Tips potty training anak atau cara ajar anak bebas pampers



Assalamualaikum...

Ajar anak untuk bebas pampers bukanlah satu benda mudah, selain memerlukan kesabaran... ibu dan bapanya juga kena berilmu... barulah latihan akan berhasil.

Ini saya bagi beberapa tips untuk ajar anak bebas pampers/diapers free.

1. JANGAN MARAH TAPI KENA TEGAS
Paling utama ialah, parents tolong jangan marah anak sekiranya anak terkencing atau terberak semasa dalam proses belajar bebas pampers. Jika anak anda terkencing, bagitau anak untuk beritahu sekiranya anak ingin kencing atau berak... anak² dalam proses belajar, selalu terlupa yang mereka sedang diapers free. So jangan marah tapi kena tegas untuk ingatkan mereka.

2.KERAP BAWA ANAK KE TANDAS
Untuk hari pertama belajar bebas pampers, beritahu anak yang dia dah tak perlu lagi pakai pampers sebab dah pandai. Tanya dan bawa anak ke tandas setiap 5 minit. Jangan jemu bertanya. Dan jangan penat melayan karenah anak. Ada anak yang akan menangis atau marah bila kita kerap bawa anak ketandas. Walaupun anak tak ada hajat untuk kencing/berak, tetap bawa anak ketandas setiap 5 minit. Biarkan anak duduk di tampui. Disini sebenarnya kita sedang mengajar anak, macam mana rasa kencing tanpa pampers. Jangan malas tau...hahaha... memang penat, tapi keputusannya berbaloi.

Untuk hari kedua, boleh tambah masa dari setiap 5 minit ke setiap 10minit.

Hari ketiga, tambah masa dari setiap 10minit ke setiap 20minit.

Hari ke empat, dari setiap 20minit, ke setiap 30minit.

Hari kelima, dari setiap 30 minit ke setiap 1 jam.

Hari keenam, biasanya anak dah pandai beritahu sekiranya nak terkencing..

Jangan skip cara diatas kalau nak kesan yang cepat... hahaha... mak² atau bapa² kena usaha kuat dan tabah... biasanya, sekiranya ikut tips diatas, anak tak akan terkencing merata.

Hari ke tujuh dan seterusnya, bagitahu sekali sekala sahaja sekiranya anak ingin ketandas..
-cth: lily, masuk tandas, kencing.
Jika anak bagitau, tak nak terkencing. Jangan paksa, biar anak rasa macam mana perasaan hendak terkencing tu. Tapi sekiranya anak dah kepit² kaki tu, maksudnya nak terkucil atau terberak la tu... haaahhhh ini parents kena arahkan anak ke tandas.. sebab anak suka tahan², sampailah akhirnya terkencing diseluar.

3. BERI PUJIAN JIKA ANAK SEMPAT BERITAHU NAK TERKENCING/TERBERAK DAN SEMPAT MENYELESAIKAN HAJAT DALAM TANDAS
Jangan kedekut memberi pujian pada anak, semakin rajin anda memberi pujian, semakin cepat proses anak bebas pampers.

4. KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI
Berbincanglah antara suami isteri sebelum laksanakan proses bebas pampers anak anda. Ini penting supaya suami dan isteri sama² membantu melancarkan perjalanan pembelajaran si anak.

5. PARENTS KENA TABAH DAN CEKAL
Untuk beberapa hari awal proses bebas pampers, ibu² dan bapa² kena cekalkan hati. Anak terkencing sewaktu leka bermain itu perkara biasa. Jangan stress. Anak menangis sewaktu proses bebas pampers, itu perkara biasa. Anak banyak beri alasan, itu perkara biasa😅. Jangan termakan dengan lakonan anak ya... sebab anak² kita ni bijak, so parents kena lebih bijak dari anak. Carilah cara bijak untuk patahkan alasan anak.

Cth: Anak taknak ke tandas sebab geli..
Parents boleh puji yang anak dah pandai... budak pandai dah tak pakai pampers.

Jangan biasakan untuk beri hadiah sekiranya anak ke tandas. Tak perlu hadiah, cukup sekadar pujian.

6.PAKAIKAN ANAK SELUAR YANG MUDAH UNTUK DITANGGALKAN DAN DISARUNG KEMBALI
Pililah seluar yang mudah untuk anak  tanggalkan dan sarung kembali. Ini penting untuk jaga mood anak sewaktu proses bebas pampers. Jangan pula ibu² atau bapa² pakaikan seluar jeans ya... seluar jenis ni akan membuatkan anak stress sebab perlu dizip dan dibutang.


Okeh... rasanya itu saja perkongsian dari saya... tips² diatas saya beri berdasarkan pengalaman sendiri potty training anak saya yang berumur 2 tahun 5 bulan.

Yang baju pink tu anak sulung saya... dah 1 tahun diapers free.... yang baju merah tu anak ke-2... tunggu dia umur 2 tahun dulu, baru nak train bebas pempers.

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...