Donut Gebu mudah, pasti jadi


Donut gebu dan lembut dari pagi hingga ke petang

Assalamualaikum, 

Dah lama tak menulis blog, terlalu sibuk dengan tugasan pejabat dan menjaga anak-anak yang semakin lasak 😅.

Hari ni, saya ambil kesempatan untuk kongsi resepi donut gebu dan lembut dari pagi hingga ke petang. Moga bermanfaat untuk semua.

Bahan-bahannya:

1. 3 cawan tepung gandum
2. 1 cawan air suam kuku*
3. 2 sudu besar susu pekat manis*
4. 1 sudu besar secukup rasa / kalau guna garam 1sudu teh*
5. Setengah peket yis*
6. 2 sudu besar mentega
7. 2 sudu besar gula*
8. 1 biji telur



Cara-caranya:

1. Campurkan bahan-bahan bertanda *  (air suam, susu pekat, secukup rasa dan yis) didalam bekas. Saya gunakan jug untuk elakkan yis tumpah. Biarkan selama 15 minit

2. Kemudian gaulkan tepung gandum, mentega dan telur. Gaulkan hingga sebati. 

3. Masukkan yis yang telah mengembang kedalam adunan tepung tadi.. Gaul lagi sehingga menjadi doh.

*Doh akan jadi sedikit melekit macam dalam gambar bawah ni, ye memang begitulah doh yang kita nakkan.




4. Rehatkan adunan selama 1 jam. Doh akan kembang 2 kali ganda.

5. Kemudian uli doh yang telah direhatkan untuk keluarkan angin di dalam tepung. Jika doh melekat pada tangan, taburkan tepung gandum atas doh dan uli.. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat. 

Saya bulat-bulat macam ni saja sebabnya tiada acuan donut. Jadinya, buat sahajalah macam ni..


Pastu cucuk dekat tengah dan guna jari kita, pusing-pusingkan donut tu


Hasilnya 😆.. sangat tak sempurna.. hihi takpe yang penting rasa sedap🤭🤭..
 

Terpulang pada kamu nak buat bentuk apa pun... semua pun boleh.

Pastikan kamu tabur dengan tepung, pinggan tempat donat yang dah siap dibentuk.

Sebaiknya, selepas bentukkan doh,  biarkan doh rehat lagi sehingga doh mengembang 1 kali ganda.

6. Kemudian boleh goreng.


Pastikan minyak dah panas baru masukkan donut ye


Warna perang sikit, angkat dan toskan


Blender gula putih dan gaulkan pada donut yang dah sejuk. Jangan letak gula waktu donat masih panas, nanti tak cantik kejadiannya.

Kalau kamu rajin lagi, boleh juga salutkan donut kamu dengan coklat dan hiaskan.


Yummy...


Masukkan dalam peti ais sebentar untuk keraskan coklat tu.. kemudian... sedia untuk dimakan..


Donut salut gula halus 🥰


Donut letak coklat 🥰


Sedap dan berbaloi...

Daa..









12 comments:

  1. Itulah kalau donut gebu boleh makan sampai 5 biji. Teringat waktu sekolah menengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..saya pun suka sangat donut dari dulu.. nak yang ada gula banyak² 😂

      Delete
  2. Sedapnya donut gebu macam ni. Tambah pulak tu ada coklat. Nyum nyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul³.. coklat tu memang menarik perhatian☺️

      Delete
  3. gebunya Mell.. nanti kak ana try resepi mell ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap² kak ana suka resepi saya ni.. 🤗

      Delete
  4. Rajinnya mendonut.
    Mrs. A tak pernah cuba buat selalu tunjuk-tunjuk jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rajin tu datang.. terhasil la donut... kalau rajin tak datang, saya pun tunjuk² juga😆

      Delete
  5. hah lama mell tk update blog...tu la bila bz ..mmg blog bye2 la kn...wah donut geboo...tk pernh lg try wat sdiri...slalunya mak or adik buat ....kakak mkn je hehe

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...