Assalamualaikum...
Hari ni mau story morey tentang hobi laki yang kaki pancing.
Semalam husband pegi memancing semalaman di klang. Husband ajak saya, tapi takkan lah nak angkut c baby 3 bulan tu nak bermalam dkt tepi pantai... of course saya tolak....hahaha no..no..no.. dengan 2 org kakak c baby yang banyak ragam... buat pening kepala mummy dia ni saja... lebih baik la, ddk lepak di rumah sambil layan movie kah, baca² blog org lain kah, tgk youtube kah, menjahit kah... lagi bermanfaatππ.
So disini, saya sebenarnya nak berkongsi tempat memancing yang husband terjah dah 3 kali rasanya. Dan semalam barulah berjaya bawa balik ikanπππ. Selalu balik bawa batang pancing jeπ.
Tempat memancing ni ada 2 tmpt, tepi pantai (pantai ke ekk...) dan jeti... dan jika korang datang awal, boleh pasang kemah. manalah tau nak berkemah dgn anak bini. Ramai jugak org bercamping dkt sini.
Gambar atas ni tempat yg boleh anda pasang kemah.. ada grandstand dkt sini.. bole jugak pasang kemah atas tu.
Husband memancing dkt sini sebelah petang... dari jam 5pm- 11pm. Sini ada ikan tapi banyak batu... so bersabarlah dengan batu² tersebut ya...
Semalam husband memancing dgn kawan office... kawan dia tu bawak anak bini, sebab dorg sekeluarga pun suka memancing. So sesuai sangat la kan nak berkemah. Kawan husband tu pasang khemah dkt² area gambar atas tu.. sorrylah, husband tak tangkap gambar, gambar atas pun dari ehsan google jeπ
.
Alamat memancing:
Near Lingkaran Sultan Hishamuddin, Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
Atau tekan link ni.
mesti jumpa punya.
Dalam jam 12.00am, dorang bergerak masuk ke jeti. Nak masuk jeti ni kena bayar, RM10.00 utk 1 batang joran.
Di pintu masuk jeti, ada jual udang segar untuk dijadikan umpan. Harga ikut besar udang
-kecil RM1.00 ~3 ekor
-sederhana RM0.50 hingga RM1.50 seekor
Gambar atas adalah pintu masuk ke jeti.. gambar sumber ehsan dari google
Okeh atas ni gambar di jeti... gelap gelita sebab waktu tgh malamπ
Ni ikan yang berjaya ditangkap.. ikan apa tu ya?? π
π
... saya ni tak arif sangat dengan ikan. Rasanya ikan belukang.
Okeh gambar atas ni yg dah siap siang.. ππ menangis nak siang ikan belukang... dah lama tak siang ikan..mau juga 10 tahun (i mean, ikan fresh dan yg saiz besar, selalunya beli dan mintak siang dan potong siap²π
) waduhhh... seram pulak nak siang ikan ni rupanya... mcm² ada dlm fikiran.. takut benda apalah yg ada dlm perut ikan ni..ππ
π
. Ntah kenapa, rasa mcm ikan tu still hidupπ
π
.. takut ikan tu tiba² melompat²... aduhaiii la mell... jgn ko lupa daratan sana... dulu waktu kecil² ko tu yang siang ikan selepas kena pancing. π
ππ.
Ada pemancing bagitau..ikan belukang sedap masak asam pedas... ermmmm.... tak pernah masak asam pedas... lagipun bahan tak cukup utk masak asam pedas.. so maybe, saya masak 3 rasa je ikan tu.. nak cukupkan bahan dulu, baru try masak asam pedas.
Keh... itu saja perkongsiannya.. thanks sudi baca.
Follow blog saya ye kawan² semua.. and comment dibawah.. i will follow you backπ
Daa..
No comments:
Post a Comment