Tips untuk anak yang tak suka berus gigi
Assalamualaikum...
Kali ni saya mau share tentang tips yang saya gunakan pada anak² saya supaya rajin berus gigi..
Lily setakat ini, amat suka berus gigi... hehehe... antara tips yang saya guna supaya lily rajin berus gigi ialah
1. Beli ubat gigi perisa kegemaran anak. Lily amat sukakan strawberry... so untuk bagi dia semangat untuk berus gigi, saya kerap belikan ubat gigi berperisa strawberry.
2. Biar anak pilih berus gigi kesukaan... untuk naikkan semangat anak memberus gigi, biarkan anak pilih berus gigi sendiri... anak² suka berus yang ada gambar kartun. So let it be. Jangan terlalu ketat dengan anak². Buat anak enjoy dengan rutin berus gigi. Jangan bagi anak berus gigi yang keras mahupun medium hard.. cari tahap kelembutan berus gigi soft. Ini sesuai dengan gusi anak² dan tidak menyebabkan anak rasa sakit sewaktu memberus.
3. Usahakan mula memberus gigi anak seawal anak mula tumbuh gigi pertama. Sebaiknya sejak dari baby lahir lagi, kerap cuci lidah bayi... ini membuat anak sudah biasa dengan rutin mencuci gigi, lidah.
4. Sewaktu memberus gigi anak, jangan kuat² ya😅... sebab bila anak rasa mulut luka sewaktu diberus... ini memberi memori yang berus gigi itu sakit. So please do it as soft as you can.
Ermm.... rasanya, itu saja yang saya praktikkan agar anak rajin memberus gigi...
Harap² tips tadi dapat membantu parents yang memerlukan...
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
Assalamualaikum Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...
-
Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak. Assalamualaikum, Bagi penggemar western fo...
-
Assalamualaikum.. Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenap...
-
sumber: stock.adobe.com Assalamualaikum, Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert. ...
No comments:
Post a Comment