AYAM GORENG KOREA STYLE

RESEPI AYAM GORENG KOREA MUDAH

Assalamualaikum

Boring makan ayam goreng biasa, jom cuba resepi ayam goreng korea style...


(i)Bahan-bahan perapan ayam 
▪️Ayam 7 potong
▪️1 tsp lada hitam
▪️4 ulas bawang putih ditumbuk
▪️1 inchi halia ditumbuk
▪️1 tsp garam

(ii)Bahan-bahan tepung salut
▪️Tepung gandum 1 cawan
▪️Tepung jagung 1 cawan
▪️Tepung beras 2 Tbsp
▪️Serbuk lada hitam 1 tsp
▪️Garam 1 tsp
▪️Serbuk halia 1tsp
▪️Serbuk bawang putih 1tsp
▪️Baking soda 1tsp

(iii)Bahan-bahan sos salutan
▪️5 Tbsp sos tomato
▪️4 Tbsp sos cili
▪️4 Tbsp madu
▪️2 sudu cuka

Cara-caranya
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan(i) selama 1 jam.

2. Gaul sebati semua bahan-bahan tepung salut(ii). 
3. Kemudian pecahkan 1 biji telur kedalam bekas berlainan. Masukkan 3 sudu(sahaja) tepung salut kedalam bekas telur tadi, kemudian kacau sebati. Letakkan 1 sudu air.
4. Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap tadi.
5. Ambil satu ketul ayam, dan masukkan kedalam campuran tepung salut(ii). Pastikan tepung menyaluti semua permukaan ayam. Setelah itu, letakkan ayam yang telah disaluti tepung, ke bekas berlainan. Buat satu persatu, sehingga semua ayam disaluti tepung.
6. Goreng ayam. Apabila ayam hampir masak.. Angkat dan rehatkan sekejap, dalam 5 minit. Kemudian goreng semula untuk kali yang kedua... Apabila ayam sudah masak, angkat dan toskan minyak.

7. Potong 2 ulas bawang putih. Masukkan 3 sudu minyak kedalam kuali dan masukkan bawang putih tadi. Tunggu hingga bawang kekuningan. 
8. Masukkan sos salutan tadi, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
9. Masukkan ayam goreng, gaulkan sehingga semua ayam dibaluti sos. Angkat dan hidangkan.
10. Taburkan bijan keatas ayam tadi dan... dah siap... 
Sedap... berbaloi buat sendiri...

Ni kalau makan dekat kedai, dah puluh-puluh harga ni... hehehe

Boleh tonton video bawah ni, untuk lebih mudah faham... 

(Saya belajar dari video ni.. bahan-bahan yang saya senaraikan diatas adalah bahan mudah yang ada dirumah, bukan 100% ikut resepi dalam video ni..hehehe... so kalau kamu nak guna sukatan saya tu pun dah ok... memang sedap)

Kredit pada video Aneka Masakan With Rosie.M... ada penyelesaian diberi, sekiranya kamu tiada bahan yang disenaraikan... bagus video masakan gini... bukan senang nak jumpa😊


18 comments:

  1. Boleh buat nanti. Nak guna apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try NA... guna apa yg ada saja la kan... sos guchujang mmg tak pernah rasa dan beli😅.

      Delete
  2. Selalu mau buat, sampai sekarang tidak terbuat-buat lagi resepi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saja Elly... sama mcm masak ayam merah😅😅.. cuma resepi sahaja berbeza...

      Delete
  3. tk pernah lg buat sdiri..tp adik ipar ada buat

    ReplyDelete
  4. kalau bawang putih nak letak lebih sikit boleh tak cuz izzati ni garlic ghost. suka sangat bawang putih. hehe. pedas tak?? kalau pedas pun best, baru ada kick gitu!! hehe. thankyou for your sharing sis comey!! waiting for more recipe niii! hihi. ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tambah kuantiti sos cili/gochujang.. Garlic tiada masalah kalau nak lebihkan sikit.. (tapi jangan tambah banyak sangat, takut rasa bawang putih tu tenggelamkan rasa sos)..BTW saya pun suka garlic..hehehe

      Delete
    2. kalau izzati suka lagi pedas... boleh letak serbuk chili jugak...
      ~resepi saya tu versi tak pedas... untuk anak-anak kecil makan.. :)

      Delete
    3. Thank you sis comel!! Tak sabar nak cuba nii!! Hihi. <3

      Delete
  5. Replies
    1. Anak-anak mmg suka yang goreng², manis² gini kan kak ana.. 😁

      Delete
  6. nampak cantik kejadiannyaaa itu. tapi saya xleh buat cemni sebab mak x selera sngt yang fanccy2 ni. kena masak lauk2 normal juga. tapi bolehla kalo nak cuba buat sikit..

    teringat Kyochon pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk normal mmg kena selang selikan.. tekak asia kita kak😁

      Delete
  7. Sedapnya alhii... Jemput join segment resepi mam ye mell

    ReplyDelete
  8. Sedap ayam goreng korea ni. kalau buat suka ratah je :)

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...