ais bahagian sejuk beku...
Dah siapp...
Kalau nak guna, keluarkan banyak mana yang kamu perlu saja...
Dengan cara ini, daun padan akan tetap fresh, dan paling best, bau masih harum semerbak 😊.
Salah satu masakan saya, menggunakan daun pandan.
Salah satu masakan saya, menggunakan daun pandan.
Okeh itu sahaja perkongsiannya..
Daa..
hehe kak ana ada pokok pandan Mell tak yah simpan dlam peti ais, tapi tips yang baguas ni untuk yang tak ada pokok bolehlah guna bila perlu kan :)
ReplyDeleteWaa.. bestnya.. dapatlah guna daun pandan yang fresh🥺
Delete