KAHWIN DI KENINGAU ADAT DUSUN MUALAF

Entry hari ni saya nak bercerita tentang majlis kahwin di Keningau yang sudah berlalu... hehehe.. barulah berkesempatan dan berkerajinan untuk mengupdate blog.. (^_^)

Untuk pengetahuan, saya ialah mualaf. Perkahwinan kami ini bertemakan tradisi dusun, yang telah dilonggarkan sedikit adatnya.

Acara majlis bermula pada jam 3.00 petang.. Rombongan pihak lelaki tiba tepat pada waktunya dan pada ketika itu, pengantin perempuan tak siap lagi dimakeup.. boleh??? hahaha Gelabah la family saya sebab tak siap-siap lagi si pengantin perempuan.. Gong dipalu ketika pengantin hampir sampai di hadapan pagar rumah.. haha cuak gila masa ni sebab saya tak siap lagi..
Ini pengantin lelaki bersama abg dan adik²nya. 4 orang adik beradik.

Ini detik rombongan pengantin lelaki sampai dikawasan rumah pengantin perempuan.

Bergerak masuk melalui denai menuju kedalam rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan bapa mertua, mengetuai rombongan.

Okeh, dah sampai halaman pintu gerbang kahwin..hahaha waktu ni kalut tukang mekap menyiapkan makeup pengantin perempuan... makeup sangat cantik...saya suka 😍... tapi lambat sangat siapnya... hahaha. Bayangkan, pengantin perempuan mula makeup dari jam 12.00tgh, tapi jam 3 masih tak siap-siap 😂... mungkin ia adalah perkara biasa, makeup lama sebegitu untuk pastikan makeup benar-benar tahan lama.

Kalutlah mama c pengantin perempuan, menunggu bidadari tak keluar-keluar lagi dari bilik pengantin😆... saya pun gelabah jugak. Nak minta stop makeup, takut pulak..
Nanti, orang ingatkan hantu ju-on yang keluar bersanding...😅 mujurlah beberapa minit kemudian, make up selesai😄... lega gila perasaan bila selesai.


Rombongan pengantin lelaki disambut dengan barisan rumandawi😁. Pakaian tradisi kaum dusun sebagai pembuka bicara majlis. 😊😊 

Pengantin perempuan dibawa keluar dari bilik oleh bapa kesayangan😊. Waktu ni, perasaan stress gila😆. Apa yang stress tu??? Saya pun tak tau😆😆. Tapi betul stress!! Senyuman di bibir tetap terukir manis... walau hati kucar kacir😆.

Bacaan doa makan oleh bapa mertua... Pihak perempuan, menghormati agama pihak lelaki dengan bacaan doa makan dipimpin oleh bapa mertua.. Thanks my family... 😭

Ini waktu makan.. hehe ddk satu meja dgn mama bapa dan mama bapa mertuaku.

Sebelah kiri ni, my lovely parents😊

Sebelah kanan pulak, mertuaku 😊

Cedokkan nasi kepada mama bapa dan mama bapa mertua... actually ada yang offer nak tolong cedokkan nasi.. tapi pengantin perempuan refuse... biarlah saya yg cedokkan nasi utk diorang..

Salin baju, persandingan mengunakan baju tradisi dusun pulak.. 😊... saya sangat titik beratkan persalinan yang ini, sebab saya suka part yang ni😊.

Walaupun begitu, bila dah kalut sangat... semua lupa 🤦‍♀️. Saya lupa nak pakai rantai, gelang tangan dan anting-anting 😂.. lupa sangat.. huhuhu.. sob sob

Baju tradisi dusun
Kami dengan pengapit yang comel😄

Waktu ni, nak lihat persembahan tarian, so kena tukar kedudukan tempat duduk..

Persembahan dari Tk Dance... untuk pengetahuan, diorang semua ni merupakan anak-anak thalesemia... semoga terus sihat ya anak-anak.

Ini pula persembahan dari kanak-kanak KKD St. Agustinus 2. 😊

Waktu ni, My lovely parents pecah tradisi. Bantu pengantin minum minuman tradisi dusun. Thanks my parents... love both of you❤

Tapai
Minum tapai. Sepatutnya pengantin perempuan dan lelaki wajib minum tapai tu tau. Tapi my lovely parents longarkan adat ini. My parents wakilkan kami untuk rasmi tajau pengantin.. love both of you... 😘😘

Tarian sumazau... ha ha saya ni kayu, tak pandai menari.. husband pun kekok, tapi kita hentam sajalah😄

My mom and my husband 🤭


Tepi sawah padi, buat shooting gambar kahwin... cameraman waktu ni, sporting gila.. siap redah sawah untuk shoot gambar kami tau.. sian diorang.


Ehehe...

Buat photoshoot dekat belakang rumah sahaja... jadilah kan, daripada tiada 😄

Salin baju warna putih pulak.. ni waktu malam.. dalam jam 7 begitu.

Acara potong kek😊, kek putih, baju putih, so suci gambar ni. Hehe... perasan la pulak

Make up waktu ni dah semakin glowing.. betullah pesan tukang make up tu, makeup ni tahan lama, bila awak berpeluh, dia jadi lebih cantik... nampak wow!!

Saling suap menyuap antara husband and wife

Husband suapkan kek pada my parents

My parents pulak suapkan kek pada husband

Saya pulak suapkan kek pada my parents

Dan my parents suspkan kek pada anak bongsu dorang ni😊

Actually ada suap kek juga pada ibu bapa mertuaku... dan ibu bapa mertua suapkan kek untuk pengantin... hehehe (mana sudah gambar tu ya?? 🤦‍♀️)

Ini waktu acara dance bersama pasangan.. ibu mertuaku dan bapa mertuaku😊

Kami... suami isteri 😊.. senyum jangan tak senyum ha ha ha

My lovely parents 😊😊

❤❤😘 ini adalah sahabat karib dari zaman sekolah rendah, menengah, hinggalah zaman beranak pinak.. kurang seorang dalam gambar ni...

Love sign... separuh hati saya + separuh hati awak = hati yang lengkap.. awwww so suweet 😆

NOTIS Peringatan
Sesiapa yang membuat Pergaduhan / Pertengkaran di Majlis Perkahwinan Camillia dan Azree akan diambil tindakan mengikut adat kampung dan mengganti semua perbelanjaanya. Berjudi jugak tidak dibenarkan. 
Ketua Kampung Ria
(ALING GAPUS)
2 Mei 2015

Kamu pernah ternampak notis begini di tempat kahwin, kawan-kawan atau saudara mara?? Notis ni adalah perkara biasa di kampung Ria, Keningau. Papan tanda ini ditampal sepanjang waktu majlis berlangsung. Ini untuk mengelakkan tetamu membuat perkara seperti pergaduhan. Notis ini, ditandatangan oleh ketua kampung. So jangan buat main ok.

Salin baju lagi😂.. baju merah pulak.. waktu ni, pengantin perempuan dah parah sakit migrain... sangat sakit kepala waktu ni.. huhuhu... tapi gagahkan juga bagi senyuman manis.. dont ruin your own ceremony😄

Family mertua waktu ni dah berangkat balik ke rumah penginapan. Tangkap gambar dengan my lovely parents... senyum masih indah walau kepala dah rasa nak pecah😅

My family... thanks biarkan saya menjadi raja sehari... 😆😆... betul-betul  seperti raja waktu ni. Duduk saja.



Okeh.. still kami dengan posing tersendiri 🤭

Dalam jam 9.00mlm begitu, saya minta kebenaran mak untuk masuk berehat dlm bilik.... waduh, waktu ni... memang tak boleh dibawa bincang, sakit kepala yang teramat sangat.  Nak pecah dah rasa kepala... maybe sebab tak pakai spek mata... saya ni rabun jauh dan ada silau yg tinggi. So kalau tak pakai spek mata, memang akan pening. Kemudian migrain pun menyusul, sebab cahaya masuk mata banyak sangat.

Masuk-masuk je bilik pengantin.. mak aihh... berseleraknya!!!! 🤦‍♀️😭, mana hadiah bersepah, baju-baju atas katil, pasir di lantai.. alahaiiii... bertambah-tambah sakit kepala ni. Tak mampu dah nak kemas bilik. 😫 Sakit kepala sampai tahap nak marah semua orang.. So kami decide last minute, untuk tempah hotel yg paling hampir dgn rumah, Hotel Juta... 😅 mujurlah en. Husband faham... Terima kasih laki.

Sampai sahaja di hotel... cek in bilik... Tanggalkan contact lens dimata, dan apa lagi... TIDUR sampai tak ingat ada laki di sebelah 😅😅.

Sekian, begitulah perjalanan cerita kahwin di Keningau, rumah perempuan.

Biasanya, Kahwin di Keningau, akan berlangsung selama 3 hari (minimum).
Hari pertama: majlis kahwin (sanding)
Hari kedua: majlis kahwin untuk tawarkan tapai-tapai yang masih berbaki
Hari ketiga: Tanggal kehmah, masih juga dalam keramaian

Okeh, sekian saja perkongsiannya.

Thanks for reading my story gais.


No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...