KEPAK AYAM MADU RESEPI

Resepi Sayap Ayam Madu Sabahan Style
Assalamualaikum

Saya nak share satu resepi kepak atau orang Sabahan panggil Sayap Ayam Madu cara Sabah.

Saya suka beli sayap ayam ni. Selalu diorang jual tepi-tepi jalan... bau ayam yang dipanggang pun, sudah rasa sungguh menyelerakan... 🤤🤤..

Sebenarnya, cara bakar ayam tu, tak susah... sangat mudah dan resepi kepak ayam madu tu sungguh senang. Dari kita sahaja, rajin atau malas nak memanggangnya😁

Bahan-bahannya, simple, mudah dan murah... 

1. Kepak atau Sayap Ayam 10 ketul
2. Serbuk lada putih 1tbsp (dlm gambar, saya gunakan serbuk lada hitam sebab dah kehabisan serbuk lada putih😅)
3. Bawang putih (ditumbuk) 6 biji
4. Garam secukupnya
5. Amoi merah 10 biji

Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati. Kemudian perap, minimum selama 1 jam atau semalaman. Semakin lama anda perap ayam, semakin sedap rasa ayam anda.
Dah gaul.. akan jadi warna keorenan macam dalam gambar ni

Dah perap... boleh la bakar. Ada 3 cara untuk bakar ayam, yang paling disyorkan dan pastinya sedap ialah cara no.1::

1. Bakar atas bara api (barbeque)
~kalau rumah kamu ada ruangan untuk panggang memanggang, amat saya syorkan untuk bakar guna kaedah ini. Asap ketika membakar, bukan sekadar memedihkan mata anda ya, hihihi... asap ni sebenarnya membuatkan kepak ayam berperisa SMOKEY, lebih sedap dan wangi

2. Bakar menggunakan pan ajaib
~pan ajaib atau yang seangkatan dengannya ialah pilihan kedua. Walau rasanya tidak sesedap seperti yang dipaggang atas bara api, tapi masih kira sedap jugak ni
Ini saya panggang  menggunakan pan ajaib.. (sebab rumah kami tiada tempat untuk berbarbeque)

3. Bakar menggunakan Oven
~setkan oven 150°C, setkan api atas dan bawah... dan bakar selama dua jam atau sehingga ayam masak. Sentiasa periksa ayam kamu ya, sebab lain oven, lain suhu...

Itu 3 cara memanggang ayam. 

Ketika memanggang ayam, PASTIKAN kamu sentiasa sapu ayam dengan minyak... jangan birakan ayam kering... nanti hasilnya tak sedap... No pain,no gain..hahaha.. penat sikit tapi berbaloi.. selang 3 ke 4 minit, balikkan ayam dan sapu minyak... sentiasa balik-balikkan ayam sehingga ayam masak

Ini tips penting::
Minyak sapuan ayam, letakkan bawang merah dan putih yang ditumbuk.. gantikan berus sapuan kepada serai. Ketuk batang serai seperti dalam gambar. ini akan menambah rasa yang sedap pada ayam kamu ketika dibakar. 


Bila kamu dah nampak ayam telah masak... sapuan terakhir ialah MADU. Sapukan madu keseluruh permukaan ayam... kemudian bakar sekejap... dan angkat... 

Yezzaaa... siap... 
~gambar dah siap lupa snap, sebab ingat nak makan je😅
Boleh makannnnnnn... yummmm yummm

Simple ingredients, tapi hasil yang awesome😊

Okeh itu saja perkongsiannya..

Daa..

8 comments:

  1. Selamat berpuasa Mell. Lama tak pos.
    Ada guna asam boi merah ye. Menarik boleh cuba. Bahan tak susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga NA.. hihi tiba² mood berblogging kelaut😅..
      ~aah..kena ada asam boi merah... selamat mencuba ya😊

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap Ana Jingga.. boleh try.. anak-anak saya suka sangat makan ni😁

      Delete
  3. happy fasting!! during this Ramadhan, tak salah nak cuba resipi baru ni. Thank you chef!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy fasting jugak Izzati.. 😊😊.. ~kan, boleh pelbagaikan lauk untuk berbuka 🤤

      Delete
  4. Selamat berpuasa Mell. Ringkas resepi ni tapi Nurul tak tau amoi merah tu ape T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugak Nurul...😊
      ~hehe.. amoi merah tu, asam boi merah..hehehe.. ada dlm gambar atas tu..

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...