MAKAN MAKANAN SABAH DI SEMENANJUNG

Assalamualaikum

Dah lama nak post entry ni, tapi entahlah apa yang terjadi... entry ni asik duduk diam-diam sahaja dalam draft.. πŸ˜…

Sejak PKP ni... tak tau kenapa ya, adakah saya sahaja yang rasa atau orang lain pun sama... semakin penat pulak rasanya... kerja rumah makin menimbun dari biasa.. sakit pinggang mak cik oiii...

Lagi-lagi bila sampai waktu, untuk tambah barang keperluan dapur... semakin berganda-ganda la kerja rumah... allahu... satu persatu perlu dicuci...

Tapi entry kali ni, saya bukan nak kongsi tentang kerja rumah tu... hahaha... saya nak kongsi makanan kampung kegemaran saya, yang tidak ada di Semenanjung.. mungkin ada yang kenal, mungkin juga banyak yang tak kenal.. 😁

Makanan ni semua diimport dari Sabah... Husband balik sabah 11 Mac haritu, ada urusan keluarga... so adalah buah tangan yang dibawa dari negeri kelahiran saya tu.

Semua adalah makanan dari Sabah.. yezzza... bahagia tak terkata dapat benda rare... hahaha...

Okeh mari saya perkenalkan secara terperinci... satu persatu makanan tersebut..


Ini ialah Losun. Ada juga yang menamakan ia sebagai Lokio. Makanan popular orang berbangsa Kadazan,Dusun,Murut (KDM).. Bentuknya seperti daun bawang... tapi ini bukan daun bawang ya tuan-tuan dan puan-puan. (En.husband pun susah nak cam makanan bininya ni.. terpaksa buat video call sewaktu membeli..) 

Losun boleh dimasak:
-tumis dengan ayam + bunga kantan + sedikit lada putih. 
-Ada juga yang masak losun dengan tumis bersama ikan bilis dan lebihkan pedas... 
-Tapi saya selalu buat sambal losun.. Losun + belacan + garam + gula + Limau nipis... 
-ataupun saya tumis losun ni dengan bawang putih + bawang merah + lada putih + ikan masin + sambal tuhau + ikan masin + garam + gula... 



Ini pula adalah Lada Putih.... Susah nak bezakan lada ni dengan lada berwarna putih yang banyak di pasar-pasar tu... Rupa hampir sama tapi ianya berbeza... Rasa pun jauh beza.. Saya tak pernah lagi jumpa Lada Putih ni dijual di semenanjung.


Hampir sama kan.. 

Apa rasa lada putih?? Rasanya pedas.. hihihi.. Family saya biasanya masak lada putih ni, dengan bawang putih, bawang merah, campur dengan air asam sikit, ikan masin,  dan palin akhir masukkan petai ataupun patau. (petai dan patau punya rasa yang sama selepas dimasak.. tapi mereka dari spesis yang berbeza)


Sedikit berbeza bentuknya, tapi petai dan patau ni mempunyai rasa yang sangat hampir sama....




Ini ialah keropok ikan masin... kenapa keropok?... sebab bila digoreng, dia akan jadi seperti keropok... ia ikan masin yang dihiris nipis. Sedap dimakan bersama nasi putih panas, telur mata goyang, sambal belacan, kicap, dan sayuran.. Rasa sama seperti ikan masin, tapi versi keropok. 

Tips goreng: kena goreng dengan minyak yang panas ya... tak nak minyak yang baru nak panas... Penting agar ikan masin tu garing dan sedap dimakan.

Dahulu kala, saya buat business jual keropok ikan masin ni di Semenanjung, tapi sekarang dah stop.. kenapa stop? Sebab hati tak kental.. πŸ˜…πŸ˜… so jadilah business separuh jalan. Ramai juga yang beli, tapi disebabkan, susah nak dapatkan stok pada harga yang berbaloi, akhirnya saya stop... 🀦‍♀️



Ini pula adalah sambal Tuhau. Saya seorang saja yang makan sambal ni dirumahπŸ˜…. Husband tak makan... haha

Rasa tuhau?? Tuhau ni rasa kosong sahaja... macam makan ulam... kena cicah dengan sambal baru sedap... begitulah jugak tuhau.. kena campur dengan limau, garam, cili, gula, belacan kalau suka... OK baru sedap. Kalau makan tuhau sahaja, rasa tawar sahaja. Tuhau ni, ada bau seperti serangga sikit. Tu yang husband tak berminat makan... btw husband bukan orang KDM, so no wonder la dia tak makan tuhau.


Ini ialah sagu... Ataupun nama famous AMBUYAT. Disebabkan sabah ada berpuluh-puluh bangsa yang hidup secara harmoni... so, lain bangsa.. lain cara makan sagu... Family saya, makan ambuyat dengan cicah pada sambal belacan sahaja... simple..

Tapi family husband makan ambuyat dicampur dengan ikan masak asam... yess sedap... So, cara makan sagu ni bergantung pada bangsa atau suku kaum.. hehehe...

Rasa sagu?? Ia likat, sedikit kenyal , licin dan sedikit masam dan tawar.... Ambuyat ni, ada yang dibuat daripada sagu, ada juga yang dibuat daripada ubi kayu... dan ada juga yang hanya gunakan tepung kanji.. semua akan menghasilkan bentuk yang sama setelah dimasak tetapi mempunyai rasa yang sedikit berbeza...


Ini ialah kari ayam yang dimasak oleh mak mertua☺️😊😊... mak mertua kalau masak kari, memang awesome.... so, alang-alang dah husband balik kampung, saya request masakan kari ayam oleh mak mertua... jauh gila kari ni diimport kan... hahahaπŸ˜…..



Inilah semua barang-barang dari Sabah yang en.husband bawak balik KL... hohoho... belacan , ikan masin pari, mee kuning tawau, kek πŸ˜…πŸ˜… , agar-agar laut, kicap, amplang, jeruk buah kendondong yang mak mentua buatkan, keropok belinju..


Ini agar-agar laut.... dibeli khas oleh mak mertua untuk saya rasa... agar-agar ni banyak kalogen wooo... siapa yang nak sentiasa awet muda, makanlah agar-agar ni kerap... senang nak jumpa benda ni di Sabah... Tapi walaupun senang nak jumpa... secara jujurnya, ini kali pertama saya memakannya.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Rasa agar-agar??? Tak sedap πŸ˜‚hahahahaha... sama ada betul-betul tak sedap, atau lidah saya ni yang bermasalah ataupun.... penjual tu buat tak sedap... tak pasti yang mana satu punca ketidaksedapan itu.

Okeh itu sahaja perkongsian saya..

Daa..



6 comments:

  1. Belajar pengetahuan baru kecuali ambuyat pernah kenal dan rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. NA mkn dengan ikan masak asam ke??

      Delete
    2. Cuba makan kosong, takde dengan apa-apa. Nak tahu rasa camne. Hehe. Mungkin Mell bagi saya rasa dengan ikan masak asam.

      Delete
    3. Kan... idea bagus jugak tu NA... hehehe... tapi ikan masak asam yang saya masak tak power rasa diaπŸ˜…...

      Delete
  2. Semuanya rare ni. kat semenanjung memang susah lah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak Azhafizah... tapi harga memang kaw kawπŸ˜…πŸ˜…

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...