APA PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Maksud dan Perbezaan antara keperluan dan kehendak

Assalamualaikum,

PKP hari ke-25. Semoga Malaysia dapat menghapuskan rantaian Covid-19 dan seterusnya pulih seperti sedia kala. Amin.. PKP dilanjutkan lagi hingga 28 April.. Saya redho, ini demi kebaikan kita semua.. 

Hari ni, saya mau bercerita tentang maksud keperluan dan kehendak. 

Baru-baru ini, selepas PM umumkan bantuan sempena perlaksanaan PKP untuk mengekang Covid-19, saya perasan, banyak yang mengupdate status, yang mana, menyebabkan saya tertanya... "ehh.. kau ni faham ka beza keperluan dengan kehendak???? Nak cakap b*d*h tak jugak.." 😅


Apa maksud keperluan

▪️Sesuatu perkara yang perlu ada untuk setiap manusia untuk terus hidup. 
▪️Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
▪️Manakala keperluan-keperluan lain yang turut diperlukan manusia zaman moden ialah pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Apa maksud kehendak

▪️Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa.
▪️Kehendak lebih merupakan pelengkap kepada keperluan.
▪️Kehendak manusia tidak terbatas dan sukar dipuaskan.
▪️Contoh kehendak ialah: kereta mewah, makanan lazat, rumah bungalow, pakaian berjenama dan banyak lagi..

Berikut merupakan perbezaan antara keperluan dan kehendak manusia

Klik imej untuk lebih jelas

Itulah dia keperluan dan kehendak. 

Benda ni, sepatutnya tanpa diajar pun, kita boleh bezakan sendiri samada ia perlu atau sekadar kehendak. 

Semoga info ini bermanfaat. 

6 comments:

  1. kalau belum gaji selalu mau beli barang ikut kehendak. sudah gaji twist terus p ikut kepeerluan

    ReplyDelete
  2. Setuju 100%. Now ramai orang tak tau nak beza and ada yang sampai lebihkan kehendak dari keperluan asas. Haha. Hoping more ppl can thing wisely about this. Nice sharing. <3

    ReplyDelete
  3. Kadang2 x dpt bezakan tapi elok utk latih Kita utk buat priority

    ReplyDelete
  4. ramai yang tak boleh beza kehendak dengan keperluan sampai kewangan tak terurus dengan cermat

    ReplyDelete
  5. hikmah musim MCO ni.. berbelanja dengan jimat.
    beli yang perlu saja. dulu zaman muda2 semua kehendak rasa keperluan hehe..

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...