4 Tips Membeli Rumah 2nd

Assalam.. Setelah lama tidak menjenguk bolg... sangat banyak sarang labah2... usang sudah blog aku ni..

Sebelum ini saya pernah share sebab untuk berumah sendiri. boleh baca DISINI entry tersebut.

Okeh kali ni aku saya nak bercerita tentang Tips Membeli Rumah berdasarkan pengalaman sendiri.

Ada 2 sebab kenapa kita membeli rumah, satu.... sebagai tempat kita tinggal, maksudnya kita beli untuk tinggal sendiri.. Kedua... untuk aset, maksudnya kita beli untuk investmen sahaja.. kita tak tinggal tapi sebaliknya untuk disewakan kepada orang lain.

Kami membeli rumah bukanlah untuk disewakan kepada orang lain, beli untuk duduk sendiri sebabnya harga bayaran bulanan sewa rumah sudah sama sahaja dengan harga bayaran bulanan beli rumah. Malahan ada yang lebih murah bulanan. Kan save bajet... bayar bulan-bulan.. untuk rumah sendiri. Berbanding rumah sewa, bayar bulan-bulan tapi orang punya rumah. Dahlah mahal, tak termasuk lagi tak boleh nak hias suka hati penyewa, Owner cerewet, kerosakan rumah taknak buat, last-last penyewa juga yang terpaksa cover sendiri (aikkk... terluah perasaan lah pulak)..hahaha

Perkara pertama yang saya pandang sebelum membeli rumah adalah

1) PASTIKAN HARGA BERPATUTAN DENGAN KEMUDAHAN DI SEKITARNYA
Ada sesetengah rumah dijual pada harga yang tak masuk akal dan mindaku... *_* Sudahlah mahal, tak ada lift, tingkat paling atas, sekitar tak ada tempat berbelanja barang dapur( ini paling penting, jangan terlepas pandang). Kita mungkin tak tahu range harga jual disesuatu tempat, tapi boleh agak-agak dengan berdasarkan apa yang ada di sekitarnya. Selalunya, harga rumah yang hampir dengan kemudahan bas, MRT, LRT, KTM.. harga memang melambung tinggi. Semakin dekat jarak rumah dengan kemudahan pengangkutan, maka semakin tinggilah harga market valuenya. hehehe... Selain dari kemudahan pengangkutan, Kemudahan bank, kedai makan dan kedai membeli belah. Ini sangat memberi kesan kepada harga jual sesuatu rumah. Kalau rumah jual mahal tak masuk akal, tetapi tiada apa-apa kemudahan, sila fikir sekali lagi sebelum membuat keputusan untuk beli Melainkan rumah tersebut adalah rumah banglo, harga memang mahallah kannn.


2) PASTIKAN KEMUDAHAN DISEKITAR TEMPAT RUMAH DIJUAL
Bank sangat penting, lihat sekitar tempat rumah yang nak dibeli... sila rajin-rajinkan diri meronda-ronda sebelum buat keputusan. Bank sangat penting, jika tiada bank pun, pastikan ada kedai yang sediakan perkhidmatan ATM mesin, contohnya Seven Eleven.. Penting ni sebab kalau nak membeli di kedai rumcit, kita tak boleh nak swipe, perlu ada cash. Seelok-eloknya, ada restoran atau kedai makan, ada kedai runcit. Lihat juga, kemudahan lain seperti khidmat bas rapid, teksi, uber dll. Lihat juga siapa jiran disekitar... warga asing atau tempatan. saya lebih suka berjiran dengan cina kerana sepanjang pengalaman berpindah randah, berjiran dengan macam-macam bangsa... saya lebih selesa berjiran dengan cina kerana diorang menjaga kebersihan. Dan Fasiliti sekitar jarang rosak.

3) SILA TINJAU KEADAAN DALAM RUMAH
Buatlah appoitment dan jenguk keadaan dalam rumah. Lihat keluasan rumah, kebersihan rumah, berapa jumlah bilik, tandas ok ke tidak, lampu dan kipas masih ada atau tidak, tingkap ok atau tidak, keadaan lantai macam mana. Ada sesetengah rumah, dah renovate lantai tampal tiles. Cek betul-betul tiles, masih ok ke, kalau pecah atau banyak yang tercabut, minta nego harga lebih rendah sebab kos nak baiki tiles bukan murah. Pintu dan grill juga kena check elok atau tak. Ada grill yang dah hampir tercabut atau beam pintu yang dimakan anai-anai. Ini semua boleh dijadikan sebab nak minta kurangkan harga rumah. Pandai-pandailah main ayat dengan agen tersebut. Ada juga rumah yang kita tinjau masih banyak perabot didalam, yang ini berhati-hati, tinjau keadaan lantai atau tempat yang diletakkan barang-barang. Kadang-kadang, Owner rumah sengaja meletakkan benda-benda besar untuk halang mata kita dari nampak kerosakan disebalik timbunan barang tersebut...JANGAN..JANGAN..JANGAN.. membeli rumah tanpa tinjau rumah. Nampak harga dalam internet rendah... terus beli.. jangan MALAS. Saya dan suami, tinjau hampir berbelas rumah sebelum buat keputusan mana yang terbaik. Memang penat tapi berbaloi. Kenapa tinjau sampai berbelas-belas rumah??? sebab bini dia ni sangat cerewet..hahaha.. yerlah takkanlah nak rumah kecil tapi harga mahal.

4)RAJIN-RAJINKAN TANGAN UNTUK MENGOOGLE RUMAH YANG KAMU BAKAL BELI
Harga murah itu satu bonus tapi rajinkan tangan untuk google nama flat/apartmen/dll yg kamu bakal beli ya... ini untuk tinjau sejarah rumah tersebut... biasanya rumah² yg dihuni oleh makhluk² dari alam lain ni, jika beruntung ada diupdate oleh mereka² yang telah mengalaminya.. hehe lucu kan tips ke4 ni... tapi benar... sanggup ke nak tinggal dirumah yg berhantu... i tak sanggup... haha


Okeh itu 4 tips daripada saya....

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...