SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY




Jalan-jalan di alam maya, blogWalking sambil melawat teratak rakan-rakan blog, terserempak dengan Giveaway... makanya ambil masa sekejap, meriahkan giveaway rakan² blog.. 


Kalau rakan-rakan lain nak join, klik pada banner atas tu sahaja ye...


Ada backlink ke page dan syarat-syarat giveaway... syaratnya teramat mudah.. 


Jom kawan², meriahkan giveaway SYEEDA SANIEY.. 

Digital Arts Giveaway



Hari ni luangkan masa untuk join segmen rakan-rakan blog... kalau ada rezeki, alhamdulilah... 😁


Segmen ni dianjurkan oleh CUYA.. cantik-cantik digital art oleh cuya ni.. kalau kamu berminat nak join segmen boleh klik banner atas tu ya..


Kalau berminat nak tempah, boleh wassap dekat nombor yang cuya sertakan tu ye... 


Saya dapat 5 kali undi.. yeayy!!!! 

Ni nama ig dan youtube saya ye Cuya ☺️.. good luck to me.. 

Ig: camillia_tony

Youtube: SITI NUR CAMILLIA TONY


5 DIS 2020 - 5 JAN 2021


Syarat-syarat :

1) Copy banner ,backlink dan tulis entri blog bertajuk " Digital Arts Giveaway"
2)Follow setiap sosial media di bawah. Satu follow akan dapat  satu nama untuk undi.

*Follow blog ni  https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/ (satu cabutan undi)
@prelovebukubycuya (satu cabutan undi)
@artsbycuya  (satu cabutan undi)
@ _suhxj  (satu cabutan undi)
*  Subscribe Youtube La Dolce Ame (satu cabutan undi)

Ini bermakna,kalau follow ketiga2 instagram,blog dan youtube di atas, nama anda berpeluang dicabut sebanyak lima (5) kali.
Satu ig mewakili satu nama untuk dicabut undi.Begitu juga sekiranya anda subscribe channel saya.

3) Copy gambar dan ayat di bawah ke dalam entri anda.


Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?
Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!





4) Dah siap? Post dan komen link anda di bawah.Jangan lupa nyatakan nama ig dan channel sekiranya anda ada. Beritahu juga instagram mana yang telah anda follow untuk kira cabutan undi nama anda.


Pemenang akan dicabut undi secara manual ya.

HADIAH???

TEMPAT PERTAMA

2 buah Digital Drawing

TEMPAT KEDUA & KETIGA

Sebuah digital drawing


Macam mana rupa digital drawing? Macam banner Cuya dan gambar di atas ya.Tu gambar Cuya lukis sendiri..hehe
Nak buat digital drawing pon bukan senang tau.Maklumla Cuya tak pro.

So korang,apa tunggu lagi jom join!!!

Walaupun giveaway start esok,dah boleh hantar penyertaan okay?

Goodluck guys!

Giveaway by ejulz & faizzahamir

 


Dah lama tak join giveaway... harini saya join give away oleh ejulz dan faizzahAmir.. 

Syarat-syarat giveaway ni mudah saja kawan².. jika korang berminat boleh klik pada banner diatas untuk join ya.. tarikh akhir penyertaan pada 25 Dec ni... 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;

2. Buat satu enrti bertajuk "Giveaway by ejulz & faizzahamir". Letak banner diatas dan backline ke post ini;

3. Follow blog ejulz dan faizzahamir;

4. Follow youtube ejulz dan faizzahamir;

5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;

6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.


Tarikh tamat 25 DISEMBER 2020.

Donut Gebu mudah, pasti jadi


Donut gebu dan lembut dari pagi hingga ke petang

Assalamualaikum, 

Dah lama tak menulis blog, terlalu sibuk dengan tugasan pejabat dan menjaga anak-anak yang semakin lasak 😅.

Hari ni, saya ambil kesempatan untuk kongsi resepi donut gebu dan lembut dari pagi hingga ke petang. Moga bermanfaat untuk semua.

Bahan-bahannya:

1. 3 cawan tepung gandum
2. 1 cawan air suam kuku*
3. 2 sudu besar susu pekat manis*
4. 1 sudu besar secukup rasa / kalau guna garam 1sudu teh*
5. Setengah peket yis*
6. 2 sudu besar mentega
7. 2 sudu besar gula*
8. 1 biji telur



Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan bertanda *  (air suam, susu pekat, secukup rasa dan yis) didalam bekas. Saya gunakan jug untuk elakkan yis tumpah. Biarkan selama 15 minit

2. Kemudian gaulkan tepung gandum, mentega dan telur. Gaulkan hingga sebati. 

3. Masukkan yis yang telah mengembang kedalam adunan tepung tadi.. Gaul lagi sehingga menjadi doh.

*Doh akan jadi sedikit melekit macam dalam gambar bawah ni, ye memang begitulah doh yang kita nakkan.




4. Rehatkan adunan selama 1 jam. Doh akan kembang 2 kali ganda.

5. Kemudian uli doh yang telah direhatkan untuk keluarkan angin di dalam tepung. Jika doh melekat pada tangan, taburkan tepung gandum atas doh dan uli.. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat. 

Saya bulat-bulat macam ni saja sebabnya tiada acuan donut. Jadinya, buat sahajalah macam ni..


Pastu cucuk dekat tengah dan guna jari kita, pusing-pusingkan donut tu


Hasilnya 😆.. sangat tak sempurna.. hihi takpe yang penting rasa sedap🤭🤭..
 

Terpulang pada kamu nak buat bentuk apa pun... semua pun boleh.

Pastikan kamu tabur dengan tepung, pinggan tempat donat yang dah siap dibentuk.

Sebaiknya, selepas bentukkan doh,  biarkan doh rehat lagi sehingga doh mengembang 1 kali ganda.

6. Kemudian boleh goreng.


Pastikan minyak dah panas baru masukkan donut ye


Warna perang sikit, angkat dan toskan


Blender gula putih dan gaulkan pada donut yang dah sejuk. Jangan letak gula waktu donat masih panas, nanti tak cantik kejadiannya.

Kalau kamu rajin lagi, boleh juga salutkan donut kamu dengan coklat dan hiaskan.


Yummy...


Masukkan dalam peti ais sebentar untuk keraskan coklat tu.. kemudian... sedia untuk dimakan..


Donut salut gula halus 🥰


Donut letak coklat 🥰


Sedap dan berbaloi...

Daa..









Cafe Kucing di Melaka - CatWalk Studio

Assalamualaikum,


Sempena cuti kemerdekaan 31.08.2020, kami anak beranak merancang ke Melaka bercuti-cuti Malaysia... Percutian tanpa dirancang pun sebenarnya.


Seperti biasa, walaupun program secara tiba-tiba, tapi untuk elakkan anak-anak meragam dan bosan sewaktu bercuti... so sepanjang percutian, kenalah yang berunsurkan sesuatu yang menarik minat anak-anak.. 


Setelah membuat perancangan dalam waktu yang singkat, saya dah senaraikan pada en.husband tempat-tempat untuk kami lawati..


Pertama ialah CatWalk Studio.. Nak bawa diorang tengok dan main denga kucing.


Ini ialah cafe yang bercirikan kucing... diorang ada sediakan masakan panas dan minuman... dan jika berminat, boleh la masuk dalam bilik kucing untuk bermain dengan kucing. Ada pelbagai jenis kucing dalam di cafe ni.


Bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.00pagi, sampai di CatWalk Studio lebih kurang jam 1.00tghari. Masa yang amat sesuai untuk singgah di sini untuk isi perut makan tengahari sambil melayan minat anak-anak pada kucing. 


yeayy!!! cuti-cuti dulu....

3 minion di bahagian belakang


Jam 1.00 tengahari, kami sampai di CatWalk Studio... 

Inilah cafenya.. 


Pakai Mask dulu sebelum masuk cafe...

Disini kami pesan nasi goreng cina (x pedas), nugget, sirap ais dan sirap laici... Yang best disini, kami dapat fries dan 2 botol minuman sirap percuma.. (😍... saya memang suka dengan benda-benda percuma🤭).. tapi lupa pulak nak ambil gambar... 


ini suasana dalam cafe.. bersih


tak sabar-sabar anak-anak nak jumpa kucing.. kucing dalam bilik kedap bunyi


My sweetheart

Pada mulanya, nak makan dulu baru main-main dengan kucing... Tapi disebabkan Lily dan Lea dah tak sabar nak bermain dengan kucing, kami pun bawalah diorang masuk kedalam. 


Masuk dalam, kalau umur lily(3 tahun) dan lea(2 tahun), perlu ada orang dewasa masuk sekali.. sebabnya takut diorang picit atau cucuk-cucuk kucing tu (ya ini memang anak saya c Lea buat waktu dalam bilik kucing 😑😑🤦‍♀️)


Untuk masuk bermain dengan kucing ada bayaran lain... rm15 untuk kanak-kanak dan rm20 untuk orang dewasa.


harga masuk untuk main dengan kucing

Kucing-kucing disini sangat manja... tak perlu risau dicakar🤭... Bila masuk sini, pekerja akan beri makan pada kucing-kucing... jadi dapatlah ambil gambar dikelilingi kucing... Lily memang sangat eksited waktu ni... peminat kucing nombor satu.


ni gambar waktu kucing-kucing tu tengah makan atas riba


comel... lama dah tak belai-belai kucing


suka sangat dengan gambar ni


peluk ke picit tu?


kesukaan...


antara semua, kucing ni paling manja 


holoh-holoh... manjanya kucing gemok ni..


Sphynx cat


unik mata kucing ni... sebelah biru, sebelah kuning


kucing parsi

Diorang beri masa 45 minit untuk main-main dengan kucing, tapi kalau orang tak ramai... bolelah main lama-lama sikit.


Sebabkan Rizqi masih kecil, baru umur 10 bulan... jadinya, Rizqi duduk dengan daddy sahaja di luar... 


Rizqi dengan daddy...

Memang serononk bila tengok anak-anak gembira dapat sentuh dan main dengan kucing.. Bolehlah anak-anak lepaskan tekanan... asik berkurung dalam rumah sahaja kan... hihihi


Kami anak beranak

Baca juga Melawat Taman Burung Melaka


Baca juga Melawat Taman Buaya Melaka


Baca juga Melawat Zoo Melaka


Okeh begitulah kisahnya kami melawat  di Cafe kucing CatWalk Studio... 


Cafe ni tutup setiap hari Khamis ya.. so jangan datang hari Khamis. Masa operasi ialah dari jam 10.30 pagi hingga 7.00 petang.


Sekian, Semoga bermanfaat..


Daa






Melawat Taman Burung Melaka

Assalamualaikum


Percutian sempena cuti hari Merdeka yang ke 63, kami sekeluarga bercuti-cuti di Melaka... Selepas menjamu selera di Cafe Kucing CatWalk Studio.. kami terus bergerak untuk checkin di hotel Link.


Disebabkan kami ni jenis suka buat percutian secara tiba-tiba tanpa dirancang, maka semasa sampai di Melaka, kebanyakan hotel dah fully booked, mujur en.husband berjaya juga booking secara online, hotel Link. Rezeki kami anak beranak. Jadi, adalah tempat untuk berehat selepas penat bersiar-siar diluar. 


Ini hotel tempat kami tidur.. hotel ni bersih, ada lift, ada wifi yang laju. Sempat lagi en. Husband download movie menggunakan Wifi diorang.. hehe 


Link Boutique Hotel

Sedang tunggu bilik dikemas

suasana dalam bilik


Percutian kami kali ni, saya hanya fokuskan pada anak-anak  untuk mengenali haiwan... jadinya, Selepas checkin, kami terus bergerak ke Taman Burung Melaka. Nak kenalkan anak-anak tentang jenis-jenis burung. Kami bergerak ke Taman Burung lebih kurang jam 3 petang.


wajib gambar dengan burung kakak tua warna merah ni... bukti sampai kesini hahaha

sempat bergambar dengan patung dinasour dekat depan kaunter bayaran masuk

Waktu sampai sini, tak ramai orang, jadinya kami tak perlu beratur.. rezeki


Di bahagian depan pintu masuk 

Ada ikan juga... 


Masuk sini, bayaran memang super murah... RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak. Untuk anak-anak berumur 4 tahun kebawah, masuk percuma. Kalau nak beri makan pada burung dan ikan, harga RM5 (dapat 2 bekas)


harga bayaran masuk ke taman burung. Dewasa RM5.00, Kanak-kanak RM3.00 dan Warga Emas RM3.00

RM 5, harga makanan burung dan ikan.. kami beli makanan ni, jadi diorang lily dan lea boleh bagi makan dekat ikan-ikan dan burung di sini


Burung di dalam sini, dibiarkan terbang bebas dalam sangkar yang sangat besar. Yang bestnya, burung-burung disini tak takut orang. So, sangat senang nak ambil gambar.


lily sedang berusaha mencari burung yang bertenggek atas pokok

inilah burung yang dicarinya tu... sampai kesudah, lily tak nampak.. haha.. 


Cumanya, burung-burung yang kecil, kebanyakannya sedang bertenggek di pokok-pokok yang tinggi. Kami mampu tengok sahaja dari jauh... nak ambil gambar, kena ada kamera mahal yang boleh zoom jauh. Saya yang hanya gunakan camera telefon ni, memang tak dapatlah nak gambar burung-burung yang sedang bermain atas pokok tu.


Untuk anak-anak kecil macam lily, lea dan rizqi... Diorang memang tak nampak pun burung-burung kecil tu... hihihi sebab mata diorang masih belum cekap sangat untuk tengok haiwan-haiwan kecil. Lebih-lebih lagi kalau haiwan tu jauh, nun atas pokok tinggi sana.


burung kakak tua sedang bertenggek atas pokok


Tapi, bagi saya, nak ambil gambar atau anak tak nampak burung yang kecil, itu semua tak penting. Cukup anak-anak gembira dapat tengok dan kenal burung. 


tepuk-tepuk tangan, panggil burung datang.. hahaha bukan begitu cara panggil diorang tu anak-anak



itik?? En.husband kata itik... saya tak rasa ianya itik

ini itik (gambar dari google)


ini pun itik (gambar dari google)


ini itik ke?? Tak dapat dikenalpasti

Yang paling mendapat perhatian utama di sini, sudah tentu si burung merak... sebab bulu burung ni sangat cantik... 


merak albino


sombongnya c merak ni.. hihi




Ada banyak lagi burung merak dalam sini, tapi saya mampu ambil gambar tiga ni saja.. kebetulan ada ditepi kami waktu sedang duduk-duduk berehat.


Taman burung ni, tak besar mana, jadi tidak menyebabkan kesakitan kaki🤭...  boleh rujuk gambar peta bawah ni.

Dalam taman burung ni, tidak disediakan tempat duduk untuk berehat.. jadinya, pandai-pandailah cari tempat untuk letak punggung ye.. hahaha


my father is my hero.. begitu kot dalam hati Rizqi waktu ni.. hihi

Begitulah ceritanya kami di Taman Burung Melaka... tak banyak sangat ceritanya..hihi


Semoga bermanfaat.

Daa..



ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...