Assalamualaikum
Percutian sempena cuti hari Merdeka yang ke 63, kami sekeluarga bercuti-cuti di Melaka... Selepas menjamu selera di Cafe Kucing CatWalk Studio.. kami terus bergerak untuk checkin di hotel Link.
Disebabkan kami ni jenis suka buat percutian secara tiba-tiba tanpa dirancang, maka semasa sampai di Melaka, kebanyakan hotel dah fully booked, mujur en.husband berjaya juga booking secara online, hotel Link. Rezeki kami anak beranak. Jadi, adalah tempat untuk berehat selepas penat bersiar-siar diluar.
Ini hotel tempat kami tidur.. hotel ni bersih, ada lift, ada wifi yang laju. Sempat lagi en. Husband download movie menggunakan Wifi diorang.. hehe
Percutian kami kali ni, saya hanya fokuskan pada anak-anak untuk mengenali haiwan... jadinya, Selepas checkin, kami terus bergerak ke Taman Burung Melaka. Nak kenalkan anak-anak tentang jenis-jenis burung. Kami bergerak ke Taman Burung lebih kurang jam 3 petang.
Waktu sampai sini, tak ramai orang, jadinya kami tak perlu beratur.. rezeki
Masuk sini, bayaran memang super murah... RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak. Untuk anak-anak berumur 4 tahun kebawah, masuk percuma. Kalau nak beri makan pada burung dan ikan, harga RM5 (dapat 2 bekas)
Burung di dalam sini, dibiarkan terbang bebas dalam sangkar yang sangat besar. Yang bestnya, burung-burung disini tak takut orang. So, sangat senang nak ambil gambar.
Cumanya, burung-burung yang kecil, kebanyakannya sedang bertenggek di pokok-pokok yang tinggi. Kami mampu tengok sahaja dari jauh... nak ambil gambar, kena ada kamera mahal yang boleh zoom jauh. Saya yang hanya gunakan camera telefon ni, memang tak dapatlah nak gambar burung-burung yang sedang bermain atas pokok tu.
Untuk anak-anak kecil macam lily, lea dan rizqi... Diorang memang tak nampak pun burung-burung kecil tu... hihihi sebab mata diorang masih belum cekap sangat untuk tengok haiwan-haiwan kecil. Lebih-lebih lagi kalau haiwan tu jauh, nun atas pokok tinggi sana.
Tapi, bagi saya, nak ambil gambar atau anak tak nampak burung yang kecil, itu semua tak penting. Cukup anak-anak gembira dapat tengok dan kenal burung.
Yang paling mendapat perhatian utama di sini, sudah tentu si burung merak... sebab bulu burung ni sangat cantik...
Hehe yang ini belum pergi. Kalau zoo dan taman rama-rama saya pernah pergi.
ReplyDeleteBudak-budak memang suka aktiviti begini.
kan... budak suka sebab jarang nampak.. Saya tak pernah pi taman rama-rama NA.. boleh jadi list tu hihi
Deletekalau ada burung burung dalam sangkar best juga untuk anak anak tengok kan. Cantik pulak tengok merak albino tu. Kalah merak kayangan.
ReplyDeleteCluster Kayangan pun kalah tu Fizah 🤭
Delete