SIMPTOM KORONAVIRUS DAN KRONOLOGI

Assalamualaikum...


Belum reda virus influenza, sekali lagi dunia dikejutkan dengan kemunculan virus baru yang dikenali sebagai koronavirus. 

Kemunculan virus baru ini sangat mengemparkan seluruh dunia kerana telah meragut banyak nyawa. Berikut merupakan kronologi dari awal koronavirus .



Penulisan Dari Dr Rusyainie

Berikut penulisan Dr Rusyainie di laman FB
beliau
.
Fakta dan kronologi tentang Novel Coronavirus yang menyebabkan Wuhan Pneumonia.
31/12/19 – Pejabat WHO di China dimaklumkan tentang 44 kes penumonia yang tidak diketahui punca berlaku di daerah Wuhan.
11/01/20 – WHO diberitahu oleh National Health Commission of China yang wabak pneumonia ni mempunyai kaitan dengan sebuah pasar menjual makanan laut di bandar Wuhan.
Melalui penyiasatan epidemiologi, kebanyakan pesakit telah melawat atau bekerja di Huanan Seafood Wholesale Market di bandar Wuhan, Wilayah Hubei di China.
Haiwan liar dan ternakan keduanya dijual di pasar terbabit.
07/01/20 – Pihak berkuasa China dapat mengasingkan virus yang disyaki menyebabkan jangkitan radang paru-paru. Ia adalah Coronavirus jenis baru.
12/01/20 – Mereka berkongsi jujukan genetik virus ni kepada negara lain untuk mengenalpastinya melalui ujian diagnostik yang spesifik.
13/01/30 – Ministry of Public Health of Thailand memaklumkan yang mereka menerima 1 kes diimport dari daerah Wuhan.
15/01/20 – Ministry of Health, Labour and Welfare di Jepun mendapat 1 kes yang juga dibawa dari daerah yang sama.
20/01/20 – National IHR Focal Point (NFP) for Republic of Korea mengumumkan kes pertama Novel Coronavirus di negara itu. Sperti di dua negara lain, kes ini berasal dari daerah Wuhan.
Menurut laporan WHO bertarikh 20/01/20, setakat ni terdapat 282 kes yang disahkan disebabkan oleh nCoV:
  1. 278 – China – Hubei, Guangdong, Beijing dan Shanghai
  2. 2 – Thailand
  3. 1 – Jepun
  4. 1 – Korea Selatan
Dari 278 kes di China:
6 kematian
12 dalam keadaan kritikal
55 mengalami simptom yang teruk

Virus ni boleh menjangkiti dari haiwan ke manusia, malah ia boleh merebak dari manusia ke manusia. Berita terbaru mengatakan, nCoV mungkin berasal dari ular dan kemudiannya merebak ke manusia.
nCoV menjangkiti hidung, tekak dan sinus. Ia juga dipanggil Wuhan Virus dan menyebabkan simptom seperti pneumonia iaitu demam dan sukar bernafas.
Ia dikatakan sedang mengadaptasi dan bermutasi menyebabkan ia lebih sukar dikawal dan ditangani. Tetapi setakat ni, semuanya masih mampu dilaksanakan oleh pihak berkuasa di negara asal iaitu China dan semua negara terlibat.
KKM telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani kemungkinan penyebaran virus ini ke dalam negara kita.
Harap semua jangan panik ok. Mereka ni berautoriti dan mempunyai kepakaran dalam kes kejadian jangkitan kluster ini.
Ni termasuklah mengesan kemungkinan kes yang dibawa masuk melalui semua pintu sempadan negara, dengan meletakkan anggota perubatan yang bertanggungjawab untuk screen semua kru dan pelawat dari Wuhan. Kad Amaran Kesihatan diberikan kepada mereka yang baru pulang dari Wuhan.
Melalui berita yang saya baca, daerah Wuhan telah dikuarantin dan perkhidmatan pengangkutan awam juga telah dihentikan sementara untuk mengekang merebaknya virus ni.
Dari berita yang sama, 17 orang telah dilaporkan meninggal dunia disebabkan n-CoV sehingga tarikh hari ni.
1 kes telah didapati di Amerika Syarikat, juga dibawa masuk oleh pesakit yang datang dari Wuhan.
Memandangkan Tahun Baru Cina dalam masa beberapa hari lagi, dan inilah migrasi manusia terbesar dalam dunia, kerana penduduk China yang berjumlah 1.417 bilion. Ini merisaukan pihak berkuasa di China kerana ia membuka peluang untuk virus ini merebak dengan cepat.
Setakat ni tak ada larangan perjalanan dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia ke daerah Wuhan atau mana-mana wilayah di China yang mempunyai kes di kawasan mereka.
Apa-apa pun, pentingnya mengamalkan tabiat hygiene yang betul setiap masa. Sama seperti kita nak mencegah mendapat jangkitan respiratori atau sistem pernafasan Influenza atau virus lain. Jadikan ia sebagai amalan kita dan keluarga.

Apa itu Koronavirus?

Koronavirus adalah virus yang sering terjadi pada spesis haiwan. Ianya amat jarang untuk manusia terjangkit. Akan tetapi dengan berita baru-baru ini, menunjukkan yang ianya mulai menjangkiti manusia. Perkara ini mungkin disebabkan virus ini mula berevolusi dan tersebar kepada manusia.
corona virus
Jenis koronavirus pada manusia adalah;
  • 229E (alpha coronavirus)
  • NL63 (alpha coronavirus)
  • OC43 (beta coronavirus)
  • HKU1 (beta coronavirus)

Simptom dan tanda-tanda Koronavirus

Berikut adalah tanda-tanda (simptom) seseorang itu dijangkiti coronavirus:
  • Hidung berair (berhingus)
  • Sakit kepala
  • batuk
  • sakit tekan
  • Demam
  • Merasa tidak sedap badan.

Cara Mencegah Terkenan Koronavirus

Beberapa cara yang boleh diamalkan agar tidak terkena virus ini adalah;
  • Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air paling kurang selama 20 saat.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang kotor (tidak berbasuh)
  • Elakkan dekat dengan mereka yang sedang sakit
  • Jika anda sedang tidak sihat, duduk di rumah sahaja.
  • Tutup mulut menggunakan tisu atau tuala kecil ketika batuk atau bersin. Kemudian buang tisu tersebut ke dalam tong sampah dan basuh tangan.

Rawatan Koronavirus

Tiada rawatan spesifik bagi Koronavirus.
Jika anda ada tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, segera berjumpa doktor.

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...